Category Archives: Jual

House for RENT at BANDAR TASEK MUTIARA

Standard

I have the 2 Storey House, ready for rent at Simpang Ampat, Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai, Pulau Pinang. The house details as below:-

House type & Location: 2 Stry House, Simpang Ampat, Bdr Tasek Mutiara
Bathroom: 3
Furnished: Not furnished
Property Type: Double storey
Bedrooms: 4
Area: Simpang Ampat, Bdr Tasek Mutiara
Rent1
***2 Storey landed house for rent at Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat***
– 3+1 bedrooms
– 3 bathrooms
– 1 living hall
– 1 family hall (1st floor)
– big dining area
– car porch

rent2    rent3

rent5    rent4

 

*master bedroom with Air Conditioning
*nice view balcony
*1family hall at upper floor
*family hall with Astro cable ready
*standard size kitchen NOT furnished with kitchen cabinet
*all bathrooms come with tap easy for Wudhuk (Muslim) and IKEA mirror
*well maintain garden with nice view of playground
*house well maintained,clean and ready to move in condition
*nice living place,quiet & best environment area, and good neighbourhood.
(Chinese on left side & Malay on right side of the house)
* Good fengshui (based on my Chinese neighbourhood)
-300 meter from Sekolah Menengah Bandar Tasek Mutiara & Sekolah Rendah Tasek
Mutiara
-600 meter from SRJK (C) Boon Beng
-400 meter Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara (Government Clinics)
-600 meter to Pasaraya 800

Below data based on Google Maps Gets Direction:-

– 10mins (7km) to Tesco Alma
– 27mins (17km) to Uitm Permatang Pauh
– 25mins (16km) to Politeknik Seberang Perai
– 13mins (6km) to PLUS Exit Batu Kawan
– 21mins (14km) to Juru Auto City
– 27mins (20km) to Penang bridge
– 27mins (17km) to Aeon Jusco Perda
– 33mins (22km) to USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal

**Asking Price: RM 850 monthly**
For more details or house viewing please call Muhammad 012-6666455 / Norafizah
012-4604517

10353630_10204062069136246_4286301774167966860_n 10405306_10204062073816363_226500663471680090_n 10922817_10204062068896240_8673701289846563567_n 10955348_10204062066256174_6410337398979928661_n 10959772_10204062065136146_9140253815409680978_n

 

Akhirnya TERPAKSA AKU LEPASKAN…

Standard

Akhirnya TERPAKSA AKU LEPASKAN… itulah kata kata yang mampu aku luahkan… SAHAM FGV yang aku pegang sejak permohonan melalui MITI pada May 2012 tahun lepas dan disenaraikan di Bursa Malaysia 30hb Jun 2012 akhirnya terpaksa aku lepaskan..

Semua ni adalah kerana aku dah naik menyampah dgn harga saham FGV ni yg semakin hari semakin turun.. Seingat aku pada 7hb Julai 2012 semasa aku update blog (KLIK SINI) harga saham FGV naik mencanak. Harga tawaran IPO RM4.55 yang aku dapat telah melonjak kepada RM5.38 dan terus naik sehingga RM5.50.

Dan dari gambar diatas aku menjana keuntungan RM8,272.00 dalam tak sampai seminggu melabur dlm Bursa Malaysia. Akhirnya langit tak selalu cerah dan mendung serta hujan ditambah ribut petir …. Saham FGV yang dikatakan akan berada di tempat yg kukuh turun sedikit demi sedikit. Aku masih bertahan, tapi setelah hampir 1tahun 5bulan, aku membuat keputusan untuk keluar dari kepompong. Itupun setelah nasihat rakan rakan sepejabat yg giat bermain saham Bursa Malaysia..

Saham FELDA

 

Jika dilihat dengan teliti hasil jualan saham FGV ini, aku seolah olah dalam kerugian namun sebenarnya aku hanya untung sedikit sahaja.

Harga BELI RM4.55 X 9400unit = RM42,770.00

Harga JUAL RM4.50 X 9400unit = -RM42,300.00

RUGI (RM470.00) +Kos Brokerage Fee (RM177.66) + Kos Stamp Duty (RM43.00) + Clearing Fee (RM12.69)

Jumlah RUGI dan Kos = RM703.35

Dalam tempoh tersebut, aku juga pernah memperolehi

Interim Dividen RM0.055 X 9400 unit = RM517.00 DAN Final Dividen RM0.085 X 9400 unit = RM799.00

Jumlah Keuntungan dividen RM1316.00

JADI Jika dilihat aku sebenarnya hanya untung

RM1316.00 – RM703.35 = RM612.65

 

Akhirnya kami Jual Rumah Kayu itu

Standard

Semalam kami suami isteri telah menjual rumah kayu yang berada di atas tanah yg kami beli awal Julai 2013. Perasaan sayang utk melepaskan rumah ini memang ada kerana keadaan rumah yang masih agak baik. Jadi perasan itu menjadi teka teki kami suami isteri sama ada untuk terus membiarkan rumah itu kekal ditempat asal atau jualkan sahaja kepada mereka yang berminat. Akhirnya keputusan menjual rumah kayu ini terpaksa aku buat kerana aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan mungkin (In sha Allah) aku akan pergi pada tahun hadapan di negeri di atas angin. Apa sinonimnya jual rumah kayu dengan edisi sambung belajar? Bila difikirkan tiada siapa yg akan datang menjaga rumah ini apabila kami ke luar negara kelak. Jalan terbaik ialah menjualnya.

