Jalan Jalan Sabah (Day 2 continue)

Standard

Gerai Hasil Pertanian Kundasang

Lepas melawat ladang lembu yg kononnya ala ala Ladang lembu mcm kat New Zealand. Kami bertolak menuju ke resort tempat penginapan kami bagi malam kedua di Sabah. Jangan lupa berhenti di gerai jualan hasil pertanian. Banyak hasil pertanian yg segar dan terbaek dari ladang dijual. Aku sempat membeli tomato kecil. Memang favourite aku.. harga memang berpatutan.

image

image

Celyn Resort Kundasang

2 minggu sebelum aku ke Sabah, aku telah booking penginapan melalui Agoda. Harga yg ditawarkan murah sedikit dari harga standard. Kenapa aku pilih resort ni setelah review dari pengunjung yg memuji resort tersebut. Namun disebalik pujian ada yg contra tentang resort ni. Apa yg dimaksudkan ialah jalan masuk ke resort adalah sangat teruk. Tapi bila difikirkan tentang pujian yg diberi apa salahnya aku mencuba.

image

Jalan masuk permulaan dari simpang Jalan Semuruh Kinoundusun adalah berturap dan sangat curam. Nasib baiklah kereta sewa viva 1.0 takde power steering dapat mendaki dgn gear rendah super low… keadaan jln berturap pada permulaan buat hati aku berasa senang. Namun semua tu sekejap sahaja. Lepas memandu tak sampai 500meter jalan batu kelikir dengan pendakian yg cukup mencabar bagi sebuah kereta viva gear automatik.

image

image

Selepas tu aku ternampak binaan bangunan tersergam indah dipuncak bukit. Terdetik dlm hati aku adakah ini rexort yg aku booking 2 minggu lepas dlm Agoda.

image

image

Setelah menempuh perjalanan hampir 40minit, akhirnya aku berasa lega bila melihat papan tanda terakhir resort Celyn.

image

Akhirnya kami tiba di Celyn Resort Kundasang,  lega rasanya hati bila melihat keadaan sekeliling resort yg cukup menenangkan.

image

image

image

Semasa check in, kami dimaklumkan bahawa bilik kami telah diupgrade kepada Mount Kinabalu view. Sebelum ini aku hanya booking Valley view sebab harganya murah sedikit. Syukur alhamdulillah,  bilik yg kami masuk cukup puas hati.

image

image

image

image

image

PERINGATAN PENTING, sila bawa bekalan makan malam yg mencukupi kerana bila anda dah check in disini nak turun semula keluar ke Kundasang diwaktu malam amatlah tidak digalakkan. Kalau nak teruskan niat nak pi makan cukup la sekadar melantak kat restoran yg terdapat di dalam resort ini… harga mau tau la, mahal siut. Nasib baiklah kami ada bawa bekalan roti, milo 3 in 1 dan air mineral yg mencukupi utk dua org montel seperti kami.
Malam tu sebelum tidur kami suami isteri duk lepak di veranda bilik yg mengadap Gunung Kinabalu. Syok juga dok sembang tentang hal hal dunia masa melepak disini..

image

image

image

image

Akhir kata selamat mencuba Resort ini. Aku bagi full star laaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s