Jalan Jalan Krabi Ao Nang (day 2.2) Islands Exploration 

Standard

Sebelum ni Aku ada terbaca blogger kaki Melancong ke Krabi Ao Nang ni bagitau kalau naik speed boat tu cuba dok kat hadapan. So Aku dan Wife dah plan awal awal nak chup tempat kat depan boat so jangan la terhegeh hegeh naik menuju ke Speed Boat nanti 
 
Destinasi Pulau pertama kami ialah Bamboo Island. Bamboo Island adalah sebahagian National Park yg terdapat di sini. Jadi jika anda masuk ke sini bayaran THB400 akan dikenakan oleh pegawai National Park yg memadai pakaian celoreng seperti askar.

  
    
    
    
 kami dibenarkan utk turun mandi selama 45minit.

Next location ialah perjalanan yg memakan masa hampir setengah jam dgn bot laju. Kami menuju ke kepulauan sekitar Phi Phi Island. Utk maklumat Phi Phi Island ni ada dua. Satu Phi Phi Lay dan satu lagi Phi Phi Don. Boat kami menuju ke Phi Phi Lay terlebih dahulu dan destinasi pertama di situ ialah Viking Cave, macam mana puak Viking kat Europe sampai sini pun Aku tak tau.. 

  

Lokasi selepas itu ialah Phi-Lay Lagoon, Aku suka sebab pulau yg berbukit ini cukup cantik dan pdi tambah pulak dgn Lagoon yg amat cantik . Air laut amat jernih.. Subhanallah..                 

  Disini boat akan berlabuh dan kami boleh turun mandi dgn memakai safety jacket sebab Aku tak pandai berenang..   

   
Selepas 20minit berendam kami menuju ke Maya Bay. Kat sini nak mandi tak syok sangat sebab crowded dgn manusia manusia yg jakun macam Aku.   

    
    
    
    
    
 

Selepas 30 minit kami disini, boat bergerak ke Monkey Bay. Memang ada monyet pun. Paling Aku kagum ialah monyet ni pandai berenang dlm laut dikala ombak tinggi semata mata utk mendapatkan pisang yg terapung. 

Selepas 5minit disini kami menuju ke destination lunch kami di Phi Phi Don. Disini kami makan tengahari dan ini semua termasuk dlm pakej pelancongan ini.

  
    
 makanan yg disediakan adalah halal dan kita akan rasa yakin dgn keadaan kawasan Pulau yg didiami ada surau dan banyak orang Islam. Tukang masak pun dikalangan org Islam. Kalau tak percaya pergilah jenguk dapur mereka.

Selama 1jam 20minit kami di Phi Phi Don, kami ke destination terakhir iaitu snorkeling. Aku kurang berpuas hati kerana snorkeling ini kureng sikit jika di banding dgn aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian yg pernah Aku kunjungi dulu. 

Kami tiba di Pantai Aonang tepat jam 4pm. Apapun Aku berpuas hati sebab dpt menjelajah sebahagian Pulau pulau di Phi Phi Island.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s