Akhirnya dapat juga….

Standard

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak!! Dapat apa?

Ceritanya macam ni, pada 2hb Mei 2012 lepas aku submit borang permohonan saham FGVH (Felda Global Ventures Holding) melalui MITI. Dan teka teki status permohonan aku terjawab. Hasilnya aku dapat tawaran seperti dibawah.

Daripada 40,000 unit yang aku mohon melalui MITI hanya 9,400 unit sahaja yang diberikan. Syukur alhamdulillah sebab saham yang menjadi topik perbualan orang ramai termasuk ahli politik pembangkang (kerjanya tak habis-habis membangkang) dan kerajaan (kerjanya kunun buat semua utk rakyat) akhirnya dpt juga aku miliki.

Adalah menjadi harapan aku saham ini akan disenaraikan dengan jayanya (naik harga) sebab aku yakin KERAJAAN Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib tidak akan melepaskan tangan bagi penyenaraian saham ini. Jika saham ini GAGAL (harga jatuh) maka runtuhlah kerajaan BN. Oleh demikian, walau macam mana keadaan ekonomi pada hari penyenaraian, IPO FGVH pasti akan naik dengan sokongan dari PM sendiri.

Di bawah adalah rentetan permohonan saham FGVH aku ni:-

Permohonan Saham Khas Bumiputera (MITI)

Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)

Saham Felda Global Ventures Holdings ditawar pada RM4.65

Borang Permohonan Saham FGVH MITI dah sampai

dan akhirnya, hari ini, seawal pagi jam 8.00am rakan sekerja aku Abd Razak Ismail membuat semakan di laman web MITI (Peruntukan Saham Khas Bumitputera)

 

Sekiranya PERMOHONAN BERJAYA, paparan dari web MITI akan tertunjuk seperti gambar diatas. Beberapa perkara haru di selesaikan sebelum tarikh tutup bayaran pada 6hb Jun 2012 ini.

Antaranya Surat Peruntukan (Surat Tawaran) seperti gambar diatas harus dicetak dan dipos bersama SURAT AKU TERIMA kepada pihak Bank dan juga MITI selepas tandatangan dan bayaran dibuat.

Bank terlibat hanya Maybank Investment Bank dan CIMB Investment Bank bagi menerima nilai yg perlu dibayar oleh setiap pemohon yang berjaya. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk financing (loaan ler) mungkin boleh merujuk terus dengan pihak Bank. Jika memilih utk menggunakan cash/duit sendiri yg berlambak tu, anda boleh terus ke cawangan bank perdangangan utk urusan pembayaran jumlah wang share yg dipohon.

Sebagai contoh:-

Aku ditawarkan saham FGVH dan kena buat pembayaran nilai saham yg dipohon kepada CIMB Investment Bank. Manakala rakan aku tadi kena bayar kepada Maybank Investment Bank. Kedua-duanya mempunyai kaedah yang berbeza. Maybank hanya memerlukan Bank Draf manakala CIMB lebih kepada pembayaran secara RENTAS (TT =Telegraphic Transfer) bagi nilai yang melebihi Rm10,000.

Esok aku akan pergi ke CIMB Bank di Pulau Pinang utk menyelesaikan urusan bayaran IPO kepada MITI. Akhir kata, syukur kepada Allah swt atas nikmat rezeki yang tidak disangka ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s