Final Dividen FGV

Standard

Satu ketika keuntungan saham FGV aku pernah mencapai RM8272.00 iaitu keuntungan hampir 19.34% dalam masa seminggu pelaburan. Masa tu harga saham FGV itelah naik ke paras RM5.43 seunit dan aku memegang sebanyak 9400 unit saham. Mungkin akibat keyakinan bahawa saham yg disokong oleh Kerajaan pasti tidak akan turun, aku terus memegang saham ini.

Namun tindakan aku itu mungkin tidak sepatutnya dilakukan kerana konsep Saham IPO ini sebaiknya dilepaskan/dijual apabila harga sasaran dicapai. Akibat rasa tamak kot, aku terus memegang unit unit saham FGV. Dan hari ini ketika saat aku menaip blog ni, harga saham FGV telah merudum ke paras RM4.50 dan jika dihitung aku mengalami kerugian RM0.05 X 9400unit = RM470.00 (KLIK sini untuk melihat harga TERKINI)

Oleh kerana harga dah turun ke paras kerugian, aku fikir lebih baik simpan sahaja unit unit saham FGV ini sehingga harga yg sesuai untuk di letgo. Simpan saham tidak seperti menyimpan emas (kedua-duanya harga turun ketika ini). Simpan unit saham kebiasaannya akan dibayar Dividen. Setakat ini aku dah rasa dua kali pembayaran dividen oleh FGV.

Yang pertama ialah Interim Dividen iaitu pembayaran 5.5 sen bagi seunit saham dan aku memperolehi RM517.00 bagi dividen tersebut. Pada kali ini, FGV memberi Dividen Akhir atau FINAL DIVIDEN pada kadar 8.5sen bagi setiap unit saham dan aku memperolehi RM799.00 bagi dividen tersebut.

FGV Dividend Jul 2013

Deposit bagi dividen FGV ini dibuat melalui akaun Maybank aku pada 12hb julai 2013 lalu dan selang beberapa hari satu pemberitahuan bertulis memaklumkan bahawa pembayaran telah dilakukan ke akaun maybank.

FGV Dividend Jul 2013-1

Akhir kata, aku ingin membuat kesimpulan bahwa pelaburan FGV kali ini agak KURANG MEMBERANGSANGKAN kerana jika dibuat perbandingan antara simpanan dalam unit ASNB seperti AS1M atau pun ASB, jumlah perolehan dalam unit unit ASNB akan lebih menguntungkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s