Pendaftaran Akaun P1 Palsu atas nama saya!!!

Standard

Pendaftaran Akaun P1 PALSU atas NAMA saya akhirnya selesai. Mohon berhati-hati.

Pada 12 Mei 2016 saya menggunakan laman web MyTM untuk memeriksa baki bil TM saya di https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp dan apabila memeriksa isi kandungan senarai bil, terdapat satu perkhidmatan P1 di dalam sistem tersebut dimana saya tidak pernah sama sekali mendaftar untuk perkhidmatan P1 sebelum ini.

Pada 12 Mei 2016, laman web MyTM saya menunjukkan ada Akaun P1 yg aktif yang TIDAK PERNAH SAYA DAFTARKAN

Maklumat yang saya perolehi dalam laman MyTM berkaitan akaun P1 yang tidak saya langgani ialah seperti berikut:-

Service: P1 ForHome 159e Unlimited Quota (Modem Rental) 24 Months.
Service No: 601110454012
Account Type: Postpaid
Account Status: Active
Account Number: 8000306608

Aduan telah saya buat kepada syarikat P1 pada 12hb Mei 2016 pada jam 12.15pm dan bercakap dengan Cik Sxxxxx di talian hotline P1 1-300-03-1300 dan beliau mencadangkan saya membuat laporan polis dan surat akuan sumpah dan email kepada mereka salinan tersebut bersama salinan IC.

Selepas laporan polis dibuat bagi kewujudan akaun P1 PALSU yg tidak saya langgani di Balai Polis Arau, Perlis. Saya kemudian di minta ke Kontijen Polis Perlis Bahagian Jenayah Komersil untuk memberi keterangan lanjut mengenai laporan Polis yang saya buat. Selepas itu saya ke Mahkamah Tinggi Kangar untuk membuat Surat Akuan Sumpah bagi menyatakan saya tidak pernah mendaftar akaun P1. Bayaran RM4 dikenakan bagi akuan sumpah tersebut.

13241341_10207005414198033_6650000001577306587_n

Setelah selesai saya emailkan butiran Laporan Polis dan Surat Akuan berserta salinan IC ke email careline@p1.com.my

Saya juga membuat aduan bertulis ke CFM (Consumer Forum Malaysia) seperti yang disaran oleh laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

13312637_10207005602762747_5569116221787762576_n

13308523_10207005416798098_2671253201294927632_o

Ini bermakna P1 kini berhadapan dengan laporan Polis dan juga laporan dari CFM atas tindakan kecuaian pendaftaran akaun palsu yg menggunakan no IC saya.

13307360_10207005550001428_5445517794647161079_n

Pada 3.10pm 21 May 2016 dapat telephone dari 01138383XXX ketika saya berada di NU Sentral Kuala Lumpur bertanya tentang laporan polis yg saya buat mengenai P1 dan orang tersebut memaklumkan bahawa dia adalah dealer P1 yg bertanggungjawab atas pendaftaran akaun P1 tersebut. Dia memaklumkan di pihak nya sudah mengenalpasti orang yg bertanggungjawab tersebut. Saya memberitahu dia tak sepatutnya menelefon saya berkaitan hal ini kerana ini sudah menjadi kes polis, kes CFM, dan kes P1 sendiri. Saya juga memberitahu beliau bahawasanya saya tidak akan memaafkan mengenai kejadian tersebut.

Pada 12:29pm 25 May 2016 ketika berada di rumah saya mendapat panggilan telefon sekali lagi dari En. Ixxxx yg memberitahu bahawa dia adalah Dealer P1 yg bertanggungjawab dalam pendaftaran akaun palsu tersebut. Beliau memaklum bahawa dalam tempoh seminggu kes saya akan diselesaikan. Beliau membuat panggilan telefon dari nombor 01138383XXX.

CFM memaklumkan mereka akan buat siasatan13267729_10207005609082905_113447609924829337_n

13233154_10207005612242984_3600043227437770386_n

CFM memaklumkan Kes saya selesaiAKHIRNYA, pada hari ni 26hb Mei 2016 saya kembali memeriksa akaun MyTM saya dan didapati Status Akaun P1 sudah di mansuhkan dari senarai SERVICES MyTM tersebut.

KESIMPULAN yang harus kita faham dari situasi saya ialah berhati-hati untuk tidak menyiarkan no kad pengenalan anda di mana-mana laman sosial dan jika ada pihak minta salinan IC anda pastikan palang sebesar yg mungkin yg membolehkan mereka tidak dapat mengedit salinan IC tersebut

MyTM menunjukkan Akaun P1 sudah dipadam13301336_10207005450878950_8403296288133785597_o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s