Urusan Tanah yang tak kesampaian

Standard

Sebenarnya aku ingat nak simpan jer pengalaman urusan tanah yang tak kesampaian. Namun bila difikirkan balik syok juga cerita walaupun tak jadi. Ceritanya begini, seorang opismate aku ada maklum tentang satu bidang tanah (1 geran 6 nama) berkeluasan 5 relong nak dijual satu bahagian iaitu serelong (30 ribu kaki persegi) kepada aku. So aku dah tgk pengalaman lalu yg urusan tanah yg dibelinya berjalan lancar jadi aku pun ambik keputusan nak beli tanah berjiran dengan tanah opismate aku tu.

2013-05-15 16.09.46

bahagian yg hendak dijual tu Petak no 6 dan lokasi cukup menarik dekat dengan Ladang Harum Manis dan dikeliling mini tar serta jarak yg tak jauh dari jalan besar.

2013-04-22 16.38.58

2013-04-22 16.38.14

Gambar kat atas ni gambar sebenar lokasi tanah yg hendak dijual tu

Jadi pertemuan aku dan tuan tanah pun diatur dan pada mulanya tuan tanah tu nak jual RM50k serelong kepada aku.. namun aku minta kurang kepada RM48k. Jadi tiada kata putus dan dia janji akan beritahu harga putus keesokan harinya.

2013-05-15 16.08.58

Jika dilihat pada geran tanah tersebut. Tanah ni ada sekatan sekatan kepentingan yg penting utk diambil kira. Sebagai contoh, tanah ini langsung tidak boleh digadai, dijual, atau ditukar nama. Tapi kalau tidak boleh jual atau tukar nama macam mana aku nak beli? betui dak? So sebenarnya tanah yg dikenakan sekatan sebegini boleh dijual dan ditukar nama dengan syarat pembeli/penjual harus memohon KELONGGARAN SEKATAN melalui borang yang boleh diambil di pejabat tanah.

2013-05-15 16.09.19

Gambar borang Permohonan Melonggarkan daripada Sekatan Sekatan Tanah

Setelah borang diisi dan dikembalikan kepada pejabat tanah, tunggulah 2 minggu utk mengetahui keputusan longgar sekatan. mmhhhh kena ingat! Bila mana anda buat urusan tanah semuanya memerlukan DUIT!. Submit jer borang mesti kena bayar kos seperti kos upah Isi borang RM30 (ini bergantung kepada tugas kesetiausahaan yang selalu letak meja kat luar pagar pejabat tanah), bayaran permohonan pindah milik RM50 dan Carian Rasmi RM50. dan mungkin ada dua tiga benda lagi laa..

Jika semuanya ok, pejabat tanah akan memberitahu bahawa permohonan longgar sekatan dah lulus maka boleh laa proceed dgn Borang 14A iaitu borang Pindah Milik Tanah. Dalam borang ni akan diletakkan nilain tanah yg dijual. Kebiasaan pembeli akan meminta pemilik tanah utk bersetuju harga yg diletakkan rendah sedikit dari harga yg dijual (offline lerr) sebab nak elak kos cukai jual yg akan dikenakan sebanyak 1% dari harga jualan. Namun kerajaan/pejabat tanah akan sendiri menilai tanah dan bayaran 1% tadi akan dirujuk kepada mana yang lebih tinggi.

Contoh jika aku letak nilai tanah RM30k tapi pejabat tanah buat penilaian taksiran bahawa tanah tu bernilai RM50k, maka aku kena bayar 1% kepada RM50k tadi iaitu sebanyak RM500. Dan akhir sekali setelah semua urusan tadi selesai maka penjual dan pembeli tanah harus mengisi satu lagi borang PDS15 yang diperolehi dari pejabat LHDN

2013-05-15 16.10.26

Namun semua urusan di atas aku tak sempat sebab Tuan Tanah tadi mungkiri janji dan dia sanggup jual kepada org lain yg mungkin meletakkan harga yg lebih sedikit dari harga yg aku minta. Walhal aku dah standby duit deposit (rugi dividen AS1M sebab dah keluarkan semata-mata nak bayar depo). Geram juga rasa hati. namun aku berpegang kepada rezeki semua ini dari Allah swt. Setiap sesuatu ada hikmahnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s