Tag Archives: sewa

Cari Tanah Beli Tanah (Part II)

Standard

Sambungan dari PART I

Setelah kami (suami isteri) melawat tanah yang hendak dijual tu, usaha berikutnya adalah menemui sendiri penjual tanah tersebut. Tujuan aku adalah untuk memastikan bahwa beliau benar benar memegang Geran Tanah dan pada masa yang sama aku nak nego harga yg diletakkan tu. Akhirnya pada petang tu kami bertemu di rumah tuan tanah (aku panggil dia Pak Long Din).

Pak Long Din kata dia beli tanah tu dulu dengan harga RM40,000.00 pada tahun 2001. Dan setelah hampir 12 tahun barulah dia nak jual, sebab nak jual katanya nak beli tanah dekat tempat tinggal beliau sekarang ni. Aku minta kurang sedikit namun dia tetap dengan harga yg diletakkan iaitu RM75,000.00. Memandangkan tanah tu cukup cantik dan ada sebuah rumah kampung diatasnya serta status geran yg menarik. Kami bersetuju untuk membeli tanah tersebut.

Pada keesokkan harinya, Pak Long Din mengatur pertemuan di Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit (lebih specific lagi dibawah Jambatan Merentasi Jalan Keretapi di mini putrajaya Anak Bukit).Tujuan pertemuan diadakan disini adalah untuk membuat satu dokumen perjanjian menggunakan khidmat Penulis Petisyen. Pak Long Din bawa seorang rakan nya sebagai saksi apabila menandatangani surat perjanjian ini dan aku pula menjadi saksi kepada isteri didalam surat perjanjian tersebut.

SHAFIAI MD ISA / JURUTAIP BEBAS

Gambar Hiasan : Penulis Petisyen

Aku meletakkan nama isteri sebagai Pemilik Baru bagi tanah yang dijual ini.

Surat janji0001 edit

Surat janji0002 edit

Setelah selesai Penuis Petisyen melengkapkan Surat Perjanjian yang ditaip menggunakan Mesin Typewriter ala zaman merdeka. Kami bersetetuju dan aku menjadi wakil kepada isteri untuk akad jual beli dengan Pak Long Din. Aku serahkan Rm10,000.00 sebagai tanda jadi pembelian tanah.

Bersambung di PART III

Rumah aku dah Disewakan…

Standard

Sejak aku letak iklan di portal Mudah, talian telefon aku yg selama ni hanya berdering dek panggilan dari bini sahaja dah mula berdering tak henti henti…

image

Tak sangka banyak juga permintaan sewa rumah di sekitar kawasan perumahan aku tu.. panggilan dari Kelantan sampailah ke Johor pun bertanyakan pasal rumah. Ada yg serius sampai nak terus masukkan duit deposit sewa dan ada juga yg nak minta buat bayaran deposit tu secara ansuran.

image

image

Dari status bapa yg nak bagi anak dok, laki org, bini org, doktor, laki transfer penang, bini transfer penang, kerja kat Pulau nak duduk land house, kerja Sungai Petani nak dekat ulang alik, dan macam macam lagi.

Semua bertanyakan status rumah aku tu. Yang paling best depa semua tertarik dgn lokasi dan keadaan rumah yg cantik.. mungkin sebab aku letak gambar yg ok kot..

So, nak dipendekkan cerita semalam aku pi bersihkan rumah setelah seminggu di tinggalkan. Sebenarnya pada masa yg sama aku ada beritahu yg bakal penyewa yg diaorang boleh dtg melihat keadaan rumah pada sebelah tengahari. Tunggu punya tunggu sorang pun tak muncul tiba, sampai lah aku dah lapaq dan mendidih perut. Tut tut… ada sorang pemanggil tel. dia bagitau semalam dia ada call dan bertanya pasai rumah aku tu. So kami berjumpa di rumah aku. Setelah puas meninjau. Akhirnya dia bersetuju utk menyewa. Aku tanya bila dia nak masuk.. Dia bagitau kalau boleh hari ni jugak. Sebab sejak 2 minggu berpindah dari Johor dah puas mencari rumah dan antara semua tu.. rumah aku ni yg terbaek…

Bangga jugak.. bila bakal penyewa bagitau mcm tu. Akhirnya aku bersetuju utk bagi sewa.. Syarat nyata belum jelas sebab aku belum menyediakan surat perjanjian atas  nama dia. Dan memandangkan dia dah terdesak. maka aku pun minta deposit sebulan termasuk bayaran advance Januari berserta deposit tnb dan air dibayar hari itu jugak.

Alhamdulillah semuanya selesai dan bayaran dibuat diluar stesen minyak Petronas kat perumahan aku tu (atm ada dlm stesen tu). Sebelum aku blah, aku bagitau jaga rumah tu mcm rumah sendiri dan kalau ada masalah tolong bagitau.

Iklan Sewa Rumah di MUDAH.MY lebih berjaya

Standard

Selepas iklan sewa rumah aku keluar di portal MUDAH.MY , talian telefon aku berdering tak henti henti. Fuh dasyat juga penangan iklan di portal mudah ni… dan nampaknya memang ramai orang mencari sewa rumah di sekitar Seberang Perai Selatan. Padan laa kaki kaki properties atau homestay tak jemu jemu republished iklan depa kat Protal mudah..

Nampak mcm syok pulak.. Ada yg nego harga dan ada yg nak terus bayar deposit ke akaun mebenk aku. In sha allah jika semuanya ok first tenant akan masuk rumah awal Januari 2013… nampaknya boleh start menambah new properties kot lepas ni… he he he he…

iklan sewa rumah btm kat mudah