Part 2 Day 2 Delhi ke Srinagar

Standard

Check in bilik 11.54pm, 1am baru dpt lena selepas berada dlm L shape selama 5jam penerbangan. Set loceng 4.30am utk bangun solat subuh dan bersiap utk penerbangan seterusnya.

Semalam semasa tiba dari AirPort ke hotel transit terjadi la juga drama pemandu teksi minta Tips secara paksaan. Kita rakyat Malaysia tidak biasa situasi begini dan sangka seolah depa nak minta duit tambahan sedangkan agen yg bawa kami dah bayar kos teksi.

Kami kesal kerana agen pelancongan yg bawa kami ke sini tidak mengingatkan kami mengenai tips dan kesediaan wang kecil. Maka apabila situasi mereka meminta tips kami merasakan seolah mereka cuba minta bayaran tambahan sedangkan tips ini adalah seikhlas pemberian kita sepatutnya.

So pagi ni, apabila tiba di AirPort, aku keluarkan duit RM5 Malaysia dan bagi kepada pemandu teksi sebagai tips. Baru la muka dia senyum lebar. nak bagi duit rupee India mcm masih terlalu awal. Dan note yg Money changer bagi masa tukar di Malaysia dalam jumlah besar INR500 (RM28)

Dari hotel 5.30am, 6.30am dah masuk AirPort Delhi dan nak tunggu flight domestik ke Srinagar 11.30am jenuh juga la menunggu tapi nasib baik AirPort depa ni selesa. Aku cari port kerusi macam orang dok rehat tepi kolam renang hotel tu. Dapat la aku melelapkan mata sekejap sambil caj handpon dan Power bank. AirPort Delhi ada bagi free WiFi dan kita boleh redeem kupon di Kiosk layan diri dengan scan passport.

Flight Vistara ni berlepas agak lewat dan semasa kami tiba di ruang udara Srinagar flight terpaksa berpusing beberapa kali kerana tidak mendapat perlepasan mendarat.

Bas kecil 16 tempat duduk telah tersedia menunggu diluar AirPort Srinagar. Bagasi kami diangkat di atas bumbung bas dan sekali lagi Tips harus diberi.

Apabila bas yg membawa kami keluar dari airport memang cultured shock sebab kenderaan yg banyak di jalanraya dan bunyi HONK sentiasa kedengaran setiap masa.

Rata rata kelihatan kem askar dan banyak askar India diletakkan berjaga jaga
Bunyi honk kenderaan sentiasa kedengaran

Bas kami membawa ke port makan pertama di Srinagar. Makanan yg kami order amat memuaskan hati.

Misi cubaan menjadi hero heroin Hindustan Day 1

Standard

Perjalanan dari Simpang Ampat Pulau Pinang melalui lebuhraya PLUS yang mengambil masa 5 jam termasuk berhenti di R&R sememangnya memenatkan. Namun semuanya terubat dengan travel buddies yg sentiasa menceriakan keadaan. Inilah geng yg pernah sama sama ke Turkiye Disember 2019 lalu.

Kami tiba di KLIA2 hampir jam 2pm dan selepas urusan bagasi barulah kami masuk ke balai perlepasan antarabangsa hampir jam 5pm.

Flight kami berlepas dari KUL 7.15 pm (Flight Air Asia D7 182) dan tiba di Delhi International AirPort pada DEL 10.20 pm (Air Asia).

Selepas melepasi pintu imigresen India di AirPort Delhi kami berkumpul di luar utk menaiki MPV ke hotel transit.

Kami Touring berdua jer (Part 2)

Standard

3 Nov 2021
Seawal pagi jam 7.30 kami keluar dari Asean Homestay Selangor utk bersarapan di @roti canai kari kambing yang terletak tidak jauh dari tempat kami menginap.

Kari kambing terbaik
Nasi lemak ikan keli (hirisan kecil ikan keli mcm ni tauke boleh balik hari pi Ostolia)
Sebelum check out kita bergambar dahulu dgn owner Asean Homestay Selangor

Memandangkan kami bercadang utk tinggal lagi satu malam di Sungai Besar, maka kami mencari tempat bermalam baru iaitu Chalet Hj Zainal. Selepas meletak barang di chalet tersebut. Kami keluar menuju ke Sekinchan. Destinasi pertama kami ialah Sekinchan Coconut Farm namun hampa setibanya di destinasi farm ni tutup sebab cuti.

Check in di Chalet Haji Zainal

Kemudian Google Maps ke Paddy Gallery Sekinchan dan hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari coconut farm tadi. Kami tak masuk sekadar mengambil gambar di rumah jerami di luar galeri padi ini. Mungkin sebab perut tengah lapar tu hati dok terfikir nak cari port makan jer.. nasib baik wife mencadangkan makan di AZR Mentarang Fresh Sekinchan . Kami order Mentarang Masak Lemak dan Kerang Rebus Serai.. fuh memang padu..

