Edisi mencari tanah…

Standard

Ini lah kali pertama aku pi ushar tanah tanih yg mungkin utk beli buat penempatan… ceritanya bermula dgn rakan sekerja aku yg dah memulakan pembelian 2 relong tanah bendang di Arau, Perlis. Pada usia yg belum cecah 30 tahun member aku ni dah merancang utk bina sendiri rumah di atas lot tanah yg dibelinya.

image

Kami bermula dgn buat lawatan ke bendang 3 relong lokasi Arau. Tanah bukaan luas dan memanjang. Kalau nak tanya banjir atau tidak.. sememangnya hampir kebanyakan lokasi bendang di Perlis akan banjir kalau datang musim tengkujuh.

image

image

image

Lokasinya seterusnya ialah di Mata Ayer, Perlis. Tanah bendang yg sudah di tambak dgn tanah. Lokasi ni memang cantik sebab tanah tu geran hanya ada satu nama. Kali ni member aku roger yg mungkin broker kepada tuan tanah (jgn ingat broker tanah yg pakai tali leher, simple dan mcm kebanyakan org kampung biasa).

Walaupun lokasi tanah dah cukup menarik serta luas pemandangan. Namun tanah ini yg bersempadan dgn Simpanan Jalan Keretapi KTMB sedikit merisaukan kerana gegaran kecil mungkin terjadi apabila keretapi lalu. Ini seterusnya mengakibatkan keretakan rumah.

Jadi kami menangguh utk berjumpa dgn tuan tanah bagi membincangkan harga terbaik yg boleh di jual.

image

Tanah seterusnya ialah di Jelempok, Perlis. Tanah sawah yg terletak di sebelah mini tar. Menarik.. cuma masih dlm lingkungan kawasan Tidak bebas banjir.

image

image

image

Dan akhir sekali tanah kampung di Ulu Pauh. Maksudnya kawasan ni tidak jauh dari tempat aku bekerja. Tanah kampung dan agak mahal sedikit.

Namun dari pengamatan aku, beli tanah ni kena tgk pelbagai faktor.. antaranya lokasi tersebut bebas banjir atau tidak. Pegangan bebas atau sementara, boleh dipajak atau tidak (mengikut status tanah) dan berbagai lagi lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s