SOAL JAWAB BERKENAAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)

Standard

Original from this Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia

1.Adakah saya akan muflis jika tebus saham FGVH dengan cara membuat pinjaman ?

– Berdasarkan kajian, pandangan muflis berkemungkinan amat rendah kerana daripada pengalaman dan penyenaraian saham-saham syarikatberkaitan kerajaan (GLC )seperti Malaysian Sugar Manufacturing (MSM), PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCHEM) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) menunjukkan kenaikkan yang cemerlang pada hari penenarainnya. Contoh :

MSM naik RM1.48 sen atau 4 % dari harga tawaran RM 3.50 pada hari pertama penyenaraiannya sahaja dan dalam masa sebulan mampu naik ke RM4.50 iaitu peningkatan hampir 20%.

PCHEM naik 67sen atau 13.3% di hari pertama penyenaraiannya dengan harga tawaran RM5.20 dan dalam tempoh 5 sebulan harga PCHEM pernah mencecah RM7.26 iaitu kenaikkan hampir 40%.

MHB pula ditawarkan pada harga RM3.80 naik ke RM 4.12 pada hari pertama penyenaraiannya iaitu hampir 19% kenaikkan dan dalam tempoh 3 bulan naik hampir 60% kepada RM6.04

– Jadi pandangan yang mengatakan akan muflis jika tebus saham FGVH amatlah tipis malah keuntungan (duit) sedang menunggu untuk diberikan kepada siapa-siapa yang menebus saham FGVH ini.

– Walaupun begitu, jika pasaran bertindak sebaliknya, kemungkinan saham FGVH ini akan dijual secara “Force selling” oleh syarikat pemberi pinjaman yang mana membuat penjualan terdesak bagi memastikan modal yang diberikan kepada peminjam didapatkan semula. Sebenarnya mereka terpaksa menjual saham ini jika harga turun dalam anggaran 10% kerana memastikan bank tidak rugi. Ini kerana risiko tertinggi ditanggung oleh pihak bank yang memberi pinjaman dan tiada apa-apa cagaran lain selain saham itu sendiri.

– Berdasarkan pemerhatian, saham FGVH yang bakal diapungkan ini merupakan saham berkualiti tinggi dan bukan hanya diminati pelabur-pelabur Malaysia malah pelabur-pelabur antarabangsa.

2.Bagaimana saya memohon peruntukkan saham FGVH ini ?

– Setiap orang diberikan “Blue Form” dengan jumlah tawaran saham dan diberikan pilihan sama ada ingin menebus secara pinjaman ataupun tunai.

– Jika melalui pinjaman,pegawai bank akan menerangkan kepada anda syarat dan terma pinjaman.

– Lebih baik guna tunai untuk tebus dan lebih bagus jika anda kenal dengan Remisier yang berpengalaman tentang penyenaraian IPO ke Bursa Malaysia untuk mendapatkan pandangan.

3.Berapakah modal untuk saya tebus saham FGVH ini ?

– Untuk tebus saham ini, modal diperlukan mengikut jumlah saham yang diterima dengan harga tawaran RM4.65 seunit.

– Contoh

1,000 unit x RM4.65 = RM 4,650

100,000 unit x RM4.65 = RM 465,000

Jadi, modaluntuk anda tebus 1,000 unit saham FGVH adalah RM 4,650.00 dan jika anda ingin tebus 100,000 unit, modal anda ialah RM 465,000.00

4.Siapakah pelabur yang akan beli saham FGVH ini selepas diapungkan nanti ?

– Pelabur yang akan beli saham ini adalah terdiri dari pelabur institusi seperti EPF yang ada duit berbilion-bilion Ringgit hasil caruman bulan pekerja-pekerja seluruh Negara.

– Sebelum FGVH tersenarai, EPF mencari-cari syarikat-syarikat Syariah yang besar supaya duit itu dapat dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat syariah. Penyenarian FGVH member pilihan yang bagus kepada EPF untuk pelaburan ke syarikat berkualiti dan Syariah.

– Pelabur-pelabur asing dan juga pelabur-pelabur Cina amat yakin dengan syarikat Kerajaan dan berebut-rebut ingin membeli saham ini.

5.Lepas saya tebus saham FGVH ini, apa yang saya dapat ?

– Selepas tebus, anda sudah memiliki pegangan dalam syarikat ini dalam bentuk saham dan layak untuk hadir ke mesyuarat syarikat dan mendapat pelbagai kelebihan lain.

6.Apa kelebihan lepas tebus saham FGVH ini ?

– Anda dikira sebagai pemilik syarikat FGVH dan berhak mendapat Dividen seperti yang diumumkan oleh FGVH nanti.

– Selain itu, anda juga mampu memperoleh untung hasil dari kenaikkan harga saham ini.

7.Mana lebih baik, pinjaman atau duit sendiri (tunai) ?

– Lebih baik duit sendiri (Tunai).

– Ini kerana melalui pinjaman ada kos-kos seperti interest dan processing fees. Anda juga terikat denga tempoh masa penjualan syarat-syarat lain yang dikenakan seperti panggilan Margin jika harga saham turun.

8.Kuasa penjualan saham ini terletak kepada siapa ?

– Kuasa penjualan saham terletak kepada pemilik saham sendiri. Jika peneroka itu setuu menebus dan tebus saham FGVH ini, peneroka itu sendiri yang akan menentukan berapa harga yang ingin dijual mengikut kesesuaian harga pasaran.

