Pencen Penakat PERKESO

Standard

Sebenarnya aku pun tak tau pasal ni..

Baru-baru ni adik ipar saya kehilangan isteri akibat masalah jantung yang dihidapi arwah sejak 2015. Allah swt lebih menyayangi arwah dan meninggal dunia pada awal Mei 2016 (Al-fatihah). Arwah baru berumur 32 tahun dan pernah bekerja sebagai seorang executive di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Disebabkan kematian tersebut, suami arwah telah membuat tuntutan PENCEN melalui PERKESO, biasanya kita selalu dengar PENCEN ILAT kan? namun bagi kes seperti ini dipanggil PENCEN PENAKAT. Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Suami arwah juga menerima sumbangan khairat kematian dari PERKESO, KWSP dan ASNB. 

Oleh demikian, buat semua pembaca yang bekerja di sektor swasta, pastikan kita alert mengenai perkara-perkara tuntutan sebegini mudah-mudahan waris atau anak-anak yang ditinggalkan ada sedikit wang untuk kehidupan mereka hingga dewasa. Pastikan majikan anda membuat caruman PERKESO dan KWSP.

Untuk maklumat lanjut http://www.perkeso.gov.my/my/pencen-penakat.html

13502642_10207162685369714_885466521525139127_o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s