Aidilfitri di Hospital

Standard

Tahun ini perayaan aidilfitri aku terpaksa di sambut di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Semuanya bermula 4 hari sebelum 1 Syawal 1433. Aku terpaksa dihantar ke wad kecemasan hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Ini disebabkan sakit perut yg amat sangat.

15 Ogos 2012

Aku dimasukkan ke wad kecemasan bermula dgn zon kuning dan di tukar ke zon merah, mungkin sebab sakit yg amat sgt. Seingat aku bila dah dimasukkan ke zon merah topeng oksigen terpaksa di pakaikan. Ibu aku serta beberapa org ahli keluarga mungkin akan cemas melihatkan keadaan aku masa tu.

image

image

Dari jam 5 pagi, aku ditempatkan di zon merah wad kecemasan dan mungkin ramai yg memikirkan aku berada dlm ICU bila melihatkan keadaan aku yg seperti tu. Akhirnya jam 12 tgh hari aku dpt keluar dari hospital. Perasaan sakit hilang dan syukur pada Allah swt.

16 Ogos 2012

Tengah mlm aku diserang sekali lagi kesakitan yg sama. Aku cuba menahan sakit, namun semuanya tak berhasil dan aku terpaksa mencari klinik swasta sekitar jam 6 pagi utk merawat sakit. Namun kebanyakan klinik di Alor Star hanya dibuka selepas jam 8 pagi.
Jadi aku pun balik rumah sambil menahan kesakitan. Pada jam 1 tghari aku kembali mencari klinik dan dpt rawatan sejam selepas tu. Doktor hanya memberi ubat gastrik.

image

Lepas beberapa kali memakan ubat nampaknya sakit pada perut aku masih tidak lega. Dan aku mula memikirkan alternatif perubatan Islam Darul Syifa. Aku mencari melalui internet dan beberapa  nombor aku hubungi. Semua nya tidak dpt membantu sebab jarak dan masa. Akhirnya dgn bantuan Ustaz Nizam aku mendapat nombor telefon Ustaz Sabri yg rumah nya hanya berada 2 km dari rumah ibu aku.

Dari jam 11 mlm hingga ke jam 12 tgh mlm Ustaz Sabri membantu aku dgn membaca doa dan surah dari Al Quran. Mlm tu banyak juga angin dari dlm badan yg berjaya di keluarkan beliau dan aku mendapat kelegaan segera. Tiada bayaran dikenakan.

17 Ogos 2012

Hari jumaat barulah aku dpt berpuasa seperti biasa dan yg best isteriku dpt buat masakan kegemaran aku (daging masak merah). Gambar kat bawah sekadar hiasan.

image

Mungkin sebab aku ni pulun makan semasa berbuka, serangan sakit perut (seperti sembelit + tak boleh berak + tak dpt buang angin) bermula kembali.

18 Ogos 2012

Bermula pukul 5 pagi minta isteri aku hantar ke Hospital Sungai Bakap (hospital terdekat dgn perumahan aku). Utk pertama kalinya aku diminta utk mengunakan anema (maaf jika salah ejaan). Ubat utk bagi berak. Yang menjadi masalah ialah aku kena sumbat muncung botol ke dalam lubang dubur dan pam masuk cecair dlm botol tersebut.

image

Kalau ikut teori aku akan rasa seperti nak buang air besar. Oleh kerana first time sumbat mungkin tak menjadi kot. Taik tak keluar, hanya cecair tadi yg keluar semula.Setelah di X-Ray doktor menyarankan aku masuk wad dan jika kritikal aku mungkin akan dihantar ke hospital Seberang jaya.

Esok nak raya takkan aku nak habiskan suasana raya di hospital kot, so aku pun buat keputusan tak mahu masuk wad dan doktor minta aku tandatangan borang  tidak masuk wad atas permintaan aku sendiri. Selepas berjaya mengelat masuk wad, aku pulang ke rumah dan kisah penderitaan sakit di bahagian perut bersambung.

Aku betul betul kritikal sampai nak berdiri tegak pun sakit. Sekali lagi aku mencari perubatan alternatif Islam Darul Syifa dan aku perolehi satu nombor telefon di Bertam, Kepala Batas. Jumpa ustaz muda dan beliau merawat aku hampir 15 minit. Setelah selesai, aku masih berasa sakit dan atas cadangan isteri, kami terus ke Bahagian Kecemasan Hospital Kepala Batas.Rawatan diberi sekadar ubat penahan sakit dan kesakitan aku kembali selepas 2 jam menerima rawatan di sana.

