Jalan Jalan Pak Bara, Thailand.

Standard

Edisi jalan jalan aku kali ni ialah pi makan tepi pantai jauh ke wilayah Satun (Selatan Thailand). Perancangan asal oleh member sekerja telah berjaya membawa 4 keluarga dan 4 buah kereta. Bergerak seawal jam 8am dari Kuarters Staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan kami tiba di pintu sempadan Malaysia-Thailand jam 9am.

image

Pos imigration Malaysia

image

Pos Imigration Thailand

image

Wang Kelian memang terkenal dgn destinasi membeli belah dikalangan rakyat Malaysia. Tapi tujuan kami bukan utk bershopping shoppen kat sini.

image

image

Kami nak masuk jauh ke dalam.

Jadi… kalau nak masuk dgn kenderaan jauh ke wilayah thai. Maksudnya aku kena beli insuran kereta thai. Insuran keta telah dibeli pada hari sebelum perjalanan di kedai runcit di Pekan Changlun (kedai runcit tumemaparkan insuran keta Thailand boleh dibeli disini)

image

Awek yg keja kat kedai runcit sedang menulis dokumen insuran keta.

image

Harga insuran yg aku beli ialah RM14 + RM2 (kos tulis kot) dan insuran ni boleh bertahan 9 hari.. Semasa di pos imigration Thailand, setiap kenderaan yg hendak di bawa masuk mestilah mempunyai insuran kenderaan Thai. Setelah urusan utk mendapat kan permit kenderaan selesai. ops… sebelum terlupa. Pastikan anda membawa salinan geran kereta dan juga insuran yg dibeli semasa mendapatkan permit kenderaan.
Kat sini pegawai kastam siam akan memasukkan maklumat kenderaan ke dlm sistem online mereka. Paling best kastam siam akan paw korang. Aku tgk org yg beratur sebelum aku ada yg bagi RM5 & ada pulak yg bagi RM10.
Bila dah tgk situasi mcm tu, akupun keluarkan RM 5 jer.. ceh tak sangka pulak kena paw.. Semasa nak stamp arrival pun kena pow.. RM2.. Jadi kos kena paw dgn imigresen siam ialah RM7..

Memandu di wilayah Selatan Thailand memang best. Jalanraya yg luas mcm highway kat tempat kita dan paling penting TAK ADA TOL.

image

image

Ada tesco lotus

image

image

Selepas hampir sejam memandu, akhirnya kami tiba di Pak Bara.

image

image

Setibanya kami di sini, program seterusnya ialah mencari makan.

image

image

Kedai makan yg menjadi pilihan kami ialah Nava Seafood. Betui laaaa cakap org, masakan siam ni memang best.. Sodappppp…

image

Restoran ini terletak di tepi pantai dan medan makan Pulak berlantaikan pasir.  Memang romantik.

image

image

Semasa di restoran ni, kami order makanan seperti gambar dibawah.

image

image

image

image

image

image

image

Jumlah keseluruhan harga makanan dan minuman ialah 715bath (RM71.50)

Selepas solat di masjid berhampiran kami bergerak menuju ke Pekan Satun. Kat sini beli beras wangi

image

dan kami juga sempat masuk hypermarket Big C yg ada kat pekan Satun.

image

Kami bergerak pulang pada jam 5pm dan tiba di Pos Imigresen Wang Kelian hampir pukul 6 pm. Sememangnya pengalaman memandu, makan dan bershopping di Wilayah Satun cukup indah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s