PELEPASAN KAWALAN UNIT PELABURAN MENERUSI KWSP

Standard

Bagi Penjawat Awam yang pernah membuat Pengeluaran KWSP bagi Pelaburan Unit Amanah dan selepas 3 tahun berkhidmat anda diberi TARAF BERPENCEN. Anda tentu tertanya apakah langkah yang perlu anda lakukan ke atas duit yg pernah anda keluarkan bagi Pelaburan Unit Amanah sekiranya sudah memiliki taraf berpencen oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Saya telah menemui langkah yang dikehendaki dari kedua-dua belah pihak sama ada ASNB mahupun KWSP.

KWSP menyatakan:- 

Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun, Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Keupayaan dan Pengeluaran Pekerja Berpencen. Anda berhak mentadbir sendiri jumlah pelaburan yang berada di IPD selepas pelepasan ini.

KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di KWSP di bawah pengeluaran di atas.

Jika ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, pelaburan ini akan dianggap sebagai pusaka si mati dan akan diagihkan kepada yang berhak mengikut undang-undang yang berkenaan.

Surat pelepasan kawalan dikeluarkan secara automatik kepada ahli dan IPD berkenaan apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau permohonan pengeluaran ahli diluluskan. 

 Sebarang tuntutan/urusan berkaitan penjualan semula pelaburan adalah di antara ahli dan IPD berkenaan.

Lihat: Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun | Pengeluaran Meninggalkan Negara | Pengeluaran Hilang Upaya | Pengeluaran Pekerja Berpencen

Manakala ASNB pulak memaklumkan begini:-

Pemohon

Pemegang Unit atau sekiranya pemegang unit telah meninggal dunia, waris atau Pentadbir yang dilantik melalui Surat Kuasa Mentadbir boleh mengeluarkan caruman KWSP di bawah skim-skim berikut:-

  • Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun
  • Skim Pengeluaran Kematian
  • Skim Pengeluaran Hilang Upaya
  • Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen

Borang Dan Dokumen Diperlukan
Sila hubungi Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP / Call Management Centre di talian 03-8732 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut i.e. dokumen yang perlu dibawa.

Tempat Memohon
Permohonan boleh dibuat di di Ibu Pejabat KWSP dan Pejabat-Pejabat KWSP yang berhampiran.

Nota:-
(i)Bagi Skim Pengeluaran Kematian, Skim Pengeluaran Hilang Upaya dan Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen, unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit setelah ASNB menerima Surat Pelepasan Kawalan yang asal daripada KWSP.

(ii)Bagi Skim Pengeluaran Persaraan 55 tahun pula, ASNB tidak memerlukan surat pelepasan kawalan daripada KWSP.  Unit-unit pelaburan menerusi KWSP akan dipindahkan ke buku pelaburan pemegang unit selepas ASNB mengesahkan bahawa pemegang unit telah mencapai usia 55 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s