Jika hangpa ada baca post aku sebelum ini mengenai rumah yg aku sewakan di Pulau Pinang. Satu surat/dokumen perjanjian telah aku sediakan antara tuan rumah (aku ler) dan penyewa. Contoh dokumen ada aku downloadkan dari internet dan aku baca dua tiga round, dan bila dah aku rasa ok.. terus saja aku edit dan print untuk di tandatangani.
Selesai sahaja urusan bayaran deposit rumah dan tandatangan surat perjanjian, langkah seterusnya ialah meletakkan setem hasil.Pada mulanya aku ingat letak setem hasil ni ikut suka hati jer (beli setem hasil kat pejabat pos atau datang sendiri ke Pejabat LHDN dan lekatkan dengan nilai RM10), namun bila dah nak endorse setem hasil kat pejabat LHDN tadi barulah aku tau bahawa ada nilai setem tertentu yang akan dikenakan.
kat atas tu Muka depan dokumen Perjanjian Sewa Rumah yang aku sediakan
Borang yang perlu diisi bagi mendapatkan setem hasil pada surat perjanjian sewa rumah.
Sebaik sahaja aku tiba di Pejabat LHDN, awek kat bahagian kaunter pertanyaan suruh aku isi borang di atas dan bagi nombor utk urusan kaunter pembelian setem hasil. Nasib baik org tak ramai. Sebaik nombor dipanggil, pegawai yang bertugas meneliti dokumen perjanjian. Aku dok heran la pasai apa dia dok belek/teliti semacam saja. Rupa-rupanya pegawai tu nak cari Tempoh Sewaan dalam dokumen perjanjian. Kenapa tempoh sewaan penting untuk dinyatakan.. haaaa nanti aku tunjuk dalam kiraan dibawah.
Contoh Kiraan Nilai Hasil Setem yang dikenakan
Katakan nilai sewa rumah sebulan ialah RM600
Maka RM600 X 12bulan = RM7200
Rebet perlepasan setem hasil ialah sebanyak RM2400
oleh demikian RM7200 – RM2400 = RM4800
maka bagi setiap ANGKA RATUSAN (RM250) terhampir:-
RM1000 —–> RM1000
RM4800 —–> RM4750 + RM50 maka untuk dipermudahkan kiraan pegawai tu bundarkan kiraan kepada RM5000
Jadi RM5000 dibahagi dengan RM250 = RM20 (nilai setem hasil yg dikenakan)
Kemudian disinilah TEMPOH SEWAAN PENTING kerana nilai setem RM20 tadi akan didarabkan dgn tempoh sewaan.
1 tahun sewaan ——-> X 1
2~3 tahun sewaan —–> X 2
4 tahun dan ke atas sewaan ——> X4
Maka disebabkan dalam surat perjanjian aku tadi tidak dinyatakan tempoh sewaan diberi, pegawai LHDN memberitahu bahawa beliau akan mengambil sewaan maksimum iaitu RM20 X 4 = RM80 bagi setem hasil.
nampaknya aku kena postpone dulu sebab nak edit dan memasukkan semula tempoh sewaan dalam Dokumen Perjanjian.
THANKS.. This post help me a lot 🙂
LikeLike
Sy nk ty..nape perlu duti setem utk surat perjanjian
LikeLike
sebab ini mmg requirement di bawah peruntukan Akta Setem 1949 – semua dokumen atau surat cara undang-undang, komersial dan urusan kewangan perlu meremitkan setem hasil
LikeLike
assalamu’alaikum, nak tnya sikit.. kalau agreement nih, apa syarat sah dia?mcm agreement yg sy buat, cuma bab serahan deposit. penyewa dan saksi, owner tnpa saksi..valid ke?
LikeLike
salam.. maaf ye nak tanya, macam mana dapat (maka bagi setiap ANGKA RATUSAN (RM250) terhampir ) yg ini tak faham.. mohon pencerahan.. trm ksh
LikeLike
maaf ye nak tanya … apa makna ( angka ratusan terhampir = RM250 ) tak faham
LikeLike
As salam,
Tuan,
Nak tya sikit.
1.Dalam TA ni nak kena ada copy IC tuan rumah dan penyewa ka?
2. TA ini kena ada 2copy ka?(tuan rumah & penyewa)
3. Jika 2copy – kedua duanya kena stamping ka?
LikeLike
As salam,
Tuan,
Nak tya sikit.
1.Dalam TA ni nak kena ada copy IC tuan rumah dan penyewa ka?
2. TA ini kena ada 2copy ka?(tuan rumah & penyewa)
3. Jika 2copy – kedua duanya kena stamping ka?
Terima kasih,
Sy budak baru belajaq
LikeLike
salam. tq for the info. bila tanya orang..diorg bantai cakap stem hasil rm10 je… tak semua nilainya sama rupanya..
LikeLike
jika dalam surat perjanjian tak nyatakan tempoh perjanjian & in case kita tak sempat nk ubah yg baru. .lhdn akan proceed dgn kiraan sewa maksimum (X4) ye?
LikeLike
kalau perjanjian tersebut dibuat oleh individu/organisasi dengan badan kerajaan selalunya mmg RM10 sahaja sebagai contoh perjanjian biasiswa kerajaan., memang secara automatik pegawai hasil akan kata duti setem RM10 sahaja.
LikeLike
Alhamadulillah…. post ni amat membantu utk persediaan saya yang nak sewakn rumah saya… terima kasih.
LikeLike
jawab ke kena ada lawyer. Atau boleh direct ke LHDN?
LikeLike
As salam Tuan, adakah pendapatan dari sewa rumah ini wajib dimasukkan kedalam borang BE lhdn?
LikeLike
sewa rumah dan pejabat sama sahajakan nilai stem duty nya
LikeLike