Permohonan Saham Khas Bumiputera (MITI)

Standard

Apabila anda membuat permohonan saham khas bumiputera melalui MITI terdapat beberapa senarai semak yg perlu disediakan oleh pemohon selepas membuat permohonan melalui online.

1.) Borang permohonan IND/SP-QP07-L 05 (perlu dicetak)
2.) Kemampuan kewangan seperti bukti penyata bank 3 bulan ATAU salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yg mempunyai muka hadapan maklumat pelabur.
3.) Salinan kad pengenalan
4.) Salinan akaun depositori pusat (CDS)
5.) Bagi pegawai kerajaan, stat kebenaran daripada ketua jabatan diperlukan.

Ini contoh senarai sejak yg saya print selepas permohonan online dibuat.

image

Yang menjadi masalah ialah perkara no. 2 dimana bagi akaun ASNB (ASW2020 & AS1M) yg mempunyai simpanan KWSP memerlukan surat pelepasan KWSP bagi membuktikan bahawa KWSP sudah beri kebenaran pelepasan unit pelaburan kepada ASNB kerana saya sudah cukup syarat sebagai penjawat awam ber status PENCEN (Telah memilih opsyen pencen sebelum ini). Tanpa pelepasan KWSP, baki pelaburan KWSP saya tidak ditunjukkan dlm buku pelaburan. Paparan di buku akaun hanyalah bagi pelaburan tunai. Maka saya wajib menyediakan surat pelepasan KWSP.

Setelah mendapat surat pelepasan KWSP dari pejabat KWSP cawangan Kuching, saya menuju ke pejabat ASNB utk menyerahkan surat  tersebut. Namun saya kecewa kerana proses ini mengambil masa beberapa hari. Jadi pilihan yg ada (pegawai ASNB mencadangkan) ialah buat permohonan bagi penyediaan surat “Pengesahan Baki Pelaburan”. Bayaran RM10 dikenakan bagi perkhidmatan penyediaan surat ini.

image

Akhir kata, saya berharap dgn lengkap nya senarai semak ini permohonan Saham Khas Bumiputera akan dapat di hantar sebelum hari Jumaat 4hb Mei 2012.

TERKINI:- EMAIL YG SAYA TERIMA PADA 1HB MEI 2012 MENYATAKAN SURAT PENGESAHAN BAKI TIDAK DITERIMA SEBAGAI KEKUATAN SUMBER KEWANGAN. ADALAH LEBIH BAIK FOTOKOPI BUKU PELABURAN ASNB DAN MINTA PENGESAHAN DARI PEGAWAI MEREKA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s