Jalan Jalan Pulau Langkawi

Standard

Cuti sekolah Jun 2012 aku dan isteri berpeluang utk berhoney moon lagi kali ke berapa puluh pun aku tak kira… Percutian kali ni memang best sebab utk tiket kapal terbang Airasia dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi pergi balik utk 2 org cuma berharga RM36.40, lebih murah dari naik feri jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah..

image

Penerbangan mcm ni adalah kali kedua, kali pertama dulu tahun 2010. Masa tu aku dpt tiket murah juga. Percutian kali ni di jimatkan lagi dgn hotel penginapan bertaraf 4 bintang yg kami duduk. Hotel Holiday Villa Langkawi yg kami menginap adalah menggunakan tempahan melalui BPH (Bahagian Pengurusan Harta) dimana kakitangan sektor awam boleh menempah bilik di sini dgn harga yg cukup murah. Bayangkan bilik yg kami duduk berharga RM520 semalam (deluxe room) dapat kami duduk dgn harga subsidi RM77 semalam. Kepada penjawat awam gunakan kelebihan yg anda miliki utk melancong ke Pulau Legenda.

image

image

image

image

Kunjungan aku ke Pulau Langkawi bersama isteri pada kali ini dgn tentative yg berbeza dari kunjungan pada Dis 2010 lalu. Plan aku kali ni utk ikut Island Hopping pada keesokan harinya. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, aku cuba dapatkan kereta sewa pada harga terbaik. Nak dpt kan harga sewa murah amat sukar sebab musim cuti sekolah, jadi mau tak mau kena ambik juga sewa kereta Myvi SE pada harga RM 100 sehari. Memandangkan aku akan duduk di sini selama 2 hari, ini bermakna bayaran yg dikenakan RM 200 dan disebabkan keta sewa tak dpt murah aku negotiate dgn agen kereta sewa utk bagi pakej island hopping yg murah. Jadi dgn tambahan RM 50 aku & isteri dpt ikut pakej island hopping pada keesokan harinya.

Selesai sahaja check in hotel bertaraf 4 bintang dgn harga subsidi pegawai kerajaan yg di bayar sejak hampir setahun lalu. Aku terpaksa menemani (beri sokongan) utk beliau pergi shopping shoppen di Pekan Kuah. Destinasi pertama kami selepas itu ialah HIG (Haji Ismail Group).

image

image

Syoknya mai sini ialah utk borong coklat. Pelbagai coklat di jual yg di import sepenuhnya dari luar negara.

image

Mungkin ada yg mempertikaikan kehalalan coklat yg di jual. So pihak HIG telah meletak kan surat pengesahan halal yg dikeluarkan oleh Islamic Council USA.

 

 

Destinasi shopping seterusnya ialah ke Idaman Suri. Kat sini kalau nak beli pinggan mangkuk mungkin murah sikit. Bini aku tak ketinggalan berbelanja sakan.. aku rasa lepas tu dia naik syok sebab aku sudi top up utk beli pinggan mangkuk Correll.. tak pa lah..bukan tiap tahun mai sini pun…

image

Hari kedua adalah utk aktiviti ke pulau. Semalam agen sewa kereta ada bagi no tel Kak Yati (pengusaha bot utk island hopping). Dari hotel aku telefon dan bagitau nak confirm kan program hari ni. Kak Yati bagitau van dia akan datang pick up aku di lobi hotel pada jam 9.30am. So tunggu punya tunggu, van pun sampai dan hanya aku dan bini aku sahaja yg naik van tu.

image

Sebaik sahaja sampai kat Pantai berhampiran Hotel Awana Porto Malai. Kami menunggu hampir 15 minit sebelum bot tiba. Nasib kami baik sebab tak perlu bersesak seperti bot sebelum ini. Hanya 6 org dewasa dan seorang kanak-kanak sahaja yg menaiki bot yg kami sewa.

Destinasi pulau yg pertama ialah Pulau Dayang Bunting. Sebelum tiba, pemandu bot bawa kami ke lokasi di mana pulau ini mendapat namanya. Cuba tgk gambar dibawah.

image

Jika anda perhatikan betul betul pada rupa bentuk bukit bukau tersebut, tentu anda akan nampak seolah olah sorang perempuan yg sedang mengandung sedang berbaring. Itu lah sebab nya Pulau ini diberi nama Pulau Dayang Bunting.

image

Setibanya kami disini, aktiviti paddle boat yg dapat kami lakukan. Sewa boat berkuasa solar RM30 dan boat tanpa bantuan motor berkuasa solar hanya pada RM20.

image

image

image

image

Selepas sejam di tinggalkan pemandu boat di Pulau Dayang Bunting, pemandu tadi datang utk ambik kami bagi aktiviti seterusnya iaitu Eagle Feeding.

image

image

Kat sini memang banyak burung helang. Dok sini dlm 10 minit lagipun hanya aku sorang sahaja yg dok layan ambik gambar. Org lain semuanya dah boring.

image

Lepas tu kami dibawa ke Pulau Beras Basah. Kat sini aku tak melepaskan peluang utk mandi manda. Sejam jugak masa diberi.

image

image

Kami akhirnya menuju pulang ke tempat mula pada jam 1.30pm. Aku dan isteri kemudiannya dihantar pulang semula ke hotel mengunakan van agen tersebut. Petang tu aku pi naik Gunung Raya dgn memandu sendiri. Cuma aku tak berkesempatan ambik gambar sebab di puncak Gunung Raya hujan turun lebat.Jadi tak dpt lah aku tunjukkan keindahan Gunung Raya. Anda wajib ke sini utk lihat pemandangan dari tanah tinggi selain naik cable car.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s