Menjana Passive Income – 2 tahun setengah dari sekarang

Standard

Alhamdulillah, setelah bertahun pikir mcm mana nak sampai tahap Financial Freedom. Aku rasa tak salah untuk berkongsi ilmu apa yg aku rancangkan dua tahun setengah dari sekarang. Ini hanya perancangan aku yg bergelar hamba Allah, namun semua ketentuan Allah swt adalah yg terbaik. Kita merancang, Allah swt yg berhak menentukannya.

Pendapatan Pasif atau dalam bahasa omputih Passive Income adalah cara biarkan Duit Bekerja untuk anda.

6 Bulan dari sekarang (Jan 2014)

Untuk tempoh 6 bulan dari sekarang, aku hanya plan menyimpan lebihan gaji seperti biasa dan terus membayar Pinjaman ASB seperti biasa.

Jan 2014 Profit Target

 

Setahun Setengah dari Sekarang (Jan 2015)

Bermula Jan 2014 setelah Dividen ASB dan simpanan ASB mencecah RM40k. Perancangan aku ialah keluarkan semua tunai yg ada dlm ASB dan pindahkan di AS1M. Lihat Jadual AS1M pada Feb 2014. Ini bermakna ASB aku hanya tinggal Sijil RM200k (Pinjaman ASB-i Maybank) dan pada ketika dan saat tu aku akan menambah lagi RM40k pinjaman ASB-i bagi menggantikan Tunai yg aku pindahkan tadi. Ini bermakna Sijil ASB yg aku parking kat ASB ialah sebanyak RM240k. Maka komitmen bulanan aku bertambah dari RM1185 kepada RM1435 sebulan bagi bayaran pinjaman ASB-i.

Seperkara lagi ialah pada April 2014, Pinjaman Rumah yg aku beli pada tahun 2008 dan siap diduduki pada April 2009 akan genap 5 tahun. Maka tempoh Penalti bagi Lock In Period akan tamat, dengan itu dapatlah aku teruskan agenda seterusnya utk menambah cash dalam AS1M dengan REFINANCE PINJAMAN PERUMAHAN tersebut. Berdasarkan Market Value hari ini, rumah aku dah mencecah RM320k. Ini bermakna aku mungkin dpt CASH sebanyak RM120k ~RM140k. Dengan cash yg diterima ini aku parking kesemuanya dlm AS1M. Lihat Jadual AS1M pada May 2014. Maka komitmen aku kini berubah dari RM815 sebulan kepada RM1550 sebulan dan sebahagian RM800 dibayar oleh Penyewa aku. Maka komitmen aku hanyalah RM750 sebulan utk pinjaman rumah yg di rifinance ini.

Jan 2015 Profit Target

 

Dua Tahun Setengah dari sekarang (Jan 2016)

Akhirnya pada Jan 2016, aku akan menuai hasil dari Pendapatan Pasif ini… maksud aku pada ketika itu aku mungkin akan akan mengeluarkan Dividen yg diperolehi dari ASB (RM19,000) dan AS1M (RM11,000) berjumlah RM30k.

RM30,000.00 / 12bulan = RM3,000.00

Maka dptlah aku menambah komitment lain seperti:-

RM200,000.00 Pinjaman Peribadi untuk beli Tanah dan Buat rumah diatas tapak tanah tersebut disamping bina 2 unit rumah berkembar utk menjana pendapatan tambahan seperti homestay atau Rumah sewa kepada pelajar IPTA yg berselerak di Perlis ini (Komitmen Bulanan RM1500/sebulan)

baki RM1000.00 mungkin aku guna utk komitmen lain yg masih dlm belum dapat aku putuskan.

Jan 2016 Profit Target

Akhir kata ini hanya perancangan aku yg lemah.. Hanya Yang Maha Kuasa dapat menetukan perancangan aku ini berjaya atau tidak.. Jika rakan-rakan diluar sana mempunyai kaedah yg baik kongsilah… manatau saya boleh ikut jugak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s