Category Archives: Kereta

Waja Starter

Standard

Sejak sekian lama aku dihantui masalah susah nak start engine keta waja aku yang dah berusia 10tahun tu. Mulanya aku ingat masalah bateri, dan pernah suatu seketika pada June 2013 kereta aku breakdown dan memerlukan khidmat towing dari Etiqa Auto Assist. Tapi Etiqa tak datang, nasib baiklah ada member aku yg beri pertolongan jumper bateri kereta. Bateri kereta pun bertukar baru..

Namun sejak bateri bertukar, masalah engine susah nak crank muncul lagi.. dan paling kritikal pagi tadi selepas aku singgah pasar borong kat Bandar Kangar. Kereta aku buat masalah yg sama seperti bulan June 2013 hari tu.. Enjin susah nak hidup, nasib baik rumah abang aku berdekatan pasar borong tersebut dan dapat lah beliau datang membantu.

Pada mulanya abg aku jumper bateri kereta seperti kebanyakkan org dok buat bagi masalah bateri. Namun masih tidak membantu. Dan kali ni abg aku tukarkan bateri nya utk sementara kedalam kereta aku. dan ternyata kereta aku dapat dihidupkan. Katanya bateri beliau pun masih baru dan kemungkinan besar masalah kereta aku ini dari bateri yg baru ditukar dlm bulan June lepas.

Atas rasa kemungkinan bateri kereta aku dah kong, so kedai yg aku tukar dulu pun dalam radius 5km dari tempat kejadian. Aku bergegas pergi ke Kedai kereta tersebut dan cuba mendapatkan bateri baru (Masih dalam warranty). Selepas pomen test enjin dgn mencabut punca kabel bateri dlm keadaan enjin kereta masih hidup.. ternyata tiada sebarang masalah.Ini yakin ini kadalah kaedah menetukan sama ada selonoid anda masih ok atau ditidak. Sila baca sini http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/03/masalah-alternator-kereta.html Dan lantas pomen menggantikan bateri kereta yg baru kepada aku. Hoyeaa.. dpt bateri baru.

Aku kembali ke rumah dgn perasaan yg gumbira.. Selepas park keta kat tempat parkir, aku pun mematikan enjin dan cuba buat eksperimen utk memastikan adakah pertukaran bateri baru akan memulihkan keadaan yg berlaku sebelum ini.

Aduyai.. ternyata.. Masalah masih ada. Enjin kereta waja aku masih susah/sukar dihidupkan. OK rilek dulu aku pun naik kerumah dan google masalah kereta yg berkaitan Starter mahupun masalah berkaitan Solenoid.

Aku tertarik kepada maklumat dalam sebuah blog http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/04/masalah-starter-solenoid-kereta.html

Masalah Starter Solenoid kereta

 

Pertanyaan diajukan..

Fahmi said bangun pagi td cdgnye nak basuh kete. dh alihkan kereta masuk ke garaj skit . time start ada berat skit tp still boleh hidup. bila aku nak alihkan kete je. crank 2,3 kali takleh. aik?? sebelum nie memang aku suspek ada masalah dkt starter aku buat tatau je. sebab pernah kereta aku susah nak hidup.Bro? macamne cara nak tau starter problem ke tak dan cara penyelesaian baik pulih?

Jawapan kami

Thanks bertanya pada Fahmi.. Masalah starter ni agak rumit kalau nak di terangkan secara detail.. tapi saya cuba terangkan secara ringkas seperti dibawah..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Masalah Starter Solenoid kereta

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Jika ada masalah dengan sistem starter, kita sukar nak crank enjin apabila bateri atau motor starter dalam keadaan rosak… Biasanya bila nak start kereta ada bunyi ketik ketik….. Kadang kala kalau dibiarkan masalah berlarutan boleh menyebabkan enjin kereta tak dapat dihidupkan.. Maka cara senang kenalah mintak tolong pada kawan-kawan tolak kereta…enjin kereta boleh di hidupkan secara menolak.

Bagaimana cara nak tau starter problem ke tak?

Nak kepastian, sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untukdiperiksa…. Secara basic saya terangkan macam kat bawah..

1) Mula-mula cuba periksa keadaan bateri. ok ke tak? Sebenarnya kalau bateri lemah pun susah nak start. (gunakan volt meter untuk periksa keadaan bateri)… Bila bateri di sukat dengan volt meter.. dalam keadaan enjin mati bacaan pada bateri adalah 12.4 – 12.6 volt. Bila enjin dah start pada pada bateri ialah 13.8 atau 14.0 volt .. Jadi untuk crank hidupkan enjin perlukan 14v

2) Cuba ketuk-ketuk sikit kat starter tu mana la tau dia terlekat jammed ke?ketuk dengan hujung spanar ker atau guna hammer kecik ker atau standby satu kayu…mintak orang lain tolong pulas kunci…then sorang lagi cuba ketuk-ketuk itu kat kepala starter..Kadang kala stater tak leh gerak pasal lekat dengan habuk carbon yang berselaput didalamnyer..

