Tag Archives: kerajaan

BINA RUMAH SPPB (Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu)

Standard

Dalam asyik aku dok mencari kaedah Pinjaman Perumahan bagi Rumah Yang dibina sendiri menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan, aku terserempak dgn blog ini Jadi mari kepada penjawat awam yg dah ada tanah sendiri.. apa kata kita cuba bina rumah banglo sendiri.. lagi puas hati..

Kemampuan kaki tangan kerajaan untuk memiliki rumah sendiri adalah dengan adanya skim SPPB ini. Jika hendak membina rumah hasil mengumpul duit gaji memang pada dasarnya tidak mampu untuk berumah sendiri, sewalah atau duduklah di rumah-rumah sewaan atau di kuarters-kuarters kerajaan selama-lamanya dan hingga pencen bagi yang mendiami kuarters kerajaan.

Proses membina rumah impian anda di atas tanah sendiri menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah tidak sama dengan membeli rumah yang telah siap. Terdapat beberapa proses yang perlu ibuat yang memerlukan kelulusan dari pihak-pihak tertentu dahuulu sebelum borang pinjaman  perumahan anda dapat dimajukan ke bahagian pinjaman perumahan di Putrajaya untuk kelulusan.

Antara beberapa perkara yang perlu anda tahu dan perlu diselesaikan dahulu sebelum permohonan pinjaman anda dimajukan:

  1. Hakmilik Tanah : Pastikan anda adalah pemilik tanah yang sah/berdaftar ke atas tanah yang ingin dibina rumah tersebut. Sekiranya anda berhasrat untuk membuat pinjaman perumahan bersama (combined loan) dgn pasangan anda, pastikan anda memasukkan dulu nama pasangan anda (suami-isteri) sebagai pemilik bersama tanah tersebut. Proses pertukaran hakmilik atau memasukkan nama pasangan anda boleh dilakukan di Pejabat Tanah. Tempoh masa yang diambil adalah bergantung kepada pejabat tanah negeri atau daerah masing-masing. Setiap pejabat tanah mempunyai akta dan peraturan yang berbeza di antara negeri kerana setiap negeri terikat pada akta kanun tanah negeri masing-masing. Kadar bayaran pula bergantung kepada kadar nilaian tanah tersebut, makin tinggi nilaian tanah tersebut maka semakin tinggilah kos stamping (duti setem) yang perlu dibayar.
  2. Status Tanah : Status tanah juga perlu diambil perhatian. Apakah status tanah anda? Adakah tanah pertanian? Tanah padi? Tanah Getah? Atau tanah dusun? Kesemua status tanah tersebut perlu ditukar kepada status tanah bangunan terlebih dahulu. Urusan tukar status tanah ini boleh dipohon di pejabat tanah negeri/daerah masing-masing. Di sini juga ada kos yang terlibat dan tempoh masa yang diambil untuk tukar status tanah ini agak lama biasanya 6 bulan hingga ke 1 tahun.
  3. Pelan Arkitek : Seterusnya pelan arkitek atau selalu disebut sebagai pelan rumah. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam merekabentuk rumah maka anda boleh merekabentuk sendiri rumah idaman anda. Namun apa yang penting pada akhirnya pelan rumah tersebut perlu di cop dan ditandatangani oleh arkitek yang bertauliah. Pelan arkitek perlu disertakan dengan beberapa pelan yang lain lagi seperti Pelan Pembentungan dan Pelan Struktur (Pelan Besi). Kos bagi pelan arkitek biasanya dikira berdasarkan keluasan kaki persegi rumah, lagi besar rumah anda maka lagi mahal kos yuran arkitek. Setelah pelan anda dicop dan ditandatangani oleh arkitek maka seterusnya pelan tersebut dihantar ke pihak majlis daerah untuk kelulusan dan mendapatkan permit membina rumah. Seperti biasa proses kelulusan di majlis daerah pun ada kos yang perlu ditanggung. Biasanya tempoh masa untuk kelulusan memakan masa dari 2 hingga ke 6 bulan, bergantung pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing.
  4. Perjanjian Membina Rumah : Perjanjian kontrak perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan pinjaman perumahan anda. Pihak peguamlah yang akan menguruskan perjanjian kontrak membina rumah di antara anda dengan kontraktor pilihan anda. Kos yuran perjanjian kontrak bergantung pada perbincangan anda dengan kontraktor, siapa yang akan menanggung kos guaman. Pada kebiasaan pihak klien yang akan menanggung kos guaman kerana pihak kontraktor hanya akan memberikan sebutharga untuk membina rumah sahaja. Namun begitu ada juga sesetengah kes pihak kontraktor bersetuju untuk menanggung kos guaman.
  5. Penilaian Hartanah : Proses akhir adalah proses nilaian yang mana pelan yang telah lulus tersebut perlu dihantar ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang mana pelan rumah anda akan dinilai. Jumlah pinjaman anda kelak tidak boleh melebihi dari jumlah nilaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian. Proses nilaian biasanya memakan masa dalam 1 minggu sahaja.

Setelah proses-proses di atas telah selesai maka barulah anda boleh menghantar borang permohonan pinjaman perumahan anda…..


SYARAT-SYARAT PINJAMAN

  1. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan.
  2. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.
  3. Pemohon adalah pemilik  hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri.
  4. Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.
  5. Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa. 
  6. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
  7. Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.

