AKU PUNYA CARA LAGI BAGUS!!! 

Standard

Ali : Saya buat Tabung sendiri Kat rumah, bila ada duit lebih Boleh masuk jer. Nak amalkan tabiat menyimpan.

Badrul : Jangan buat macam tu Ali, kena rompak habis kang. lebih baik simpan Kat bank dalam Saving AC, lebih selamat. 
Chong: Apa la ko Badrul, saving AC profit sikit, lebih baik letak Kat Fix Deposit. Tinggi sikit profit.
Darus: Ko pon sama Chong, dia tu Bumiputera, lebih baik simpan kat Akaun ASB, Dividend lebih tinggi.
Emran: Idea Ko pon kurang cerdik Darus, lebih baik gunakan Teknik ASB Financing, untung lebih berlipat Kali ganda.
Faiz : ASB tak dapat pengiktirafan patuh Shariah kan, lebih baik masuk tabung haji, siap pulangan dah berzakat.
Ghazali : 1MDB kes dah settle?
Hairi: daripada masuk ASB & Tabung haji yang takde capital appreciation, lebih baik masuk Unit Trust Public Mutual, CWA atau PMB Ada potensi capital Appreciation.
Isa : daripada masuk unit trust lebih baik trade share sendiri, lagi untung. Unit trust nak bayar agent fee lagi, Pastu orang lain yang kawal.
Jelani : Wei korang, buat Forex lagi best, kawan Aku start $1000, setahun dapat $1,000,000.
Kassim: Jelani, Itu kawan ko, Ko pon masih Akaun dummy lagi kan.😝. hairi, Isa, korang sedap jer Kira untung, risiko ruginya korang Tak sebut . Lebih baik buat takaful, premium RM300 sebulan, coverage RM500K, contoh lepas 6 bulan bayar, Mati , Family terus dapat RM500K, tengok modal baru RM1800.
Leman : Itu kalau mati Kassim, Kalau tak mati-mati sampai 100 tahun? Share sikit berapa percent komisen agen ko dapat? Hehe. Paling baik adalah beli property, daripada menyewa lebih baik beli sendiri, dapat rumah duduk, rumah pon value naik.
Malik : bukan Itu yang terbaik Leman, Rumah sendiri duduk jer jadi negative loan, takde sebarang profit. Lebih baik beli sewakan, beli sewakan , selagi boleh max profit.
Norman : Habis tu Ko nak duduk mana Malik? Beli rumah banyak-banyak, pi sewakan.sendiri pon menyewa , buat apa. Lebih baik beli, Pastu Flip, untung masyuk Cepat tu.
Omar : Jangan Norman, kang Ko jual tahun ni dapat Jual 400K, lagi 5 tahun harga rumah tu naik RM800K, menyesal ko nanti. Lebih baik simpan.
Pejal : Ko nak mampus Omar, Kalau tak mampu nak hold & takde cash holding power, cemana nak hold 5 tahun, ROI rental residential sekarang pon banyak negative. Sekarang lebih baik invest shop lot, kawan Aku Huzaifah bayar loan sebulan RM2700 , rental Boleh dapat RM7000. Pakai Vellfire free habaq Kat hang.
Q-Haidar : hahaha. RM7000, fee sekali job aku Kat drama jer. Watak jemputan.😁✌ Tak payah susah-susah nak tunggu duit sewa masuk.
Rais: Q, kesian Kat Ko kan susah nak buat loan, takde payslip. Takpe kumpul cash Dari Sekarang RM2000 sebulan. Lagi 10 tahun Ada cash RM240K. Beli rumah cash. Nak cepat dan murah boleh beli tempahan Rumah Banglo. RM79K jer , tapi dapat tempah dan bayar jer la, rumahnya tapak pon takde.
Sarip: apa punya dol la ko ni Rais, Ko Ingat rumah yang Sekarang harga RM240K, sama lagi 10 tahun Akan datang? Lebih baik Cari jalan dapatkan pembiayaan bank, melabur Kat Ilmu dulu.
Talib : Ye la tu sarip.huh, yang buat Buku, seminar tu yang lagi untung. Lebih baik belajar Dari pengalaman.
Usman: Ko cakap ikut sedap mulut jer talib, macam semua orang ada pengalaman, Ko pon cakap jer lebih, Aku dah makan garam lebih awal, dah pencen pon. Ni ada baki cash RM80K duit keluar EPF nak beli satu biji Rumah cash, boleh sewa dapat cash flow RM500 sebulan.
Vince: Ayo kawan, dari u buat macam itu, lebih baik u punya cash RM80K u buat pembiayaan ASB 5 org Anak u buat 1 juta. 5 tahun u pusing sudah dapat total RM220K.
Wan : Kalau anak-anak rembat duit tu Cemana Vince? Lebih baik beli property under construction, beli bulk 4 biji, submit 4 bank, loan dapat 100%. Lebih siap jual, lagi untung.
X-Banker : Jenis macam korang punya pasal la, aku Kena buang kerja . Tak ikut compliance. Buatnya rumah yang 4 biji tu Tak Boleh jual balik, ‘Matilah nak’.
Yunos : saya Ni Ustaz, Saya tak suka gunakan kaedah pinjaman untuk pelaburan, Nampak Riba’ tu walaupon pembiayaan Islamic Tapi seperti menghalalkan cara. Macam saya Ada juga pinjaman Rumah untuk duduk sendiri RM450K Kat Shah Alam. Tapi Itu pon sebab DARURAT. Darurat dibenarkan. Ingat ye. Bukan untuk kaya. Nak melabur , labur dalam Emas lebih baik. Kalis inflasi .
Zamri : Ustaz , Kalau darurat beli Rumah yang harga RM50K, yang RM450K Itu bukan darurat, Itu nafsu. Labur Emas tu buat cara yang betul tau ustaz Yunos, jangan tersontot pulak. Tapi saya sokong Ustaz yang pembiayaan Islamik tu macam back door Riba’ . Saya meniaga tak pernah guna pinjaman bank walaupon pembiayaan Islamic sebab tak nak terlibat dengan riba’. Ada Sesiapa tak nak join project baru saya , invest RM100K , setahun dapat pulangan RM25K + RM100K modal .
Anonymous : Lagi Bapak Riba’
________________________________________
Ali. : 😓😓 Korang!!! Saya ni baru start meniaga jual kuih yang dapat untung RM10-RM20 sehari. Itu pon kadang-kadang rugi. Apa korang merepek Dari B ke Z + anonymous lagi😭😭😭
-Fahamilah Mesej yang Cuba disampaikan- 
‘SETIAP ORANG ADA PEGANGAN & CARA MASING-MASING, DAN SETIAP CARA BOLEH KENA PANGKAH’.
-KEY-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s