Tanah oh Tanah..

Standard

Sejak tgk dua tiga org rakan seopis dok beli tanah dan nak bina rumah banglo.. aku dah mula merasa kena cepat bertindak. Hari ni aku dan dua org lagi rakan sekerja sempat pi ukur tanah dgn tali ukur. Member aku (rakan A) ni dah hampir 2 bulan buat pembelian tanah yg diatasnya penuh dgn pokok mempelam harum manis. Namun atas terkena racun parakuat (desakan) dari rakan B yg dah mula tambun tanah atas lot tanah bendang beliau. Rakan aku si A pun memulakan langkah nya.

image

Gambar tanah Rakan B yg dah start tambun tanah… katanya bulan 6 projek rumah beliau akan bermula. Kenapa kena tunggu lama sebelum boleh buat rumah? sebabnya beliau nak tanah yg ditambun akan mendap dgn baik sebelum pembinaan rumah dimulakan.

image

Yg ni rakan aku encik A yg dah tolak perabih pokok pelam harum manis demi impian utk dok rumah banglo sendiri. Hampir seratus lori 6 tan digunakan utk tambun tanah tersebut..

Untuk pengetahuan anda, member A ni juga mempunyai 2 unit rumah yg bakal dijadikan homestay di Changlun, Kedah. Malah beliau jugak bijak berbisnes Online… jadi tak mustahil beliau dpt buat commitment yg tinggi..

Jadi setelah sekian hari dok perhatikan keasyikan depa ni dok sembang pasai tanah.. aku pun tumpang belajar belajar cara nak miliki tanah sendiri.

Memang bukan mudah utk membeli tanah. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Antaranya, adakah geran tu satu nama atau berangkai.. Jika satu nama senang cerita.. senang nak buat loan gomen, senang nak urusan pejabat tanah bagi tukar hakmilik. dan banyaklah senang…. tapi kalau geran berangkai… jenuh la.. nak pecah tanah kena dpt persetujuan semua pemilik (semua nama yg ada dlm satu geran tu), lepas tu adakah mereka sanggup berkongsi bayaran pecah geran dan macam macam lagi kerenah.

image

So berbalik kepada cerita pi ukur tanah hari ni.. Tiba tiba ada sorang brader yg lalu bermotosikal disebelah tanah Member A, berhenti dan mula bersembang. Aku dah agak dia ni kompom broker kampung sebab selepas sahaja sesi berbual, dia mengesyorkan aku sebidang tanah tiga penjuru siap tambun. Bila pi tgk seperti gambar diatas dan dibawah… terus terang aku terpikat… jatuh cinta kat lot tanah tersebut.

image

image

Aku rasa mcm nak rembat terus.. walaupun harga agak mahal, dan selepas waktu kerja aku sekali lagi ke lokasi tanah tersebut. Terus pi cari jiran yg berdekatan. ye la, baik aku recce sendiri daripada broker dok pulun markup harga. Dalam dok sembang rupanya tanah ni jenis geran berangkai dan tuan tanah yg memiliki nya sebelum ni sudah merancang utk bina rumah burung walit. Namun hasrat beliau tidak kesampaian kerana ditentang org kampung sekitar lot tanah tadi.

Jadi spoil lah hasrat aku…..

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s