Tamat Sudah Pinjaman Kereta

Standard

Hari isnin 2hb Julai 2012 aku pergi ke Bank PB Cawangan Kuching bagi menyelesaikan bayaran terakhir loan kereta waja aku yg genap 9 tahun. Kereta pertama aku tu banyak berjasa dan tibalah utk aku menyelesaikan bayaran pinjaman terakhir bagi mengesahkan aku menjadi pemilik nya yg sah..

Cerita nya bermula minggu lepas sewaktu aku menelefon Bank PB di cawangan Alor Star bagi bertanyakan kenapa aku tak boleh membuat bayaran terakhir melalui online (kebiasaan aku bayar ansuran kereta melalui online). Pihak bank memaklumkan bahawa aku kena walk in sendiri ke mana cawangan bank termasuk di Sarawak.

image

Maka nak dipermudahkan cerita, aku pun pi Bank PB Cawangan Kuching terus ke Loan Department. Pegawai yg aku jumpa memaklumkan bahawa bayaran terakhir aku adalah sebanyak RM717. Aku agak terkejut sebab bayaran terakhir aku sepatutnya RM569.62, tetapi bank minta aku bayar lebih dari amaun tersebut. Untuk pengetahuan, aku ini jenis org yg telus dlm hutang.. tak pernah tangguh bayaran bank dan bayar secepat mungkin. Aku minta penjelasan kenapa harus utk aku bayar lebih. Katanya bayaran tambahan itu adalah bagi menyelesaikan beberapa proses pindah milik, dan ntah hapa hapa bayaran lagi. Melihatkan pegawai tu nampak baik lebih kurang.. aku pun memulakan ayat minta dia bagi diskaun ke atas bayaran tambahan tersebut dengan alasan aku ni Good Payor.

So, dia suruh aku tunggu dan buat panggilan ke cawangan bank yg mengeluarkan pinjaman tersebut. Akhirnya pegawai bank tu dtg semula kepada aku dan memaklumkan aku hanya perlu bayar tambahan RM 10 sahaja.

image

resit Loan Payment RM569.62

image

resit Loan Fee Payment RM 10 sahaja. Sepatutnya kena hampir RM150.

Syukur Alhamdulillah, jika aku tak bertanya dan minta pengurangan confirm buta-buta aku buat suatu bayaran yg pada hemah nya ada diskaun.

Jadi kepada rakan-rakan di luar sana yg dah tamat pinjaman kereta tu, jika bayaran tambahan di minta.. apa kata tuan/puan buat muka kesian dan minta diskaun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s