Packing MERIDA utk pulang ke MALAYA

Standard

Akhirnya setelah sekian lama MERIDA merantau jauh ke Borneo bersama aku, kini dia akan ikut pulang ke Tanah Malaya. nasib Merida memang baik sebab aku tidak gamak nak menjual tubuhnya yang masih cun tu. Walaupun Merida telah lama setia bersama aku dan ramai jejaka kat luar sana mahukan nya… namun dek kerana harga yg tidak sesuai, aku rasa biarlah dia terus bersama aku untuk seketika lagi..

Hari ni, aku belikan kotak yang baru untuknya. Rm2 sahaja harga kotak yg aku beli di kedai Joyo Probike Kuching. Dan selepas sahaj solat sunat tarawikh di Surau Taman Yen Yen.. aku terus kerjakannyaaaaa.. Tanpa erti kenal penat.. aku mesti siapkan malam ini juga.. Supaya esok dpt aku beli luggage utk Sport Equipment untuk penerbangan yang mempunyai tag nama SEMUA ORANG BOLEH TERBANG termasuk kaulah MERIDA.. kau pun akan terbang tinggi lebih tinggi dari Gunung-gunung yang pernah kita daki…

Memandangkan aku dah lupa cara nak membungkus kau MERIDA….. terpaksalah aku cari post dalam blog aku yg aku tulis pada FEB 2009 yang lalu. Masa tu Pak SOO Beng lah tauke yang jual tubuh kau utk aku pergunakan sepenuhnya.. beliaulah yang telah mebantu aku utk urusan membungkus kau datang ke Tanah Borneo. hari ni berbekalkan post tersebutlah aku membungkus kau merida…. Baca sini yer..

2012-07-20 19.38.41

Kotak beskal Gary Fisher yang aku beli berharga RM2.. ingat boleh dapat free..

2012-07-20 21.48.50

kempiskan angin, buka rim depan, pasang side rim protector, pasang rear rim protector, unscrew stem dan asingkan handle bar, rotatekan 180 darjah fork menghadap ke body dan turunkan handle bar ke bawah bersama fork..

Ikatkan rim depan dengan beberapa cable tight dan selitkan pada crank. Ops sebelum itu keluarkan seat post terlebih dahulu…

2012-07-20 22.10.27

Merida yg selamat dimasukkan ke dalam kotak gary Fisher..

2012-07-20 22.49.47

Kaedah menimbang beskal yang aku buat menggunakan tin biskut dan penimbang. Kenapa aku perlu penimbang?  Sebabnya aku tidak mau dikenakan bayaran berlebihan kerana AirAsia memang bijak nak kenakan bayaran yg kaw-kaw melampau..

Kos sport equipment AA baru

Jika dilihat bayaran bagi berat setiap kilogram Peralatan Sukan adalah seperti gambar di atas.

2012-07-20 22.50.14

Timbangan menggunakan penimbang analog menunjukkan berat kotak MERIDA aku hampir 20kg.. Namun bagi mengelakkan timbangan di airport melebihi dari sepatutnya aku akan play safe dgn membeli berat Peralatan Sukan sebanyak 25kg yg berharga RM60.00

Berbanding pembelian bagasi biasa. Harga bagasi jauh lebih murah. Lihat gambar dibawah.

Kos bagasi AA baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s