Jalan Jalan Hat Yai – Songkhla – Pattani (day 1)

Standard

1. Thai Immigration Arrival, Custom Car Declaration & Thai Data Simcard

Kami sampai di Imigresen Danok tepat jam 10am dan kereta sudah berbaris panjang. Tidak seperti kunjungan kami sebelum ni ke Imigresen Danok dimana kereta harus diletakkan di parkir bersebelahan dan berjalan ke booth imigresen utk pengesahan passport antarabangsa. Walaupun hanya perlu tunggu dalam kereta sehingga tiba giliran kereta kami. Ke semua penumpang harus juga turun utk camera scanning dihadapan pegawai imigresen Thailand.

RM 1 = TBH 7.86 pada hari kunjungan kami ketika itu, senang cite baru dapat 78sen duit siam la… RINGGIT MAKIN MENJUNAM…

PERLU DIINGATKAN. Jika anda memandu kenderaan sendiri

  1. Standby borang T.M.2 dan T.M.3 (nah ambik ni dan isi sendiri TM2 TM3-thai-immigration-form print 2 copies) Kalau beli borang tu kat kedai jual insuran siam mau kena bayar RM10. So kat sini hangpa dah jimat RM10
    Screenshot 2018-09-12 10.29.05

    TM2 page1

    Screenshot 2018-09-12 10.29.13

    TM2 page2

    Screenshot 2018-09-12 10.29.23

    TM3

  2. Kad putih TM6 (yang ni kena isi juga RM2 seorang kat kedai insuran tu)
  3. Insuran kereta utk cover 3rd party jika kemalangan di Thailand (RM16 utk seminggu). Beli kat kedai kedai tepi jalan sepanjang jalan ke Changlun. Selalunya akan ada sign board kata INSURAN KERETA THAILAND.

hampir 45 minit masa menunggu kereta utk sampai ke kaunter imigresen Siam. Setelah passport di stamp dan borang T.M.2 , T.M.3 dan T.M.6 juga di stamp dengan tarikh masuk. Satu salinan T.M.2 dan T.M.3 di ambil dan satu diserahkan kembali utk simpanan kita. Begitu juga arrival white card T.M.6 ceraian arrival diambil dan ceraian departure diserahkan kepada kita semula.
INGATAN KEPADA YANG MEMANDU KENDERAAN SENDIRI…
SILA KE KAUNTER CUSTOM DECLARATION selepas sahaja anda memandu melepasi kaunter imigresen Thailand. Di sini pemilik kenderaan harus turun sekali lagi (Pemilik kenderaan sahaja) dan bawa:-

  1. Salinan Geran Kereta
  2. Insuran Thailand yang telah kita beli sebelum masuk border tadi.

Dapatkan PERMIT CUSTOM utk KENDERAAN YG KITA BAWA di kaunter ini. Jika ini kali pertama anda bawa kenderaan sendiri proses akan ambik masa sebab pegawai kastam Siam akan terlebih dahulu key in informasi kenderaan anda.

PERLU DIINGATKAN PERMIT KASTAM UTK KENDERAAN PERSENDIRIAN INI HARUS DISERAHKAN SEMULA KE KAUNTER KASTAM SIAM (BUKAN KAUNTER IMIGRESEN) APABILA KITA HENDAK KELUAR DARI PINTU SEMPADAN SIAM

Sebelum bergerak masuk ke wilayah selatan Thailand, kami berhenti untuk membeli simcard bagi kegunaan data telefon, Pentingnya data sebab aku nak pakai Google Maps atau Waze. Jadi kami suami isteri membeli di Kedai Telefon yang tertera AIS. HARGA TBH169. Untuk maklumat lanjut baca DISINI

LOKASI KEDAI AIS di DANOK https://goo.gl/maps/1QuVB7wKKr32

2. Songkhla Central Mosque (WAJIB SINGGAH)

Destinasi pertama kami ialah Songkhla Central Mosque. Memandangkan hari tersebut adalah Hari Jumaat, aku berniat nak solat jumaat di masjid tersebut. Alhamdulillah perjalanan kami sampai setengah jam awai sebelum solat jumaat. Di masjid ini, ruang solat terletak di tingkat 3, dan ada ruang parkir dibawah masjid. Disitu terdapat juga gerai jualan makanan utk kami lapik perut sebelum check in hotel penginapan utk malam pertama.

Solat Jumaat di masjid central Songkhla ni uniknya khutbah dalam bahasa Siam. Yela dah pun dok dalam negara siam khutbah dia mestilah dalam bahasa Siam.

3. The Smart Hotel Hat Yai (Aku SUKA hotel ni)

Aku check in di The Smart Hotel Hat Yai. Booking bilik melalui Agoda berharga RM102.92. Deposit RM50 diperlukan dan passort diminta utk diphotocopy. Pihak hotel ada menyediakan welcome drink sirap. Kami berpuas hati dengan kondisi bilik yg bersih dan luas utk harga yg ditawarkan. Lokasi tak jauh dari Asean Night Bazar dan Bandar Hat Yai.

4. KaiTod Decha (WAJIB SINGGAH)

Ini adalah sebuah restoran yg popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Restoran Muslim dan tentunya HALAL. Makanan yg paling popular disini ialah Nasi Ayam dan Teh Ais tarik. Memang lain dari yang lain.. Nasi Ayam dia memang sedap.. aku suka.. bini aku lagi suka…

sdr

5. NORA Plaza

Dok baca blog ramai pelancong Malaysia dibawa ke NORA PLAZA. So kami pun pi la. Jika ditanya review aku, toksah pi.. harga pun tak menarik sangat baik pi Asean Night Bazar kalau nak beli belah. Bas bas pelancong gemar bawa pelancong malaysia masuk NORA PLAZA ni mungkin bersebab kot… so kesimpulannya AKU SAY NO to NORA PLAZA.. nothing attract us utk beli belah disini.

6. RONU Kohyo

Satu lagi persinggahan bas pelancong ialah di RONU KOHYO. Banyak juga hasil jualan produk makanan dijual disini. Gajus, Kacang Kohke, Buahan kering dan pelbagai makanan kering boleh didapati disini. Boleh la kalau nak shopping sedikit disini. Tapi aku lagi suka pi beli semua ni kat Kim Yong Market.

7. Khlong Hae Floating Market (WAJIB SINGGAH)

Wajib singgah kalau hangpa turun Hat Yai. Banyak pilihan makanan yg dijual oleh peniaga peniaga yg duduk dalam sampan. Pendapat aku, SIAM ni bijak dalam promosi sektor pelancongan depa. Sampan tu sebenarnya tak bergerak pun cuma tersadai di tebing sungai dan kerana faktor Keunikannya serta di Malaysia tiada tarikan pelancong seperti ini. Pasar Terapung Khlong Hae menjadi salah satu destinasi wajib singgah kami.

View this post on Instagram

Cerminan dikala matahari melabuh…

A post shared by Muhammad Jamaluddin (@mbj78) on

dav

dav

dav

dav

8. Asean Night Bazar (WAJIB SINGGAH)

Sebelum pulang ke Hotel, kami singgah di Asean Night Bazaar. Ini kali pertama kami singgah sini sebab kunjungan ke Selatan Thai yg lepas lepas kami biasa day trip kecuali ke Krabi beberapa tahun lepas. Banyak juga pilihan barangan lebih murah dijual (jika dibanding harga dengan Padang Besar) disini dan kalau anda lapar food court tersedia di aras mezanin.

SAMBUNGAN DAY2

SAMBUNGAN DAY3

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s