Akhirnya TERPAKSA AKU LEPASKAN…

Standard

Akhirnya TERPAKSA AKU LEPASKAN… itulah kata kata yang mampu aku luahkan… SAHAM FGV yang aku pegang sejak permohonan melalui MITI pada May 2012 tahun lepas dan disenaraikan di Bursa Malaysia 30hb Jun 2012 akhirnya terpaksa aku lepaskan..

Semua ni adalah kerana aku dah naik menyampah dgn harga saham FGV ni yg semakin hari semakin turun.. Seingat aku pada 7hb Julai 2012 semasa aku update blog (KLIK SINI) harga saham FGV naik mencanak. Harga tawaran IPO RM4.55 yang aku dapat telah melonjak kepada RM5.38 dan terus naik sehingga RM5.50.

Dan dari gambar diatas aku menjana keuntungan RM8,272.00 dalam tak sampai seminggu melabur dlm Bursa Malaysia. Akhirnya langit tak selalu cerah dan mendung serta hujan ditambah ribut petir …. Saham FGV yang dikatakan akan berada di tempat yg kukuh turun sedikit demi sedikit. Aku masih bertahan, tapi setelah hampir 1tahun 5bulan, aku membuat keputusan untuk keluar dari kepompong. Itupun setelah nasihat rakan rakan sepejabat yg giat bermain saham Bursa Malaysia..

Saham FELDA

 

Jika dilihat dengan teliti hasil jualan saham FGV ini, aku seolah olah dalam kerugian namun sebenarnya aku hanya untung sedikit sahaja.

Harga BELI RM4.55 X 9400unit = RM42,770.00

Harga JUAL RM4.50 X 9400unit = -RM42,300.00

RUGI (RM470.00) +Kos Brokerage Fee (RM177.66) + Kos Stamp Duty (RM43.00) + Clearing Fee (RM12.69)

Jumlah RUGI dan Kos = RM703.35

Dalam tempoh tersebut, aku juga pernah memperolehi

Interim Dividen RM0.055 X 9400 unit = RM517.00 DAN Final Dividen RM0.085 X 9400 unit = RM799.00

Jumlah Keuntungan dividen RM1316.00

JADI Jika dilihat aku sebenarnya hanya untung

RM1316.00 – RM703.35 = RM612.65

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s