KELAYAKAN PINJAMAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PINJAMAN

Sistem Saraan Transformatif 2013

Standard

Assalamualaikum, sejak pengumuman dibuat oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai Sistem Saraan Transformatif. Aku terpanggil utk memperbaharui Jadual Gaji SSM Minimum Maksimum yang diumumkan tahun 2012.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) – yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:
  1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;
  9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Maka setelah diteliti ucapan DSN (Datuk Seri Najib) bagi perkara 6, 7 dan 9 diatas  maka dapatlah aku simpulkan dalam jadual baru dbawah.

SST 2013

Klik image utk gambaran yg lebih jelas

i. Jika anda telah berkhidmat sejak dari 31hb Disember 2011, Anda harus merujuk kepada Jalur Biru. Kemudian perhatikan kenaikan anda di jalur HIJAU dalam tahun 2013. Jalur HIJAU KGT 2013 ialah kenaikan KGT anda pada tahun 2013 dan Jalur HIJAU kedua iaitu JUL 2013 ialah berkaitan Gaji yg bakal anda terima pada JULAI 2013

ii. Jika anda sudah mencapai takat Gaji Maksimum (Kotak MERAH), penambahan 3% daripada gaji pokok pada tahun seterusnya

SEMUA PERNYATAAN SAYA DIATAS HANYALAH RAMALAN GAJI yg BERPANDUKAN pernyataan dari DSN. Namun jadual ini tidak boleh dijadikan panduan rasmi dan sama-samalah kita menunggu SURAT PEKELILING JPA 2013 yang baru mengenai Sistem Saraan Transformatif

 

Boarding Pass Terakhir dari Kuching

Standard

Nampaknya impian untuk bertukar ke Semenanjung telah menjadi kenyataan. InsyaAllah aku akan mula menjalankan tugas di tempat baru di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan meninggalkan kenangan indah di Politeknik Kuching Sarawak. Usaha permohonan pertukaran yang aku buat sejak mendapat first posting tidak pernah terhenti. Rasanya hampir 7 kali aku memohon pertukaran dan kali ini usaha aku tidak sia-sia. Mungkin berkat doa dari EMAK, ISTERI dan semua rakan-rakan kot. Syukur Alhamdulillah.

Masih di ingatan saya 3 tahun setengah yg lalu aku datang ke Kuching dengan harapan untuk menjadi seorang pendidik dan ketika itu aku terpaksa meninggalkan isteri seorang diri di semenanjung.

Gambar yang diambil masa mula-mula nak ke Sarawak meninggalkan isteri seorang diri. Aku nampak happy (tapi sebenarnya AKU SEDIH sebab masa tu aku tak tahu apa yg akan aku hadapi di Kuching.. Kesian isteriku dan alhamdulillah beliau cekal dan tabah..) Cerita kat sini 

He he he he, masa ni pi layan free show kat Gazebo Waterfornt, Kuching.

Bila dah dok Kuching (seberang laut katakan), banyak benda juga aku dah explore:-

Akhir kata, banyaklah sudah tiket aku yang tidak akan digunakan.. Adakah Encik Tony Fernandez akan menerima semula tiket aku tu..

 

 

Dan juga selamat tinggal kepada awek-awek AirAsia flight AK6505 dan AK6506 yang kerap aku gunakan. Aku naiki laaaa… bukan guna depa.. guna kapal terbang jer tau.. Terima kasih kerana d\sudi bergambar.. he he he he

 

 

 

 

Tak lupa juga kepada rakan-rakan pensyarah, staf-staf sokongan, ketua-ketua unit dan ketua jabatan dan tak lupa kepada bekas Pengarah dan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.. Saya nak ucapkan selamat MAJU JAYA kepada PKS dan MOHON MAAF dari SAYA sekiranya ada…

Surat dari BURSA MALAYSIA

Standard

Hari ini aku menerima sepucuk surat dari Bursa Malaysia yang merujuk kepada Notis Pindahan atau “Transfer Notice” bagi shares FGV (Felda Global Ventures) yang aku perolehi dari MITI. Merujuk kepada surat tersebut, tarikh Pindahan dilakukan pada 27hb Jun 2012 sehari sebelum penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

nampaknya segala cerita aku pada post lepas iaitu Apakah Muslihat Mereka Sebenarnya? telah terjawab. Ini menunjukkan No akaun CDS aku tidak bermasalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak CIMB IB sebelum. Akhir kata aku mengharapkan harga saham FGV ini naik dan mencapai nilai sasaran aku untuk dijual tak lama lagi.

Tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM 2012

Standard

Alhamdulillah, Tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM 2012 telah masuk. Namun rupanya bukan semua penjawat awam menerima tunggakan KGT ini, nampaknya proses pembayaran KGT adalah secara berperingkat. Bini aku yg berkhidmat dalam Kementerian Pelajaran Malaysia pun masih belum menerima KGT bagi tahun 2012.

Pujian harus diberikan kepada para geng pentadbir tempat aku bekerja kerana berjaya mengusahakan agar KGT aku dan rakan-rakan yang lain diterima seawal gaji bulan Jun 2012.  Namun, tidak semua jabatan di tempat aku bekerja menerima KGT 2012 dan giliran mereka yg belum menerima KGT tersebut kemungkinan dibayar pada akhir Bulan Julai 2012.

Tunggakan KGT SSM baru

kotak merah menunjukkan bayaran tunggakjan KGT dan tunggakan elaun-elaun lain yg terlibat akibat kenaikan gaji pokok (gaji hakiki).