Cari Tanah Beli Tanah… (Part I)

Standard

Bertitik tolak kisah aku mengenai “Urusan Tanah Yang Tak Kesampaian”, aku dan isteri tidak berputus asa untuk terus mencari tanah yg sesuai bagi mendirikan sebuah rumah idaman. Ceritanya bermula pada hari Sabtu 22 June 2013. Seperti cuti hari minggu-minggu yang biasa, kami akan keluar bersarapan. Selesai bersarapan kami menghabiskan petrol dengan meronda sekitar taman-taman perumahan yg terdapat di Bandar Kangar. Dalam dok tengok rumah rumah kosong yg sesuai dijadikan aset pelaburan (mungkin homestay atau rumah sewa), aku teringatkan satu iklan Properties dalam Mudah.My

Iklan di Mudah.my hanya menunjukkan geran. Yang menjadi tarikan kepada aku ialah apabila gambar geran itu diteliti, didapati ianya adalah geran satu nama (FAKTOR Pertama dalam membeli tanah), Keduanya ialah Pegangan Tanah itu adalah selama-lamanya (FAKTOR Kedua yg perlu diambilkira apabila membeli tanah) dan yang ketiga ialah SYARAT-SYARAT NYATA yang terdapat dalam geran tanah tersebut (FAKTOR Ketiga). Bagi geran ini Syarat-syarat nyata yang tertulis adalah KAMPUNG. Wow ini dah best, kenapa? Apabila syarat tanah telah diubah daripada status tanah kegunaan pertanian seperti Bendang (ini banyak di negeri Kedah) kepada kampung, bangunan mahupun Tanah Kebun, kebiasaan harga lebih mahal sedikit dari tanah biasa. Dan kalau seseorang itu Penjawat Awam seperti aku dan plan nak bina rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, syarat syarat nyata tanah cukup penting. Kalau tuan puan ada tanah dan nak ubah syarat tanah tersebut boleh baca UBAH SYARAT. Oleh kerana harga yang ditawarkan cukup menarik kerana tanah tersebut dikatakan ada rumah kampung diatasnya, maka aku dan isteri terus mencari lokasi tanah tersebut. Berpandukan papago dan sedikit maklumat melalui perbualan telefon dengan tuan tanah, kami pergi mencari lokasi tanah tersebut. Tuan tanah tidak tinggal di situ kerana beliau sudah membina rumah di tempat lain di Pekan Jitra.

Iklan Tanah mudah

Akhirnya kami sampai dilokasi seperti yg digambarkan dalam perbualan telefon. Alhamdulillah, sampai sahaja kami di permulaan tanah (gambar bawah). Suasana keadaan tanah tersebut cukup subur dengan sawah padi yg menghijau dijaga rapi penyewa bendang.

P6230032

Tanah menganjur dari hujung kanan bawah gambar diatas hingga melepasi deretan pokok nipah di tepi mini tar

Kami meneruskan perjalanan hingga ke tanah kampung dan sepanjang melalui minitar hati kami telah terpikat dengan tanah ini.

P6230033

Setelah melepasi deretan pokok nipah dan rumah kampung, tanah ini berakhir di batas bendang yg menganjur dari bawah kiri gambar diatas hingga ke hujung sana.

P6230039

Gambar diatas ini menunjukkan minitar yg lurus menuju ke jalan raya utama yang menghubungkan Pekan Kodiang-Pekan Sanglang

P6230037

Perkara yg menarik minat aku dan isteri mengenai tanah ini selain dari faktor faktor yg terdapat pada geran ialah terdapatnya Sebuah Rumah kayu yg masih berdiri teguh. Walaupun ada bahagian kayu yg dimakan anai-anai, aku yakin jika tanah ini menjadi milik kami, rumah kayu ini masih mampu dijual.

P6230036

Pandangan dari belakang rumah

P6230035

Penyewa rumah sedang menuai Nira Nipah untuk dijual

P6230042

Pemandangan dari hadapan rumah. Ada bahagian yang sudah usang dan perlu dibuang

Setelah tinjauan dibuat, kami berpuas hati dan merancang untuk mencari tuan tanah untuk berbincang mengenai harga dan memastikan geran asal masih dipegang oleh tuan tanah kerana geran yang ditunjukkan dalam ikaln hanya geran photostat.

BERSAMBUNG DI Part II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s