Tulang Anjing – Lower Arm

Standard

Sejak beberapa hari lepas aku terganggu dek bunyi eekkk ookkkk… eeekkk okkkkk… kat belakang sebelah kiri keta Waja yang dah berusia 9 tahun setengah.. Dulu dia pernah buat bunyi yang sama juga… dan seingat aku bila refer Proton Servis, depa cuma buang bracker holder handbrake cable kat bawah badan keta aku. Jadi aku ingat benda yang sama mai balik.. Dalam dok cari-cari takda pun bracket yg patah. (macam mana aku cari kat bawah tu, aku pinjam ramp kat kedai pomen dan bedah siasat apa yg tak kena kat bawah badan keta aku.

Last-last semalam aku google pasai benda alah ni. Dari pencarian aku jumpa laa forum Autoworld Maklumat yang aku dapat ialah kemungkinan besar bunyi tu berpunca dari handbrake cable holder yg dah patah atau lower arm yg dah tak ok.

2012-10-20 12.12.37

Gambar kat atas Lower Arm aku yg dah K.O

Kemungkinan pertama dah solve tak lama dulu dan aku yakin benda ni mesti berkaitan Lower Arm. Lepas tu aku pi kedai pomen yang boleh percaya sikit dan aku minta pomen tu tolong diagnose kan… Doktor pomen mengesahkan aku kena tukar lower arm yg baru.. So aku pun pi laa kedai spare part dan beli Lower Arm baru. Ada dua jenis RM35 dan RM40. Jadi mana satu aku nak.. mesti yg murah sikit.

Lepas setengah jam pomen buka tayar belakang dan keluarkan lower arm lama, lepas tu ganti bari.. Masalah bunyi eeeekkkkk ookkkkkkkkk dah tak daaaa.. Duit terbang RM35 (Lower Arm) + RM20 upah pasang…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita kat bawah ni aku ambik dari blogger pomen yang tak kedekut ilmu.. banyak aku pelajari kat sini. http://tacra.blogspot.com

lower link atau lebih dikenali sebagai ‘tulang anjing’ dalam kalangan pomen atau kita sendiri menyebutnya dengan nama yang sedemikian. tulang anjing ini apabila dah rosak akan menyebabkan keluar bunyian yang tidak menyenangkan pada bahagian belakang kereta dan kita akan dengar seolah-olah bunyi dari bahagian seat belakang tepi dekat pintu apabila kereta bergerak. salah satu cara mengesan kerosakan ini ialah apabila boot kereta dihenjut dan semasa turun atau naik tu, ada bunyi sekitar bawah kereta. sudah sampai masanya untuk menukar dengan yang baru


sepasang tulang anjing mitsubishi dengan harga sekitar rm45.00 sebelah


wira atau waja sama sahaja, boleh pakai keduanya


kedudukan tulang anjin bawah pada kereta

buka 2 nat 14mm yang bersambung dengan trailing arm dan satu nat 17mm kat body kereta


prose membuka nat


tulang anjing telah dikeluarkan


ini rupa lower link aka tulang anjing


yang baru dan lama

perhatikan kedudukan lubang pada bush, dah senget

inilah yang menyebabkan keluarnya bunyi tertentu, bush dah rosak menyebabkan rod tengah bergesel dengan tepi

perbandingan dengan yang baru, lihat kedudukan lubang antara keduanya yang jelas nampak perbezaan disebabkan kerosakan. kereta ni dah 7 tahun kot tak tukar benda ni


nat 17mm untuk ejas chamber belakang, sama ada – atau +

proses pemasangan tulang anjing baru

ketatkan nat 17mm

apabila dah siap sepenuhnya, lebih baik buat allignment semula kerana dikhuatiri akan ‘lari’ dan tidak sama seperti kedudukan asal

Advertisements

5 responses »

  1. Saya baru tukar dekat persona hari ni pkai jnis waja,beza skit rupanya coz persona besi bulat skit n waja cam gmbar di atas. Igt bnyi 2 dri bering ke tpi xbdegung plak n search forum2 n try hnjut btul tulang anjing.Pomen cadangkan pkai jnis addjustable tpi xbrani sebab tnya pomen2 n otai2 diaorg cdagkn pkai yg stndart coz klau pkai addjuster t rsau gak klau asyik lnggar2 lubang addjuster boleh lari dah kne buat aligment semula. Elok buat tiap2 6 bulan/10k mna yg terdahulu trus jdi tiap2 2mggu nk hntr aligment addjust blkag huhu xmau woo……Jnis standart RM60 n addjuster RM80.Beza hrga dsebabkan xbli dkat sparepart juz bli dkat kdai n trus suh psag klau sparepart biasa boleh dpt RM40 n addjuster RM60. Smentara ni kira ok xde bnyi2an lgi pda personaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s