Astro akaun di daftar palsu atas nama saya!!

Standard

Akaun Astro saya ini telah saya tamatkan perkhidmatan pada September 2012 di Astro Branch Juru, Penang. Bayaran bil selesai dan akaun berjaya ditutup. Namun baru-baru ini saya seringkali menerima panggilan dan sms menyatakan saya ada bayaran tertunggak dengan akaun Astro yg didaftarkan di Kluang, Johor.

14237683_10207756059803704_752756852701157064_n

Oleh demikian saya merujuk ke Cawangan Astro di Alor Setar. Setelah pegawai khidmat pelanggan Astro memeriksa no akaun tersebut, beliau mendapati akaun tersebut didaftarkan beralamat di Kluang di atas nama saya. Menurut pegawai khidmat pelanggan Astro itu lagi, terdapat tiga lagi pengaktifan akaun dibuat atas no akaun tersebut pada tahun 2016 ini. Maka atas nasihat pegawai khidmat pelanggan Astro saya membuat laporan Polis berkaitan pendaftaran akaun yang bukan milik saya dan merujuk kembali kepada pihak Astro untuk tindakan dari pihak mereka seterusnya.

Jadi kepada semua pelanggan sedia ada Astro atau pelanggan yg telah menamatkan perkhidmatan Astro mereka. Saya ingin mengingatkan sekiranya ada sms berkaitan bil tertunggak Astro mohon dapatkan wakil khidmat pelanggan Astro di Pejabat Cawangan Astro berhampiran dan buat laporan polis sekiranya akaun tersebut bukan milik anda.

14192587_10207756057603649_6046873584024897272_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s