Akhirnya kami Jual Rumah Kayu itu

Standard

Semalam kami suami isteri telah menjual rumah kayu yang berada di atas tanah yg kami beli awal Julai 2013. Perasaan sayang utk melepaskan rumah ini memang ada kerana keadaan rumah yang masih agak baik. Jadi perasan itu menjadi teka teki kami suami isteri sama ada untuk terus membiarkan rumah itu kekal ditempat asal atau jualkan sahaja kepada mereka yang berminat. Akhirnya keputusan menjual rumah kayu ini terpaksa aku buat kerana aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan mungkin (In sha Allah) aku akan pergi pada tahun hadapan di negeri di atas angin. Apa sinonimnya jual rumah kayu dengan edisi sambung belajar? Bila difikirkan tiada siapa yg akan datang menjaga rumah ini apabila kami ke luar negara kelak. Jalan terbaik ialah menjualnya.

Aku pernah menawarkan rumah ini kepada dua syarikat pengusaha gazebo bumiputera sekitar daerah Kubang Pasu. Pengusaha pertama ada menawarkan harga RM1800.00 dan kemudian menaikkan kepada RM2000.00 selepas aku memberitahu harga sasaran aku lebih dari itu. Manakala pengusaha kedua cuma menawarkan harga RM1500.00 dan kemudian bersetuju untuk membeli harga RM2000.00 . Namun kedua dua pengusaha gazebo ini tidak berjaya memiliki rumah ini kerana seorang rakan sekerja aku berminat untuk membeli rumah ini pada harga yg sama. Jadi apabila memikirkan bahawa rakan sekerja aku ini (baru membeli sebidang tanah dan bercadang menempatkan rumah kayu ini diatas tanah miliknya) maka aku pun bersetuju dengan syarat dia harus melihat keadaan rumah dari luar dan juga dalam rumah.

Akhirnya pada tanggal petang 20hb September 2013 (petang Jumaat) semasa aku dan isteri pergi membersihkan kawasan sekitar rumah tersebut. Rakan sekerja aku datang bersama tukang rumah yg masih muda bersama isteri dan dua org anaknya. Setelah meninjau dalam rumah rakan sekerja aku menunjukkan tanda setuju dan menyerahkan wang tunai kepada isteri aku. Maka dengan ini, secara rasminya rumah kayu itu telah menjadi milik rakan sekerja aku.

Bila ditanya bilakah proses meroboh rumah dijalankan, tukang rumah memberitahu “Esok!!!”. Cepat sungguh dia bertindak.. Semoga rakan sekerja aku dapat menyiapkan rumah ini dengan lebih baik.. Beribu ribu taniaaaa…

P6230037

Gambar di atas diambil ketika lawatan pertama kami ke Tanah di Pida 6 Lama (23 Jun 2013)

P9200467

Rumah kayu ini mempunyai dua anjung bumbung dan verandah yg jika diperbaiki mungkin akan lebih cantik dan menarik. (Gambar diambil pada 20hb September 2013 selepas dijual kepada rakan sekerja aku)

P9200462

Cantikkan… Gambar diambil pada 20hb September 2013

P9200463

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9200464

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9200465

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9210477

Dinding tepi rumah sudah dirobohkan (21 September 2013), cepat sungguh tukang rumah bertindak..

P9210478

P9210479

Selamat tinggal rumah kayu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s