Saham Felda Global Venture (FGV) melonjak 19% pada penyenaraian

Standard

Alhamdulillah, Saham FGV aku melonjak 19% pada jam pertama penyenaraian. Ini seperti petanda baik utk aku terus memegang saham FGV. Jika dilihat harga yang diletakkan adalah RM4.45 bagi belian runcit (eShare/bank) dan RM4.55 bagi belian institusi (MITI). Aku yang dapat melalui MiTi sebanyak 9400 unit tengah standby kot kot harga naik lagi… apapun tunggu jer laaa..

Fair Value RM5.32 pada jam 8.46pagi sebelum penyenaraian dalam Bursa & harga rujukan ialah RM4.55 (harga yg aku langgan)

4 minit sebelum penyenaraian harga meningkat kepada RM5.38

Masuk sahaja pasaran harga TERUS MENINGKAT kepada RM5.45 iaitu kenaikan 19.78%, namun semasa blog ini ditulis pada jam 1.31pm harga telah turun sedikit kepada RM5.29

Namun perlu diingatkan bahawa ini adalah saham yg di gembar gembur olah Kerajaan malaysia yg bakal menjadi saham terbaik di Asia. Mari kita berdoa agar saham ini terus meningkat dan memberi manfaat kepada semua.

mari kita baca sedikit dari malaysiakini:-

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi – menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.

FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.

Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda – sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s