Jalan Jalan Sabah (Perjalanan Pergi dan Day1)

Standard

Sebenarnya ini adalah kunjungan aku buat kali kedua ke Negeri dibawah bayu. Dah lama aku merancang ini percutian ni, sejak dari tahun lepas lagi. Cuma masa yg tidak mengizinkan yg buat aku tangguh untuk beberapa kali. Nasib baik tiket Malaysia Airlines ni adalah asalnya waran kerajaan, jadi dapat aku open booking tarikh perjalanan.

Rancangan Jalan Jalan Sabah aku bermula dari stesen keretapi Tanah Melayu Arau. Dah lama aku tak naik keretapi, jadi keinginan utk mencari kelainan dalam ekpedisi kali ni bersama isteri akhirnya tercapai bila tgk tiket keretapi bagi koc tidur ada kosong.. tu pun dah tinggal beberapa katil saja. Harga tiket bagi koc tidur ni ialah RM48 setiap seorang.

image

image

image

Keretap bertolak dari Stesen Arau tepat jam 7.10mlm dan tiba pada jam 6pagi keesokan harinya. Setiba kami di KL Sentral, sempatlah kami solat subuh dan bersarapan di MC D, Kami menaiki Bas Airport Coach dari KL Sentral ke KLIA berharga RM10 setiap seorang.

image

Sampai saja di KLIA dah ramai org, aku check in menggunakan kiosk yg disediakan dengan memasukkan no E-Tiket (MAS guna no e ticket yg panjang lebar, manakala Airasia hanya guna booking no yg lebih pendek dan praktikal). No kapal terbang MAS yg kami naik ialah MH2618 dan berlepas pada jam 11.45am

image

image

image

image

Dengan earphone yg disediakan dpt aku layan movie. Taklah rasa bosan sangat. Bini aku dah layan tidur. Makanan yg disediakan memang sedap dan menyelerakan.. mungkin perut dah stanby nak makan nasi kot. Tu yg sedap.

image

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tepat jam 2.15pm. Selepas urusan imigresen dan mengambil beg aku pun membeli kupon teksi untuk ke hotel. Kos teksi dari Kota Kinabalu International Airport ialah RM30.

image

Kami tiba di Le Hotel Kota Kinabalu tepat jam 3pm. Hotel ini aku booking melalui Agoda. Kenapa aku pilih, pertama sebab antara yang paling dekat dengan pasar filipina dan dan yg termurah di area tu. Kos hotel ialah RM110.40 (Harga standard ialah RM178) Jarak dari hotel ke Pasar Filipina cuma 200meter saja dan dekat dgn semua kemudahan.

image

image

Masa dlm perjalanan naik teksi dari KKIA ke bandar, aku sempat bertanya kepada pemandu teksi tempat makan seafood yg best. Dia mencadangkan aku utk ke Medan makan di depan Hyat hotel atau kalau kita berjalan kaki dari pasar filipina menuju ke pasar besar KK, Medan selera ni terletak betul betul besebelahan pasar besar dan sebelum monumen Baracuda.

image

image

image

Gerai makan yg menjadi pilihan aku ialah tengok gerai yg paling ramai orang bertandang dan yg penting pengunjung nya ialah org tempatan. Kenapa perlu pengunjung org tempatan ialah mereka sudah tentu mengetahui bahawa masakan yg disediakan sedap dan boleh diulang kunjung. Alhamdulillah memang terbukti sedap.

image

image

image

image

Aneka pilihan makanan laut yg segar dipamerkan disini, tips hanya satu pilih yg belum dimasak jgn pergi gerai yg kononnya seafood sudah dipanggang dan sedia utk dimakan kerana dikuatiri lauk pauk semalam yg di simpan dan dipanas bakar semula. Kebiasaannya peniaga di gerai makan di Pasar Filipina menyediakan makanan seperti ini. Dan jika anda mahu yg lebih fresh pergi ke tempat yg saya maklumkan tadi iaitu Gerai gerai makan di depan Hyat Hotel Kota Kinabalu.

image

Jadi pilihan saya tentulah lauk pauk yg masih segar dan belum dimasak. Cuba lihat gambar dibawah

image

image

image

image

5 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s