Akhirnya pada jam 5 petang isteri aku memandu terus ke bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya. Setelah 20 minit menunggu dan berjumpa doktor, aku diminta utk X-ray. Ketika itu kesakitan pada bahagian perut kian menjadi-jadi dan doktor mencadangkan aku masuk ke wad utk pemeriksaan lanjut. Inilah pertama kalinya aku masuk wad dan yg paling tak syok nya esok adalah hariraya Aidilfitri.. (sesuatu yg paling aku tak mau alami kini dah dirasai). Aku beruntung kerana isteri aku menemani sepanjang mlm raya. TERIMA KASIH ISTERIKU.

19 Ogos 2012

Pagi raya aku terdengar sayup suara takbir dari surau dan masjid yg ada di sekitar Hospital Seberang Jaya. Memang sedih bila mengenangkan saat tu. Semalam doktor telah menyarankan aku utk di pasang dgn tiub masuk ke lubang hidung terus sampai ke perut.

Proses memasukkan tiub dibuat oleh jururawat terlatih dan pada mulanya aku berasa kurang selesa. Apabila ke tandas aku muntah dan mengeluarkan tiub secara tidak sengaja. Nampaknya jururawat terpaksa memasukkan sekali lagi tiub baru.. fuh… memang tidak selesa dan terasa seperti tekak dan kerongkong tersekat dgn adanya tiub ni.

image

Aku tidak boleh makan dan minum seperti biasa. Tujuan pemasangan tiub adalah utk mengeluarkan sisa makanan yg tidak sampai ke bahagian usus kerana dari X-ray doktor bagitau yg najis aku seolah-olah tersekat dan tidak dpt keluar seperti biasa. Oleh demikian kaedah tiub digunakan utk mengeluarkan sebahagian makanan yg aku makan sebelum ini. Jelas nampak sedikit demi sedikit sisa makanan keluar melalui tiub tersebut.

image

Selain penggunaan tiub utk keluarkan makanan dan angin dlm perut, doktor juga mengarahkan nurse utk membantu aku berak. Teknik yg digunakan ialah jururawat akan memasukkan cecair anema (rujuk gambar botol diatas) ke dalam lubang dubur utk memudahkan aku buang air besar.

image

Aku juga diminta meminum kedua dua cecair diatas bagi membantu aku berak.

21 Ogos 2012

Akhirnya sakit pada bahagian perut telah berkurangan dan doktor menyarankan tiub aku dikeluarkan. Apabila aku tidak lagi memerlukan tiub yg masuk melalui hidung ini tidak bermakna aku boleh makan seperti biasa. Doktor menasihatkan aku untuk terus berpuasa makan dan hanya boleh minum air kosong sahaja. Tangan aku masih di masukkan cecair.

image

Banyak juga botol air di gunakan sehari. Kebiasaannya sebotol mengambil masa 5 jam utk dihabiskan. Kalau 24 jam bermakna hampir 5 botol perlu aku guna sehari.

22 Ogos 2012

Hari ini aku diminta utk buat ultrasonik pada perut terutama di bahagian pundi hempedu kerana dikhuatiri ada batu yg menyekat fungsi hempedu. Ini kerana sebelum ini mata putih aku kelihatan berwarna kekuningan. Alhamdulillah, ujian ultrasound negatif menunjukkan sebarang batu karang. Bermula pada tengahari selepas keputusan ujian di nilai oleh doktor pakar, aku kini dibenarkan utk makan secara normal.

23 Ogos 2012

Doktor memberikan harapan positif bahawa aku mungkin dibenarkan keluar dari hospital. Perasaan tak sabar utk berjalan keluar setelah beberapa hari di hospital amat terasa ditambah dgn mood cuti raya.

Syukur alhamdulillah akhirnya doktor memaklumkan aku boleh discharge dari wad. Perasaan gembira utk keluar hanya Allah swt sahaja yg tahu.

image

Aku diminta utk menyelesaikan bayaran wad. Memandangkan aku pegawai kerajaan sepatutnya bayaran hospital adalah percuma. Memandangkan GL tidak ada aku terpaksa menggunakan buku derma darah sebagai alternatif utk bayaran wad.

image

Inilah kelebihan menderma darah. Anda akan menerima manfaat dari kemasukan ke wad-wad kerajaan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli keluarga & rakan-rakan yg datang melawat dan mendoakan kesihatan saya di mana sahaja. Terima kasih yg tak terhingga kepada semua doktor, jururawat, pembantu hospital, kakitangan juru x-ray, pakar dan semua staf di Hospital Seberang Jaya terutama mereka yg bertugas di wad 7.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s