Cari Tanah Beli Tanah (Part IV)

Standard

Bersambung Part III

Selesai proses pencarian di Pejabat Tanah dalam cite aku sebelum ni, barulah perasaan senang hati timbul kerana geran tersebut didapati tiada sebarang masalah berkaitan pajakan atau kaveat. Jadi ini bermakna sebarang usaha pindah milik akan lebih lancar. Pada minggu seterusnya, kami mengadakan pertemuan dengan Pak Long Din di Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Setibanya di Pejabat Tanah, Pak long Din dah sedia menunggu di hadapan pintu pejabat tanah. memang cekap Pak Long Din ni sebab dia dah terlebih dahulu minta maklumat lengkap pemilik baru tanah beliau (iaitu bini aku). Tujuan nya beliau nak siapkan borang 14(A) Borang Pindah Milik Harta Tanah. Borang ni standard untuk semua negeri sebab tertakluk dibawah Kanun Tanah Negara.

3879806

Semasa di Pejabat Tanah, pegawai di situ meminta aku untuk naik ke tingkat atas selepas bayaran RM25.00 bagi Proses Penilaian Tanah tersebut. Selepas 15 minit menunggu urusan penilaian oleh pegawai di pejabat tanah. Beliau menyatakan bahawa nilai setem hasil RM200.00 perlu dilekatkan pada ruang diatas.

Resit Bayaran Bagi Penilaian Tanah edit

Aku dan Pak Long DIn bersetuju untuk berkongsi bagi bayaran setem hasil RM200.00 dan tambahan RM30.00 bagi proses Pindah Milik.

Resit Bayaran Pindah Milik Tanah edit

Selesai sahaja penyerahan Borang Pindah Milik 14A dan semua bayaran yang dinyatakan diatas, barulah aku buat bayaran baki bagi pembelian tanah kepada Pak Long Din. 3 hari selepas tu siaplah geran tanah di atas nama pemilik yang baru.

Geran Mukim Tanah Titi Selangor

Akhir kata, apa yang aku ceritakan diatas bukanlah utk menunjuk nunjuk tapi anggaplah sebagai perkongsian ilmu kerana semasa aku mencari guna google mengenai pengalaman beli tanah, tak banyak blogger bercerita mengenai cerita cerita begini. Mungkin keana kekadang tu proses jual beli tanah ni kalau tak kena cara boleh menjadi stu proses yg memualkan. Aku dan isteri bernasib baik kerana tanah yang kami beli ini dijual oleh seorang pemilik yang jujur dan pegang pada janji. Pak long Din memaklumkan ada yang menelefon beliau menawarkan harga RM5,000 lebih tinggi dari yang beliau tawarkan dalam iklan mudah.my

Seperkara lagi ialah pastikan tanah yg hendak dibeli tu

  1. Geran Satu Nama
  2. Hak Milik Kekal
  3. Status tanah yang sesuai (kalau nak bina rumah pastikan status bangunan atau kampung atau gred A)
  4. Tiada Sekatan-Sekatan kepentingan
  5. Buat pencarian di Pejabat tanah
  6. Periksa batu sempadan tanah tersebut

9 responses »

  1. salam mat kedah… nk tanya sket…. aku xdak pengalaman beli tanah ni… tapi bkenan satu tanah ni kat perlis…. memandangkan tanah kat perlis semakin mahai… aku macam nk beli satu tanah bendang untuk bt rumah kemudian hari nnti… lebih kurang 1 ekar harga Rm 127k…. berbaloi dak kalau beli? just tanya pandangan…..tQ info kat ataih… byk belajaq…. saham akhirat ni….hihi

  2. 1 ekar 39 jemba…. kawasan santan – jejawi… berhajat nak cari tanah macam mat kedah tapi macam susah ja nk dapat cam ni… huhuhu…..

  3. As salam mat Kedah, info yang baik..terima kasih..Saya hari sabtu ni baru nak pi tgk tanah bendang area kodiang utk buat rumah.Harga 50k, keluasan tak sapai satu ekar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s