Tag Archives: sewa rumah

Contoh Kiraan Setem Hasil bagi Perjanjian Sewa Bangunan/Rumah

Standard

Jika hangpa ada baca post aku sebelum ini mengenai rumah yg aku sewakan di Pulau Pinang.  Satu surat/dokumen perjanjian telah aku sediakan antara tuan rumah (aku ler) dan penyewa. Contoh dokumen ada aku downloadkan dari internet dan aku baca dua tiga round, dan bila dah aku rasa ok.. terus saja aku edit dan print untuk di tandatangani.

Selesai sahaja urusan bayaran deposit rumah dan tandatangan surat perjanjian, langkah seterusnya ialah meletakkan setem hasil.Pada mulanya aku ingat letak setem hasil ni ikut suka hati jer (beli setem hasil kat pejabat pos atau datang sendiri ke Pejabat LHDN dan lekatkan dengan nilai RM10), namun bila dah nak endorse setem hasil kat pejabat LHDN tadi barulah aku tau bahawa ada nilai setem tertentu yang akan dikenakan.

image

kat atas tu Muka depan dokumen Perjanjian Sewa Rumah yang aku sediakan

image

Borang yang perlu diisi bagi mendapatkan setem hasil pada surat perjanjian sewa rumah.

Sebaik sahaja aku tiba di Pejabat LHDN, awek kat bahagian kaunter pertanyaan suruh aku isi borang di atas dan bagi nombor utk urusan kaunter pembelian setem hasil. Nasib baik org tak ramai. Sebaik nombor dipanggil, pegawai yang bertugas meneliti dokumen perjanjian. Aku dok heran la pasai apa dia dok belek/teliti semacam saja. Rupa-rupanya pegawai tu nak cari Tempoh Sewaan dalam dokumen perjanjian. Kenapa tempoh sewaan penting untuk dinyatakan.. haaaa nanti aku tunjuk dalam kiraan dibawah.

Contoh Kiraan Nilai Hasil Setem yang dikenakan

Katakan nilai sewa rumah sebulan ialah RM600

Maka RM600 X 12bulan = RM7200

Rebet perlepasan setem hasil ialah sebanyak RM2400

oleh demikian RM7200 – RM2400 = RM4800

maka bagi setiap ANGKA RATUSAN (RM250) terhampir:-

RM1000  —–> RM1000

RM4800  —–> RM4750 + RM50 maka untuk dipermudahkan kiraan pegawai tu bundarkan kiraan kepada RM5000

Jadi RM5000 dibahagi dengan RM250 = RM20 (nilai setem hasil yg dikenakan)

Kemudian disinilah TEMPOH SEWAAN PENTING kerana nilai setem RM20 tadi akan didarabkan dgn tempoh sewaan.

1 tahun sewaan ——->  X 1

2~3 tahun sewaan —–> X 2

4 tahun dan ke atas sewaan ——> X4

Maka disebabkan dalam surat perjanjian aku tadi tidak dinyatakan tempoh sewaan diberi, pegawai LHDN memberitahu bahawa beliau akan mengambil sewaan maksimum iaitu RM20 X 4 = RM80 bagi setem hasil.

nampaknya aku kena postpone dulu sebab nak edit dan memasukkan semula tempoh sewaan dalam Dokumen Perjanjian.