Kayuhan di Dan Nog, THAILAND – 20080113

Standard

13th January 2008 – “Kok Koon Kap” “Sawadikap” “Dan Nog”… itulah bahasa Thai yang aku tau… Awai 5.30pagi aku bangun sebab dah excited sangat nak pi kayuh kat SIAM. Aku sebenarnya masih 50-50 sebab border pass pun tak ada lagi. Orang macam aku nie nak buat passport buat hapanye.. takde org nak hantar pi ober-C..

Semuanya depend kat border pass aku dulu. Kalau tak ada border pass, aku plan nak pi kayuh dengan Chan (Northern-Xtrailers) kat belakang Politeknik Arau.

Hangpa bukan nak baca semua detailkan.. so aku sinopsis kan XPDC kami seperti kat bawah.

6.40am – Aku baru nak keluar dari rumah kat Kg Alor Gunung, Alor Setar.

7.30am – Sampai Pekan Changloon jumpa Adi dan Faizal (depa berdua saja), lepas to Tok Megat dan Md Noor pun sampai. Sarapan kat Pekan Changloon.

8.00am – Sampai imigresen BKH. Aku terus pi buat Border pass, Terima kasih kat Imigresen BKH sebab cepat dan tangkas. Semuanya siap tak sampai 10minit masa menunggu. Mungkin sebab baru buka kot…

8.30am – Cross border Malaysia – Thailand

8.45am – Semua rider berkumpul di Hotel KPK (Dan Nog), ada juga letak keta kat BKH Duty Free Shopping Complex. Terkejut tengok ramai betui rider dari Penang. Dengar kata hampir 40orang rider. Ramai dari Penang, Ipoh dan Thailand. Tak ketinggalan dari Alor Setar adalah aku dan Adi.

9.30am – Semua rider bergerak kayuh dari Pekan Dan Nog – ke tempat bersejarah “Communist Tunnel”.

10.16am – Selepas 20km Uphill/Down hill, kami sampai kat Pasar pagi (ntah aku pun tak tau kat mana?) – Aku cakap kat Adi dan Faizal.. Kita ni bekalan makanan apa pun tak bawa.. sat gi sampai nak makan apa? So kami pun decide beli bekalan makanan. Nasib baik laaa ada gerai jual makanan bercirikan ayam. Yang jual tu muslimah (ye laa sebab die pakai tudung tertutup rapi).. paling best kakak yang jual tu boleh cakap melayu.. so kami pun beli ayam panggang, ayam goreng dan pulut. Habis dekat RM12.00, nasib baik laaa kakak tu terima duit Malaysia.. Kalau tidak kebuluq kami hari tu.

11.00am – Mula masuk Off Road selepas kayuhan sejauh 19km Uphill/Down hill onroad. Memang best ride dari sini sebab kami terpaksa crossing 13 jeram sungai berbatu.

1.00pm – Sampai kat Hi-Way under construction. Kat sini kami kena buat pendakian paling Xtreme. Bayangkan matahari dok terpacak lepas tu pulak kena climb gila baban punya xtreme. Aku kecewa sebab tinggal lagi 5% nak sampai Top Hill kaki aku dah cramp.. So tahan lori pick up lar.. Masa nie aku kena kutuk gila-gila dgn Adi..

1.55pm – Sampai kat tempat Terowong Komunis. Malas nak masuk ke tapak pameran sebab dah penat. Rasa nak rehat saja masa tu. Masa nie kami makan makanan yang di beli kat Pasar Pagi tadi. Ambik berbelas gambar kat situ sebagai bukti, kemudian layan tido. Ramai rider lain masuk ke tapak pameran. Tengok saki baki tunnel tinggalan Parti Komunis Malaya.

3.30pm – Baru nak start return journey. Kali nie ramai sudah mengalah tak mau daki Up Hill ke Puncak. So semua tunggu lori pick up ambik, 3 kali turn baru selesai. Masa tu ramai juga extreme rider termasuk Adi dan Megat mengharungi cabaran pendakian pulang.. Aku tabik spring..

4.00pm – Down Hill (Off road) road under construction.. memang laju… dan cukup berbahaya. average speed aku sempat tgk hampir 50~60km/h

4.30pm – Out of No Where? Kami dah tak tau kat mana… Tinggal 6 rider.. semuanya melayu. Kami group yang paling last berkonvoi pulang, Seingat aku, masa tu hanya Aku, Megat, Faizal, Md Noor dan 2 lagi (lupa nama). Adi dah ikut group lain. Tension jugak bila sampai sesuatu simpang.. mula gelabah.. tanya orang kampung siam macam mana nak pi Dan Nog? ada yang tunjuk arah kiri.. ada yang tunjuk kanan.. kami hampir ambik route yang salah sebab tak yakin simpang Off road.. Nasib baik laa.. jalan yang kami choose setelah tanya orang kampung rupa-rupanya adalah short cut ke Dan Nog.

5.15pm – aku bertembung dengan kereta plate Malaysia kat tengah-tengah hutan getah jalan Off road short cut yang kami ambik tu. Rasa selamat sebab route yang kami ambik tu adalah route yg betui sekali.

5.30pm – Akhirnya kami sampai kat Jalan Besar menuju kat Dan Nog. Tiba-tiba, nampak Adi dok atas lori pick up yang baru pi ambik rider yang tersesat. Ceh buang karan betui, ingatkan dia dah selamat sampai.. rupa-rupanya dia ikut group yang tersalah jalan pulang.. Aku, Megat dan Faizal sanggup mneruskan kilometer-kilometer terakhir kami dengan berbasikal walau di ajak berkali-kali untuk naik lori pick up.

5.45pm – Sampai Sadao Custom checkpoint, Adi muncul secara tiba-tiba.. mungkin sebab rasa bersalah tak kayuh dgn kami masa down hill tadi.

6.00pm – akhirnya kami sampai kat tempat permulaan. memang best dan penat. Cuaca cukup panas dan kering.

Terima Kasih kepada Maverick (KT Cycletron) atas jemputan kayuh di Dan Nog Thailand
Detail:-Distance = 75km

Status = 25% Off Road 75%

On roadHumidity = Hot & Dry

Rider = 46 pax (inclusive from Penang, Ipoh, Alor Setar & Thai)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s