Rumah aku dah Disewakan…

Standard

Sejak aku letak iklan di portal Mudah, talian telefon aku yg selama ni hanya berdering dek panggilan dari bini sahaja dah mula berdering tak henti henti…

image

Tak sangka banyak juga permintaan sewa rumah di sekitar kawasan perumahan aku tu.. panggilan dari Kelantan sampailah ke Johor pun bertanyakan pasal rumah. Ada yg serius sampai nak terus masukkan duit deposit sewa dan ada juga yg nak minta buat bayaran deposit tu secara ansuran.

image

image

Dari status bapa yg nak bagi anak dok, laki org, bini org, doktor, laki transfer penang, bini transfer penang, kerja kat Pulau nak duduk land house, kerja Sungai Petani nak dekat ulang alik, dan macam macam lagi.

Semua bertanyakan status rumah aku tu. Yang paling best depa semua tertarik dgn lokasi dan keadaan rumah yg cantik.. mungkin sebab aku letak gambar yg ok kot..

So, nak dipendekkan cerita semalam aku pi bersihkan rumah setelah seminggu di tinggalkan. Sebenarnya pada masa yg sama aku ada beritahu yg bakal penyewa yg diaorang boleh dtg melihat keadaan rumah pada sebelah tengahari. Tunggu punya tunggu sorang pun tak muncul tiba, sampai lah aku dah lapaq dan mendidih perut. Tut tut… ada sorang pemanggil tel. dia bagitau semalam dia ada call dan bertanya pasai rumah aku tu. So kami berjumpa di rumah aku. Setelah puas meninjau. Akhirnya dia bersetuju utk menyewa. Aku tanya bila dia nak masuk.. Dia bagitau kalau boleh hari ni jugak. Sebab sejak 2 minggu berpindah dari Johor dah puas mencari rumah dan antara semua tu.. rumah aku ni yg terbaek…

Bangga jugak.. bila bakal penyewa bagitau mcm tu. Akhirnya aku bersetuju utk bagi sewa.. Syarat nyata belum jelas sebab aku belum menyediakan surat perjanjian atas  nama dia. Dan memandangkan dia dah terdesak. maka aku pun minta deposit sebulan termasuk bayaran advance Januari berserta deposit tnb dan air dibayar hari itu jugak.

Alhamdulillah semuanya selesai dan bayaran dibuat diluar stesen minyak Petronas kat perumahan aku tu (atm ada dlm stesen tu). Sebelum aku blah, aku bagitau jaga rumah tu mcm rumah sendiri dan kalau ada masalah tolong bagitau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s