Skim Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Berpencen

Standard

Hari Isnin (23/4/2012) aku ada PI menghantar borang KWSP 9J (AHL) di Pejabat KWSP Kuching, Sarawak . Tujuan aku adalah satu, nak keluarkan semua wang KWSP aku yg ciput tu dan simpan kat tempat yg lebih mendatangkan lebih dividen. Kenapa aku cakap tempat lain lebih dividen? Ya jawapannya ialah KWSP “TIDAK PERNAH” beri dividen lebih tinggi dari dividen seperti ASNB (ASB, AS1M, ASW2020 dan sebagainya). Jadi dari dok biar dalam KWSP adalah lebih baik aku pasifkan pendapatan tu dijana oleh unit amanah ASNB.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal diversify duit tu kat Post aku kali ini sebab sejak 2 tahun lepas aku dah cerita dah… Cuba baca kat SINI. Tapi aku nak fokuskan kepada PERKHIDMATAN CEKAP yang ditunjukkan oleh KWSP. TAHNIAH aku ucapkan kepada pihak KWSP kerana Pengeluaran Pekerja Berpencen (bagi pekerja Perkhidmatan Sektor Swasta) dilakukan hanya dalam tempoh 5 hari sahaja. Ada rakan sekerja aku mengambil masa 4 hari bekerja sahaja. 4~5 hari bekerja itu meliputi HARI BORANG HANTAR hingga ke HARI WANG MASUK KEDALAM AKAUN BANK.

Jika dilihat pada screen capture diatas, Tarikh permohonan bagi pengeluaran pekerja berpencen dilakukan pada 23 April 2012 dan tertera tarikh bayaran ialah 27 April 2012. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan yang KWSP sediakan adalah yang terbaik sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s