Jom fikir luar kotak 

Standard

Dalam satu perbincangan saya dgn seorang rakan karib. Saya cakap jom cari alternative utk pakej broadband Internet yg murah dan berbaloi.. Member saya seolah tidak berminat dgn cara saya.. 
Dia kata buat apa kita buang masa berfikir tentang tu semua.. Apa kata kita FIKIR mcm mana nak create wealth.. 
Maksud dia kita create income.. So bila dah ada side income, apa jua kenaikan harga kita tak perlu lagi risau. Paling best passive income.. So saya tak berpuas hati sebab kami berdua makan gaji gomen jer. FYI, Sahabat saya ni baru berumur 33 tahun. Gajinya termasuk elaun mungkin belum mencecah 6k.
Dia menambah, inflasi akan terjadi, semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik.. So paling afdal cari lah peluang utk menambah side income /passive income.. Merungut tak selesai masalah.. So saya terkesima.. Memang benar kata-kata beliau… 
Sahabat saya dgn Pendapatan sebagai seorang cikgu inilah sudah memiliki dua buah homestay sekitar Pekan Changlun , rumah banglo atas usaha sendiri, tanah dibelinya atas usaha sendiri. 
Walaupun umur dia lebih muda dari saya, pemikiran dia selalu mengajak saya utk keluar dari comfort zone (kerja gomen). 
Bayangkan 10 tahun hadapan. Situasi politics mungkin berubah, mungkin jumlah perjawatan gomen dikecilkan.. Bayangkan pada umur 45~50 tahun, tempat kita bekerja buat VSS. Dan pada masa tu hutang rumah, kereta, tanah sudah habis dibayar.. Jadi apabila di berhentikan dan tiada ikatan hutang.. Sahabat saya dgn yakin dia masih mampu meneruskan kehidupan. Itulah target hidup beliau tanpa bergantung kepada makan gaji pada umur mencapai 50tahun.. Sekarang ni pun dia buat online Breast Pump Madela. Walaupun banyak urusan luar dia Tak pernah culas kerja dan jika terpaksa keluar waktu pejabat dia gantikan waktu tu dgn kelas Tambahan. 
Bayangkan sebaliknya jika ketika usia 50tahun dan kita masih tekun membina kekayaan, mencipta hutang hutang baru… Hutang rumah, hutang kereta dan sebagainya yg masih banyak. Tiba tiba kena VSS, apa akan terjadi.. Kompom wang pampasan yg diterima mungkin tidak cukup utk settle semua hutang hutang tadi.. 
So iktibar yg boleh saya ambik ialah cuba fikir utk bersara awal seawal 50tahun dgn harapan ketika itu apa saja hutang piutang kita telah di selesaikan dan kita hidup setenang tenangnya dgn penumpuan ibadat kepada Allah swt.. Pesanan ni utk saya juga.. Jom renungkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s