Selesai makan tengahari kami menuju ke Pantai Redang Sekinchan. Sebagai bukti sampai ambil la gambar seketul dua di papan nama Sekinchan tu. Lepas tu dengan keredupan tengahari jam 2.30pm kami meluru ikut jalan utama Sekinchan ke Bukit Melawati di Kuala Selangor. Setibanya di permulaan pintu gerbang BM ada kon penghadang yg tidak membenarkan kenderaan utk naik ke atas kerana ada kerja kerja pemulihan/pembaikan dilakukan. Edisi mengambil gambar di kawasan sekitar dan lepas tu kami kembali pulang ke Chalet Hj Zainal.

Setiba di chalet kami solat jamak sambil rehat sebentar. Petang jam 5.30pm kami hendak keluar ke Pantai Bagan Nakhoda Omar namun apabila baru nak naik motosikal terasa seperti angin tayar belakang dah kurang.. cuak juga sebab dikhuatiri kedai motorsikal tutup dan esok pulak cuti Perayaan Deepavali. Google Maps lokasi kedai motor terdekat terletak di pekan Sungai Besar dlm 4km dari chalet kami sewa ini. Saya gagahkan naik moto seorang diri dengan mengurangkan semua beban dlm compartment dan buka box GIVI tinggalkan di chalet. Alhamdulillah ada kedai motor dan tampung guna cacing penampal tayar.

Balik dari kedai motorsikal saya dan isteri keluar pergi makan Mee Bandung Udang di Warung Changkat Corner. Selesai makan kami pulang ke chalet utk berehat utk ride esoknya pulak.

Motor tayar pancit nasib baik sedar sebelum kami keluar utk makan malam. Sebab keesokan cuti Deepavali dikhuatiri banyak kedai tutup
Wife tak sabar nak makan Mee Bandung Udang.. review saya ada tempat lain lagi sedap kot

Kami Touring berdua jer (Part 1)

Standard

HARI PERTAMA LAKI BINI RIDE

2 Nov 2021
Keluar dari rumah agak lewat selepas servis tukar minyak enjin dan filter. Masih belum ada lokasi tuju dan bini asyik bertanya kemana tujuan ride hari ni.

Bini tolong Pack baju
Beg beg disusun supaya muat dlm compartment motor
Susunan dlm box GIVI

Perjalanan bermula jam 11am dari Simpang Ampat dan singgah sebentar di Taiping (jumpa ibu mertua). 12.30pm memulakan perjalanan ikut Changkat Jering, Terong, Beruas dan ambik WCE (West Coast Expressway)

Melepasi exit Sitiawan baru dpt idea nak ke Laman tebu Aidil di Sg Besar Selangor. 3.15pm melalui jalan tali air dan kami ternampak sebuah Homestay yg menarik.. berpatah balik dan bertanya kekosongan. Alhamdulillah rezeki kami dapat bermalam disitu.

Bergambar di Laman Tebu Aidil Sg Besar acara wajib
Bersama tuan empunya Asean Homestay Selangor Cikgu Hasyim seorang pesara guru
Ada 4 buah Homestay yg boleh disewa.

Selepas keluarkan barang dari motorsikal dan solat jamak. Kami meneruskan perjalanan menikmati keindahan SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM, SEKINCAN. View sawah padi menghijau sememangnya memukau mata walaupun saya anak kelahiran Kedah dan membesar di persekitaran negeri Jelapang padi namun Sawah Padi Sungai Besar juga mempunyai keunikan tersendiri.

Homestay menyediakan basikal, maka kami mengambil peluang utk berbasikal sekitar kawasan kampung sambil menikmati sawah padi di Sungai Besar

Kami makan malam di Restoran D’ Neny Corner. Ikan siakap tiga rasa dan tomyam kelapa memang superb. Rekod perjalanan hari pertama hampir 300km.

Enak sungguh masakan di Restoran Neny Corner (nak cari port makan sedap sebaiknya tanya penduduk tempatan)

Sewa Motor di BALI, Indonesia

Standard

Ramai bertanya bagaimana saya menyewa motor di Bali.. Saya mulakan dengan pencarian Google motor sewa Bali dan setelah dpt website dan baca review maka saya baru yakin utk membuat deal dgn syarikat sewa di Bali.

1. Saya whatapps no tel X Rental Bali
2. X RENTAL BALI respon dan minta saya isi form dan lampirkan bukti seperti lesen memandu, passport/IC dan Tiket Penerbangan sebagai bukti saya confirm ke Bali.
3. Beberapa hari sebelum ketibaan saya sahkan booking tanpa apa apa bayaran deposit
4. Semasa tiba di Bali (Simcard Indonesia belum activate) jadi saya hidupkan Internet guna wifi Airport Bali.
5. Dapat call dari X Rental Bali melalui whatapps dan beliau menunggu saya di Parkir Motor berhampiran Masjid di luar Airport Bali.
6. Bayar Rp 900,000 seperti yg dijanjikan dan tandatangan resit. Jangan lupa ambil road tax Indonesia
7. Anda ready to go..

48408615_10214038899150761_2082682087676051456_n48374665_10214038899470769_5458100471900143616_n48372595_10214038899790777_862371077316149248_n48366995_10214038900150786_5003493258953752576_n