Redha..

Standard

Redha Dengan Rezeki Yang Ada :
Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana’ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana’ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

” Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana’ah ) menerima segala pemberian Allah “.

( Riwayat Muslim )
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 

” Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana’ah ( merasa dengan pemberian Allah “. 

( Riwayat Tirmidzi )
Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 

” Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa “.

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Mengharapkan Redha Ilahi :
Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya “. ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )
Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya”. ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 )
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

” Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya”. 

( Riwayat Tirmidzi )
Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak
Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar.
Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa “.

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. :

” Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak”.
Redha Membawa Nikmat dan Bahagia
Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : 

” Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku”. 

( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )
Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) “.

( Riwayat Muslim )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s