Jalan Jalan Sabah (Day2)

Standard

Sambung dari cerita… Pukul 6pagi di KK dah mcm pukul 7.30pagi di semenanjung. So aku tel owner kereta sewa Ustaz Sabri yg aku cari dlm internet sebelum ni. Booking RM50 dah settle 2minggu sebelum aku ke KK. Jadi baki yg perlu aku bayar ialah RM150 sahaja lagi pada hari terima kereta. Kereta yg aku sewa ialah Viva 1.0 takde power steering dan auto. Fuhhhh jenuh mendaki bila nak ke Kundasang nanti.. Aku booking dari pagi Isnin jam 8am hingga Rabu 11.30pagi dan kadar sewaan memang berpatutan. Pemilik kereta dah tunggu didepan hotel seperti yg dijanjikan. Pemilik kereta minta aku hantar dia ke terminal 2 sebab dia ada kereta lain utk disewakan. So dlm perjalanan nak hantar ke Airport, aku bertanya tentang tempat sarapan yg menarik di KK, so dlm perjalanan ke Airport dia bawa kami ke sebuah restoran De’ Lengkuas. Lokasi aku taktau.. tapi senang nak cari… nanti aku Google maps tempat tu. Harga makanan kat KK ni memang standard mahal siot… tapi restoran ni walau mahal sedikit (dua org makan dengan lauk campur udang bertimbun, dan sotong, serta sayur dan air milo ais pekat total up RM20)

image

image

Lepas makan kami memulakan perjalanan terus ke Kundasang.  Aku guna khidmat Google maps dan panduan papan tanda jalan raya. Kami bertolak pada jam 9.56pagi dan tiba di pekan Nabalu jam 11.38pagi

PEKAN NABALU

image

Setibanya kami di Pekan Nabalu, disarankan kalau nak beli cenderamata Sabah, belilah disini sebab di KK harga yg ditawarkan tinggi dan susah sedikit nak tawar menawar.
image

image
image

image

image

image

Disini juga ada menara tinjau. Kalau anda bernasib baik boleh tgk Gunung Kinabalu. Tapi nasib tidak menyebelahi kami pada hari tersebut sebab puncak gunung dilitupi awan kabus tebal. Iklim disini dah berubah dan berasa dingin salju.. he he he. Aku sarankan bini aku shopping shoppen kat sini.

Kinabalu Park

image

Lepas saja shopping shoppen di sini kami meneruskan perjalanan menuju ke Kinabalu Park, bayaran RM3 dikena setiap seorang apabila kita memasuki kawasan Kinabalu Park. Apa yg menarik disini ialah anda dpt melihat titik permulaan pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu.
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Lepas tu bini aku trigger, “abg.. abg… kat sini la depa berlakon cerita Dejavu di Kinabalu”

image

Pekan Kundasang
Kami tiba di Pekan Kundasang dan plan makan tengahari disini. Sebelum makan, aku beli kepak ayam bakar. Dulu masa first time sampai sini member aku org sabah ajak singgah dan beli tongkeng ayam.. memang sedap. Aku ada mencuba salah satu gerai kepak ayam bakar sebelah restoran diatas bukit tu..nampaknya gerai yg mula mula tadi lagi best.
image
Gerai kepak ayam bakar yg dlm gambar diatas sedap.
image
Gerai ayam bakar yg dekat dgn restoran ni kureng sikit. Masa sampai di Kundasang, kami makan bihun sup daging dan ayam serta air teh ais. Jumlah keseluruhan makanan kami RM17.20 memang mahal.. makanan status tanah tinggi kot. Kepak ayam panggang cuma RM1.50 setiap satu. Lepas makan kami menuju ke Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
Perjalanan dari roundabout Kundasang cuma dalam 7-8km sahaja namun kereta sewa aku yg gear auto memang menguji skills utk memanjat ke Desa Dairy Farm. Sampai sahaja di sini bayaran RM4 seorang dikenakan.
image

image
image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s