e-Filing LHDN

Standard

Dah buat e-Filing? Beringat bang/kak ooi… sebelum anda dikenakan PENALTI… baik beringat utk declare income tax anda menerusi e-Filing.  Apa itu e-Filing? budak sekolah tak payah ambik tau, tapi orang dewasa yang dah kerja, gaji dah lebih dari RM2.5k sebulan termasuk semua elaun (kecuali org gomen ada pengecualian cukai dalam beberapa elaun mereka) HARUS DECLARE INCOME TAX.

Reason kenapa? nanti puak LHDN atau lebih tepat KERAJAAN MALAYSIA yang dah habih banyak duit utk rakyat tahun 2012 ni akan MENUNTUT HAK KERAJAAN iaitu DUIT CUKAI DARI ANDA… ha ha ha.. dengan duit tu laa kita akan menikmati jalan raya, jambatan baru, bangunan kerajaan baru, buku sekolah teks baru, gaji cikgu cikgi dan semuanya akan dibayar menggunakan wang HASIL dari PUNGUTAN CUKAI. Jadi kepada semua adik abang pak mak semua pi declare income tax anda sebelum terlambat.

Cerita pasai e-Filing ni aku dah mula lama dah…

Seingat aku laaaa, pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia melalui IRB (LHDN) telah memulakan sistem e-Filing bagi orang ramai utk menghantar borang Cukai Pendapatan secara online. Pada masa tu aku dah jadi seorang pembayar cukai.. Sebenarnya bukan seronok pun jadi seorang pembayar cukai, namun semua ni adalah kerana terpaksa sejak kilang tempat aku bekerja telah membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB), jadi mau tak mau..aku kena bayar cukai.. Seperkara lagi ialah, pada tahun 2002 aku telah mula bekerja sebagai macai kat Kilang lepas tamat belajar di universiti. Selepas beberapa bulan bekerja, aku ada terima surat dari LHDN. Aku ignore jer..sebab fikirkan yg gaji aku ketika itu masih belum patut dikenakan cukai. Jadi buat apa aku nak sibuk-sibuk declare kat LHDN.

Ternyata aku silap, dan pada tahun 2004 semasa aku mula-mula nak declare income tax. Pihak LHDN minta aku untuk declare tahun kebelakangan. Paling tak best, bila kita kena declare tahun kebelakangan, kita akan dikenakan PENALTI.. Bab tu memang tak best langsung.

Masa tu semua pakai manual.. maksudnya kita kena submit borang BE ke mana-mana cawangan LHDN yang ada di sekitar negara. Mengisi borang LHDN secara manual ni memang MEMBOSANKAN.. Mana taknya, kita kena buat pengiraan sendiri seperti nilai Jumlah Pendapatan dikotak “A” kena tolak sumbangan di kotak “B12″ kemudian tambah pulak bayaran insentif di kotak “C5″.. Ish tak ke pening dibuatnya… Dan aku yakin ramai org ambik short cut tak declare langsung hasil pendapatan mereka tahun lepas-lepas.

Bermula tahun 2006 (bagi pengistiharaan Jumlah Pendapatan berCukai 2005), LHDN telah memulakan langkah bijak dengan mengadakan e-Filing. Aku pada masa tu, memang excited sangat nak declare Online.

Bermula dari saat itulah aku mula daftarkan diri untuk e-Filing. Seingat aku laa, dalam kilang tempat aku kerja tu. Aku dikira pioneer laaa dalam declare income tax secara online ni.

Masa tu jika anda memohon utk e-filing, slip pendaftaran sijil digital akan diberi seperti dibawah. Dalam slip tu akan diberi no pin yang kemudiannya digunakan utk mengaktifkan e-Filing dalam talian.

Paling otai ialah bila aku masih menyimpan disket yang memuatkan sijil digital untuk di install ke mana-mana komputer yang akan aku gunakan. Kini, keperluan utk install sijil digital secara disket/file tidak lagi diperlukan kerana sijil digital anda kini sudah disediakan dalam talian.

Kini jika anda ingin menggunakan e-Filing, semuanya mudah. Anda hanya perlu walk in ke mana-mana pejabat LHDN dan minta no pin bagi pembukaan e-Filing. Setelah semuanya diperolehi, anda diminta untuk Log In kali pertama di http://e.hasil.gov.my

Hasilnya anda akan dapat lihat borang e-BE anda secara online dan tak lupa juga sijil digital anda seperti dibawah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s