3) Cuba periksa keadaan wire pada starter tu.. periksa keadaan relay starter.Kadang kala relay dah kong( cuba try dulu tukar relay yang ok) .. Cuba Start boleh crank ke tak?
Guna Teknik Jumper pada Starter motor
Starter solenoid berfungsi sebagai relay switch. Apabila rosak membuatkan starter motor tidak boleh memusingkan enjin kerana tiada arus elektrik yang mengalir pada starter.
Antara salah satu cara nak test sama ada starter solenoid berfungsi dengan baik atau tidak?.
ada 2 teknik nak cuba buat  pemeriksaan Starter solenoid ok ke tak…..
1) Buat jumper dengan mengunakan wire pada starter solenoid…


– Cara ni agak leceh sikit…first…  Kena buka dan cabut keluar stater tersebut dari tempatnye..

-Ambil cable jumper sambung pada bateri kereta.. Hitam pasang pada body starter.. Merah padastarter solenoid … ambil satu wire cuba connectkan terminal positif dan terminal negetive..

-Cuba connectkan yg terminal positif dan terminal negetive.. Pastu aci gigi gear pusing ker tak? tengok kalau berputar lancar kira lancar lah… tapi kalau berputar slow kena servis balik.. kalau tak berpusing mungkin ada problem pada starter tersebut…


2) Buat Jumper dengan mengunakan Screw driver pada starter solenoid..
– Selalunya kita pintaskan antara cable bateri dan cable starter pada solenoid dengan mengunakan screw driver yang panjang. Berhati-hati bila menggunakan kaedah ini kerana percikan api akan berlaku.
-Cuba tengok sama ada aci gigi gear pusing ker tak? macam saya sebutkan.. cuba tengok aci gigi gear kalau berputar lancar kira ok lah. tu.. Kalau berputar slow kena servis balik.. kalau tak berpusing  starter rosak lah…

Diy Servis Starter
Selalunya banyak kotoran berselaput di dalam starter memyebabkan tak kuat untuk crank maka perlulah di service( bersihkan) starter tersebut.. Kalau ada keyakinan nak buat sendiri… boleh buat cara ni…

1) Bukak dan cabut starter dari tempatnya..

2)Buka Bolt nut pada bahagian belakang starter .. Pastu cabut bolt tersebut

3) Cungkil dengan skrew driver pada celah housing starter.. Pastu asingkan dari coil starter

4)Keluarkan semua sekali asingkan dari coil starter dari housing starter

5) keluarkan selenoid starter dan servis bahagian dalam selonoid

6)Gunakan WD-40 cuci hingga bersih segala kotoran pada starter

7) Spray WD-40 untuk mencuci semua peralatan yang dibuka tersebut.. Nak lagi senang guna berus dawai halus atau guna kertas pasir halus

8)Mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush kena ganti baru

9)Kalau carbon brush dah pendek atau kaput tukar carbon brush,Tapi kena gunakan solder untuk lekatkan balik carbon brush..Tidak lah mahal untuk diganti

10)Bila dah siap semua servis coil starter boleh lah pasang balik kat housing starter

11)Kemudian pasang balik selenoid starter pada Starter tu semula..

12) Pasang balik coil starter dan cantumkan semula pada housing starter..

Jangan lupa bubuh minyak greese pada penutup belakang starter tersebut..

Diy Pasang Starter Relay

Selalunya kalau masa crank hanya bunyi ‘ketak’ ‘ketak’ (starter lemah) walaupun guna bateri baru.. Korang boleh mencuba untuk memasangkan relay pada starter.. Tujuan tambah Relay ni pada starter kereta untuk menguatkan lagi supply karen yang cukup ketika crank kereta.. Selalunya kat kedai acsesori kereta atau bengkel kereta ada buat cara ni…

(klick untuk perbesarkan gambar)

Fungsi relay adalah untuk mengawal litar dan menjadi switch berkuasa rendah kepada berkuasa tinggi.. Tak silap ada 2 jenis relay normally open kebiasaannya 4 kaki dan normally close 5 kaki.. Kalau nak pasang cari yang brand baik sikit lebih tahan lama… kalau jenis relay cikai cepat jer terbakar…

-kaki 30 iaitu sambung ke direct 12v kebiasaanya terus ke positif (+) bateri dengan diletakkan fuse 10A pada wire ini, kalau berlaku litar pintas fuse akan memutuskan arus untuk menyelamatkan peralatan kereta
-kaki 85 ini ialah negatif (-) sambung pada wayer ignition suis. .
-kaki 86 pula ialah untuk ground.. pendekkan grounding wire agar lebih dekat dengan relay..
-kaki 87 iaitu (output 12v ) wire positif masuk kabel starter selenoid

TAHNIAH utk BLOGGER http://firestartingautomobil.blogspot.com

maklumat yg aku perolehi cukup berguna dan selepas aku menukar High Speed Starter (berharga RM115, recond punya daaa) dan kos pasang RM35, masalah enjin susah nak hidup pada kereta waja 1.6M yang berusia 10 tahun dapat diselesaikan. Kenapa harus kita mencari maklumat tentang masalah kereta, supaya tidak ditipu oleh mekanik yg tidak jujur dan membeli sendiri spare part kenderaan di kedai spare part lebih menguntungkan.. dari kita terus pergi ke mekanik dan minta mereka belikan spare part sendiri.