Kenapa aku memilih RedONE?

Standard

Aku mula menggunakan handpon sejak tahun 1999 lagi, ketika itu aku masih menuntut di salah satu IPTA di Kuala Lumpur.  Bermula dengan prepaid CELCOM (sim card mahal masa tu dan terhad) dan kemudian aku beralih HOTLINK (dan menggunakan nombor baru dan masih aku pakai sehingga hari ini). Pada masa tu simcard prepaid hotlink berharga RM238. zaman student memang kena pakai prepaid.

Bermula tahun 2003, waktu ni dah kerja so aku pun beralih kepada Postpaid dan pada masa itu aku menggunakan MAXIS. Semasa menggunakan perkhidmatan Maxis Mobile, aku ketika itu kekal sebagai Main Line dan ada dua lagi Supplementary lines (satu untuk bini aku dan satu lagi untuk mak mertua, sebab pi tambah mak mertua ialah bini aku ni takleh berenggang langsung telefon dgn mak dia…). Kekal dengan postpaid Maxis sehingga Disember 2012 aku beralih pula kepada CELCOM dan kini aku bersama telco baru iaitu RedONE.

Kenapa aku memilih RedONE sebagai Telco baru bagi talian mudah alih aku ni. Pertama apabila melihat bil telefon terdahulu sama ada Maxis mahupun Celcom, kadar “monthly commitment” bagi setiap talian adalah lebih tinggi berbanding RedONE.

Lihat jadual perbandingan aku dibawah:-

Comparison Redone

 

Point penting aku pilih ialah

  1. Commitment Fee Rendah – Jumlah yang perlu aku bayar pada kadar paling rendah iaitu RM8 untuk semua taliannya, jika dibanding antara telco aku sebelum ini, Maxis RM50 (main line) dan Supplementary lines RM30 setiap satu, manakala Celcom RM40 (main line) dan Supplementary lines RM30 setiap satu
  2. Commitment Fee Sharing – Jika merujuk jadual diatas, kadar komitmen bagi setiap talian ialah RM8 dan jika dibanding seperti telco Maxis dan Celcom tak boleh share/kongsi. Contoh kalau main line pakai RM9, (main line) dan Supplementary lines  pertama pakai RM3 dan Supplementary lines kedua RM12, jumlah yg perlu dibayar tetap RM24 (iaitu bersamaan RM8 X 3 = RM24). Manakala telco lain tidak membenarkan commitment sharing. Sebagai contoh Main line commitment fee RM40 dan 2 lagi Supplementary Line RM30 setiap satu. Maka mau tak mau setiap talian kena habiskan commitment fee tersebut.. INI TIDAK ADIL kepada yang KURANG MENGGUNKAN TELEFOn kerana pengguna HARUS membayar jumlah yang dijanjikan dalam kontrak walau mereka tidak menggunakannya. Oleh demikian RedONE adalah yg terbaik setakat ini.
  3. CALL FREE – Dulu semasa menggunakan Telco MAXIS dan CELCOM call free hanya TERHAD kepada MAIN line dan Supplementary Lines sahaja. Namun kini dengan RedONE, aku boleh CALL FREE semua pelanggan RedONE.. Jadi jom join depa ni.
  4. COVERAGE – Apa nak dirisaukan tentang coverage? RedONE dan CELCOM ada perjanjian bersama dimana semua pengguna RedONE akan mendapat coverage yg sama dengan pengguna Celcom. Jadi celcom territory juga adalah RedONE territory la…
  5. REAL TIME BILL – Walaupun interface Online Customer RedONE nampak simple, tapi ia adalah praktikal. Dulu semasa menggunakan maxis dan Celcom, kadar unbilled amount hanya dinyatakan dlm RM (ringgit) sahaja. Tidak termasuk detail penggunaan panggilan. Namun dengan RedOne detail pengunaan semasa dipaparkan termasuk kadar Cukai GST 6% yg dikenakan. Lihat gambar dibawah:-

telco comparison3

 

Jadi kepada semua sahabat handai, kaum keluarga semua.. JOM ke RedONE.

INFO:- SEMUA TULISAN BLOG INI DITULIS DARI HATI SAYA KEPADA ANDA. SAYA SEDIKIT PUN TIDAK MENDAPAT APA APA KEUNTUNGAN DARI REDONE DENGAN MEMBUAT PERBINDANGAN INI. NAMUN MENJADI TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA SEMUA PENJIMATAN YANG SAYA PEROLEHI DARI REDONE. JIKA ANDA ANDA MAKLUMAT TALIAN YANG LEBIH MENJIMAT SILA KONGSI BERSAMA SAYA, MANATAHU LEPAS NI SAYA BERUBAH TELCO LAGI.

8 responses »

  1. mgkin redone menjimatkan, tapi anda sebagai pengguna tidak dikenang oleh celcom… mai cuba telco yang satu ni, dia membalas jasa anda jika anda sanggup buat macam yang anda buat ni… boleh whatsapp saya 0124043413

  2. Saya sedang membuat carian berkenaan RedONE saya akan pertimbangkan pendapat awak sebab anak2 zaman sekarang hp dan internet ditangan. Celcom dah mula buat perangai juga…

    • mmg byk perbandingan rate & plan. tapi klu bijak memilih telco yang ade refferal program anda lebih dapat keuntungan. sambil topup dpt komisen..

      klu anda berminat untuk memperolehi 6%, 11% hasil drp nilai topup org lain..dan.banyak lagi…sila

      pm
      whatapps
      0122700639

  3. sejak akhir2 ni (2-4 bulan), prestasi internet RedOne semakin teruk walaupun saya dah upgrade drp 3G (RM30) ke 4G LTE (RM40). Prestasi 3G & 4G sama laju jer.
    Kalau takde apa-apa perubahan prestasi internet oleh RedOne dalam masa terdekat ni, saya akan terminate line saya dan underline saya (3 sub-line).

    MOHON PENCERAHAN DARI REDONE ASAP.

    • Saya dah tak pakai DATA REDONE.. Data package memang slow utk Redone.. saya hanya guna redone utk telefon saja sekarang. data pakej saya pakai Celcom First 38

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s