Dah lama dah aku tak kayuh malam

Standard

Rasanya dah dekat 4 tahun aku tak buat aktiviti kayuh beskal waktu malam. Mungkin sebab boring tahap gaban aku mula mencari kembali aktiviti kayuh. Sebenarnya bila kayuh pada waktu malam ni memang menyeronokkan. Salah satu sebab ialah tak ada kepanasan matahari.

image

Destinasi kayuh aku pada mula nya ialah ke Program Aktiviti Kelab Rekreasi Kuching. Banyak juga aktiviti yg sedang berlangsung siap ada konsert sebagai selingan acara yg sedang berlangsung.

image

aku yg dah lama tak kayuh malam memberanikan diri kayuh sorang diri dari Matang Jaya ke Dewan Suarah, Kuching yg terletak hampir 11 km dari tempat tinggal aku. Aku memulakan kayuhan pada jam 7.30pm dan tiba sekitar jam 8.15mlm. Ramai juga yg menghadirkan diri.

image

Abg Bushra yg aku jumpa semasa dlm perjalanan ke sini.

image

Abg Zikri, org kuat Kuching Cyclist Club. Selalu jumpa pada setiap even beskal.

image

Beskal abg zikri yg penuh dgn lampu lip lap.. he he he beliau membelanjakan hampir Ribuan ringgit utk lampu lip lap sahaja..

image

Lepas rembat goodie bag yg ada 2 tin air serta maggi, aku pun belah menuju ke Kuching Waterfront. Happening juga kat sini, tapi mungkin sebab mlm minggu dan ramai pelancong keluar mencari aktiviti kot..
Setelah lepak hampir 20 minit aku pun menuju pulang.

image

Akhir kata, sesapa yg ada beskal kat rumah dan dah lama tak kayuh tuu.. pi capai pam angin dan mulakan aktiviti kayuh sihat anda semula…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s