Apakah muslihat mereka sebenarnya?

Standard

Pada 30hb Mei 2012 lalu aku telah ditawarkan SAHAM FELDA yang dipohon melalui MITI. (Boleh baca sini). Bayaran perlu dibuat kepada CIMB Investment Bank bagi setiap pelabur yang berjaya dalam permohonan MITI. Dan seperti semasa permohonan Saham FGV melalui MITI awal MEI 2012 dahulu, masa yg diberikan cukup singkat. Begitu juga sewaktu pembayaran, masa tak sampai 5 hari berkerja diperlukan bagi segala pembayaran Jumlah Permohonan saham.

Sehinggalah ke hari terakhir sebelum penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia, seorang dari rakan sekerja aku yang turut berjaya dalam permohonan saham FGV ini telah dimaklumkan oleh remisier kami bahawa Akaun CDS beliau telah menunjukkan terdapat jumlah saham yang dimiliki. Namun status CDS akaun aku masih KOSONG. Ini sudah pelik bin ajaib.

Jadi bagi mengelakkan aku miss saham ni, aku pun segera call CIMB Investment Bank KL. Punya laa susah nak call sampai berkali-kali aku cuba. Akhirnya LINE TELEFON pun dapat aku tembus dan dapatlah aku bercakap dengan Customer Service bagi IPO Centre CIMB Investment Bank. Aku bertanyakan status saham dan kenapa akaun CDS aku pada tengahari tu masih belum mempunyai apa-apa jumlah saham FGV sedangkan bayaran telah aku buat dari awal Jun 2012 lagi. Alasan yg diberi ialah akaun CDS aku mungkin tak aktif. Aku tidak berapa setuju dengan jawapan tu sebab rakan sekerja aku pun tidak pernah melakukan apa-apa transaksi di akaun CDS nya namun pihak Maybank Investment Bank tiada masalah memasukkan jumlah share yg dimiliki ke dalam akaun CDS beliau. Tapi bila merujuk kepada CIMB Investment Bank jawapan yg diberi seolah-olah melepas batuk di tangga.

CS tersebut meminta aku emailkan No CDS aku dan scan beberapa dokumen yg membuktikan no akaun CDS aku itu tepat dan tidak salah. Semua aku buat seperti yg di arahkan. namun dalam mengikut kehendak pihak CIMB IB, aku ada juga menelefon pihak Bursa Malaysia dan bertanyakan status CDS akaun aku tu. Pihak Bursa Malaysia kemudiannya memaklumkan bahwa CDS akaun aku masih aktif dan tiada apa-apa masalah. Ini telah menjadi satu point penting untuk aku hentam CIMB IB. Sebelum itu pihak CIMB IB ada juga menyalahkan MITI dalam hal ini seolah-olah pihak MITI memberikan No akaun CDS yg tidak tepat dan berbagai alasan.

kemudian aku call MITI, dan pihak MITI memberitahu aku bahawa ramai juga client CIMB IB menelefon mereka berkenaan hal ini. Wow… nampaknya kes ini melibatkan ramai orang dan ternyata CIMB IB ada muslihat yang kami tak tahu.

Aku minta remisier aku utk check dan confirmkan semula CDS akaun aku.. Dan bila hari penyenaraian FGV iaitu pada 28hb Jun 2012, seawal pagi jam 7.30am remisier aku sms bahwa no CDS aku dah ada share FGV. Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga masalah yang aku paling risau.

Bila aku pulang ke Pulau Pinang pada 30hb jun 2012, Isteri aku memberitahu 3 hari lalu ada courier hantar kad minta aku ambik satu surat di pejabat mereka. Rupanya surat tersebut dari CIMB IB yang memaklumkan masalah yang aku hadapi sebelum ini (telah selesai seperti cerita di atas). NAMUN aku terbaca satu MUSLIHAT/TAKTIK pihak CIMB IB utk mengenakan caj tambahan bagi meneyelesaikan masalah yang aku hadapi. Caj sebanyak Rm30 akan dikenakan dan akan di ambil dari baki bayaran saham terlebih yang aku buat sebelum ini (Semua pemohon FGV melalui MITI sebelum ini membayar RM4.65 sesaham dan nilai ini lebih RM0.10 bagi setiap saham) Ini bermakna setiap pemohon akan menerima kembali jumlah teerlebih tersebut. Dan pemohon yang dimaklumkan mempunyai masalah akan dikenakan caj seperti dalam surat dibawah.

yang menjadi ketidakpuasan hati aku ialah jika setiap pelabur dikenakan RM30 seorang X dengan jumlah pelabur yang ramai… Aku rasa CIMB IB dah memungut hasil secara muslihat terancang.. Ini sudah lebih…  Jika pemulangan wang aku pada minggu hadapan didapati kurang RM30.00 aku pasti akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s