9.Kenapa FELDA tergesa-gesa hendak menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia ?

– Dari sudut pandangan Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), FELDA bukanlah tergesa-gesa untuk menyenaraikan FVH ke Bursa Malaysia tapi perancangan awal telah dilakukan sejak tahun 2004 lagi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencadangkan penyenaraian FGVH dalam belanjawan Negara ketika itu.

10.Adakah saham FGVH ini berpotensi untuk naik ?

– Berdasarkan kajian, jika dibandingkan denga saham Tabung Haji Plantations Bhd yang diapungkan pada 2006 dan naik dari harga tawaran IPO sehingga 300% sekarang. Ini menunjukkan saham sektor perladangan mempunyai daya tahan perniagaa yang tinggi walaupun ekonomi gawat pada tahun 2007-2008.

5 responses »

  1. salam,sya nak tahu adakah perlu jual saham FGVH dlm msa 6 bln,klu tak jual apa akan jadi sblknya,sya guna loan.adakah ada syarat2 tertentu

    • Saya kurang pasti.. Namun jika anda menggunakan loan (financing dari Investment Bank) tempoh yg diberi hanya 6 bulan sahaja. Ini bermakna anda terpaksa menjual saham tersebut. Atau langsaikan loan yg diambil dgn cara jual shares yg nilai bersamaan nilai pinjaman 80% atau 90% tadi.

  2. Saham ni ada baik ada buruknya.
    yang sedihnya, rakyat yang tak tahu apa apa yang menderita.
    contoh FGVH ni, Dato Zul dah fight baik2 bukan semata2 untuk peneroka, tetapi untuk rakyat malaysia.

    FGVH bukan bisnes sawit semata2. Kalau encik tak tahu, Gula di Malaysia semua Felda dah beli.
    untuk maintain harga saham FGVH, rakyat biar menderita, gula naik harga mendadak x kisah.
    sebelum disenarai, cerr ingat balik harga gula? Rm1.70 – RM1.85 saja

    Sikalang? RM2.85. alasan kencing Manis. Manis x manis. orang beli jugak gula. dah macam makanan asasi. bancuh kopi, mesti nk gula, teh? gula jugak. lain2 pun. ada yang x makan gula. tapi majoriti semua gula.

    sebelum ni gula Apek Cina konker. kata macam2. cina control ekonomi la. ini la itu la. dah dapat dekat Felda. yang mana dikawal kerajaan. makin naik lagi gula. apa citer?

    Saya bukan cakap kosong dari maklumat internet semata2. saya ni bekas kakitangan felda jugak. tambah2 saya orang dalam yang amat tahu sgt apa yg berlaku kt felda nu.

    peneroka dapat 800 unit saham, kakitangan biasa 2000 unit. cer teka berapa yang puak2 atasan tu dapat? juta2 unit..ada ker nak jaga peneroka katanya. kaut semua masuk poket sendiri. (semua tu loan, yer memang loan kena bayar balik dekat felda, tapi sapa yang untung banyak? yg puak2 atas tu la free loan, ezy loan) . kenapa saya tahu? dah saya kerja dalam tu. jaga sistem tu pulak. hari2 dok tgk menda2 ni jek. menipu saja lebih.. dan sekarang sy dh keluar dari felda.cuma kesian kt rakyat lain. peneroka pun tertipu. tertipu macam mana? dari segi pembahagian keuntungan.peneroka yg patut dapat paling byk. tutt tutt depa yg paling sikit. 800unit? 8 Lot? +-RM4k saja. naik RM5 seunit, dapat la RM1k. RM1k? berapa lama boleh tahan? dengan harga minyak dan barang2 lain naik. 2, 3 bulan dah habis.

    OK, saham xmau jual? boleh. TAPI? dividen berapa sangat? RM40? RM150? RM200? mai mana dividen tu? MINYAK DSAJI dan GULA LA!!! (memang produk felda banyak lagi, malas nk taip, saya sendiri penah outstation pi merata ceruk anak2 syarikat felda ni, NESTLE pun ada amik bahan mentah dr FELDA jgk, coco, gula dll, mana x makin naik harga)
    sapa yang menderita. rakyat biasa yg xda beli saham tu lah.

    Bila saham ni dikawal oleh golongan yang hanya pentingkan diri sendiri. Inilah jadinya.
    Nak jaga harga saham punya pasal. x kisah la rakyat teruk macam mana pun biaq pi kat depa.

    Sepatutnya bila kerajaan sendiri yang ada kepentingan dalam saham yang mana latar belakang bisnesnya merupakan makanan asas rakyat. patut jadikan harga produk tu semakin berpatutan. bukan macam sekarang.

  3. time ipo fgv tu, peneroka dan kakitangan boleh beli pada kadar seunit RM3.85 lebih kurang la.
    orang luar RM4.55 kan.

    kau rasa puak2 felda atasan tu dh dapat berapa untung. free free je dapat, org kaya, makin kaya
    rakyat biasa? br1m je dapat. tu pun x bleh cover harga barang naik pon.

  4. paling sedih. Dato Zul yang paling banyak memberi sumbangan kepada pembangunan felda diusir macam tu sahaja dari Felda. Dengan alasan oleh Najib yang Dato ni x cukup ilmu untuk urus tadbir Felda. X cukup ilmu utk tadbir Felda ker x cukup Ilmu untuk Kaut duit Rakyat.

    Alasan x masuk akal. Ayah dia buka Felda untuk rakyat cari makan bukan untuk dia songlap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s