Aku pernah menawarkan rumah ini kepada dua syarikat pengusaha gazebo bumiputera sekitar daerah Kubang Pasu. Pengusaha pertama ada menawarkan harga RM1800.00 dan kemudian menaikkan kepada RM2000.00 selepas aku memberitahu harga sasaran aku lebih dari itu. Manakala pengusaha kedua cuma menawarkan harga RM1500.00 dan kemudian bersetuju untuk membeli harga RM2000.00 . Namun kedua dua pengusaha gazebo ini tidak berjaya memiliki rumah ini kerana seorang rakan sekerja aku berminat untuk membeli rumah ini pada harga yg sama. Jadi apabila memikirkan bahawa rakan sekerja aku ini (baru membeli sebidang tanah dan bercadang menempatkan rumah kayu ini diatas tanah miliknya) maka aku pun bersetuju dengan syarat dia harus melihat keadaan rumah dari luar dan juga dalam rumah.

Akhirnya pada tanggal petang 20hb September 2013 (petang Jumaat) semasa aku dan isteri pergi membersihkan kawasan sekitar rumah tersebut. Rakan sekerja aku datang bersama tukang rumah yg masih muda bersama isteri dan dua org anaknya. Setelah meninjau dalam rumah rakan sekerja aku menunjukkan tanda setuju dan menyerahkan wang tunai kepada isteri aku. Maka dengan ini, secara rasminya rumah kayu itu telah menjadi milik rakan sekerja aku.

Bila ditanya bilakah proses meroboh rumah dijalankan, tukang rumah memberitahu “Esok!!!”. Cepat sungguh dia bertindak.. Semoga rakan sekerja aku dapat menyiapkan rumah ini dengan lebih baik.. Beribu ribu taniaaaa…

P6230037

Gambar di atas diambil ketika lawatan pertama kami ke Tanah di Pida 6 Lama (23 Jun 2013)

P9200467

Rumah kayu ini mempunyai dua anjung bumbung dan verandah yg jika diperbaiki mungkin akan lebih cantik dan menarik. (Gambar diambil pada 20hb September 2013 selepas dijual kepada rakan sekerja aku)

P9200462

Cantikkan… Gambar diambil pada 20hb September 2013

P9200463

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9200464

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9200465

Kami suami isteri bergambar kenangan sebelum rumah ini dirobohkan (20hb September 2013)

P9210477

Dinding tepi rumah sudah dirobohkan (21 September 2013), cepat sungguh tukang rumah bertindak..

P9210478

P9210479

Selamat tinggal rumah kayu…

Atas Permintaan Ramai

Standard

Alhamdulillah kesemua 35 keping  tikar evamatik yg baru saya bawa pulang ke semenanjung pada hujung minggu lepas telah pun habis dilanggan. Dengan bantuan isteriku semua tikar habis di jual. Nampaknya permintaan tinggi dari peminat tikar evamatik amat menggalakkan. Mungkin ramai mengetahui harga pasaran sebenar tikar ini yg agak mahal di pasaran semenanjung.

Sekali lagi ingin saya maklumkan bahawa saya cuma ingin membantu rakan-rakan di semenanjung utk memiliki tikar evamatik keluaran indonesia ini dengan harga lebih murah. Terus terang saya katakan, jika tiada kos pengangkutan ke Kg. Serikin (sempadan Indonesia-Sarawak) dan kos bagasi Airasia.. Tikar ini mungkin dpt dibeli dgn harga lebih murah lagi. Namun saya tidak terdaya utk jual lebih murah kerana kos-kos yg disebut tadi.

Kepada yg baru menempah, gambar dibawah berikut adalah corak yg bakal saya bawa pulang pada hari jumaat 1hb Jun ini. Diharap tuan/puan sabar menunggu.

image

image

corak minimalis 15 keping, corak ABC 2 keping, & corak City Map 3 keping. Kepada yg berminat boleh hubungi saya terus di 0126666455 dan harga yg di jual masih kekal pada RM40 walaupun pengedar saya di Indonesia cuba menaikkan harga.

Jusco Perda City vs Kami

Standard

Sabtu 26hb Mei 2012- Semasa aku dok habiskan masa dating dgn bini aku di Jusco Aeon Perda City. Aku terkesima melihat sebuah kedai menjual tikar evamatik yg di import sepenuhnya dari Indonesia. Yang membuat aku lebih terkesima ialah harga jualan yg diletak oleh pemilik kedai iaitu sebanyak RM50.00 sekeping. Aku cuba membuat penawaran harga, nampaknya pemilik kedai memberitahu harga tersebut telah diturunkan dari harga asal RM65.00 (kononnya diskaun pemotongan harga sebanyak RM15.00). Jadi beliau memaklumkan harga tersebut adalah harga akhir dan ini bermakna aku sudah tidak boleh nego lagi…

image

Lihat harga yg diletakkan… RM50.00..

Jadi, kepada semua bakal pelanggan tikar evamatik kami di luar sana. Dapatkan tempahan dari saya dgn menelefon nombor 0126666455 (Mat) supaya saya dpt bawa balik lebih banyak lagi pada penerbangan pulang saya minggu depan atau minggu selepas cuti sekolah..

Baca sini cerita tikar Evamatik TERDAHULU