Tutupnya Pudu Sentral (Pudu Raya) 

Standard

Bermula 1hb November 2015 operasi Bas Ekspress bagi perjalanan ke Utara telah berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan. Demi kebaikan semua Aku SOKONG perpindahan ni sebab kondisi Pudu Sentral dah mula lusuh dan tidak seperti semasa mula mula IA di naik taraf dari Puduraya ke Pudu Sentral. Aku amat berbangga sebab bakal menggunakan perkhidmatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Cara perjalanan dari KL Sentral ke TBS cukup mudah ada 3 pilihan alternative utk ke sana. Antaranya perkhidmatan LRT (KL SENTRAL – Masjid Jamek – Bandar Tasek Selatan) dan kos tambang perjalanan dalam RM3.70. Pilihan kedua dgn KTM Komuter yg menuju ke Seremban. Anda harus turun di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan dan pilihan terakhir yg cuma memakan masa hanya 10 minit sahaja dari KL SENTRAL ialah menggunakan ERL TRANSIT juga Ken turun di Stesen ERL BANDAR TASIK SELATAN. Semua perkhidmatan pengangkutan awam ini cukup baik. 
   
Tiket Bas Ekspress yg Aku beli sebelum ini menunjukkan Pudu Sentral dan pertukaran tempat sepatutnya TBS.

Namun agak mengecewakan, semasa Aku hampir hendak beli tiket ERL TRANSIT utk ke TBS dari KL SENTRAL, pihak Bas Ekspress menelefon dan memaklumkan bahawa jam perjalanan dan tempat berlepas telah berubah ke Hentian Duta.. 

Damn… 

Kenapa Aku tak puas hati.. Pertama pilihan pengangkutan awam ke Hentian Duta terpaksa menggunakan Teksi atau pilihan lain Bas Rapid KL bernombor U83. Aku cuba utk menaiki Bas ini dan cuba menunggu di bawah jejantas antara Stesen KL Monorail dan NU Sentral. 

Setelah hampir 15minit menunggu dikala hujan lebat dan keadaan jalan jammed.. Aku merasakan penggunaan Bas Rapid KL adalah bukan pilihan utk mengejar Bas Ekspress yg bakal bertolak pada jam 9.15pm. So Aku memilih utk menaiki teksi. Teksi bermeter dari KL SENTRAL menuju ke Hentian Duta di waktu hujan lebat dan jammed kompom meter juga laju macam air hujan lebat yg turun… So utk mengelak Aku kena kantau meter teksi yg ntah apa-apa adalah lebih baik Aku mengambil teksi berkupon.

  
 Teksi Berkupon yg Aku kena bayar utk ke Hentian Duta dari KL Sentral. RM18 ambik hang…. 

Aku tiba di Hentian Duta pada jam 7.30pm dari KL SENTRAL. Waktu maghrib hampir habis. So Aku pun tercari cari dimanakah surau. 

   
Di hujung tempat duduk ini di tempat terbuka itulah surau. Ooh adakah ini surau Hentian Duta. Amat menyedihkan kerana ruang solat yg terbuka dan tidak sesuai utk muslimah menggunakannya. Sedih Aku lihat… Dimanakah Menteri, dimanakah JAWI. diseberang jalan besar memang ada masjid Wilayah Persekutuan yg besar dan indah. Namun utk tetamu Hentian Duta adalah ustahil utk melintas jalan besar menuju ke Masjid yg terletak hampir 800meter dari sini.

 surau yg daif.

Melihat tempat mengambil wuduk lagi daif.. Aduyai inikah negara Islam yg kita banggakan.. Kemudahan solat yg disediakan cukup mengecewakan. Saya ulang info.. Komen saya ini utk Hentian Duta yg saya lawati pada tarikh 1hb November 2015

   
 Di hujung jari telunjuk saya dlm gelap itulah tempat paip air utk wuduk.

Now cerita pasal Bas Ekspress pulak,  hujan lebat sejak dari awal maghrib tadi memang membuatkan Hentian Duta amat tidak sesuai utk dijadikan hub Bas Ekspress ke Utara. Mungkin ada org kata, hang baru kali ni ka naik kat Hentian Duta.. Saya dah kenal Hentian Duta sejak dari tahun 1999 semasa masih belajar di UM. Namun atas dasar nak guna perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam yg efficient saya memilih utk naik di Pudu Raya atau nama baru Pudu Sentral.

 hari ni saya terpaksa meredah hujan lebat utk masuk ke dlm Bas Ekspress yg tersedia menunggu di platform tidak berbumbung. 

Wow ini negara maju dan taraf ekonomi pun dah meningkat. Namun adakah masih relevan kita menggunakan kemudahan yg daif seperti ini.. Kenapa pengusaha Bas masih memilih utk berada di Hentian Duta bukannya di TBS.. PENING KEPALA AKU MEMIKIRKAN MASALAH NEGARA… 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s