Monthly Archives: April 2014

Aku pun Kontra Kaki di Bursa Malaysia

Standard

Alhamdulillah, pada 16hb April 2014 saya dapat buat duit sikit dengan pembelian saham MKLand. Setelah diberitahu oleh seorang rakan tentang saham yang patut dibeli dan boleh buat intraday trading, saya pun membuat pembelian 40,000unit saham MKLand pada harga RM0.46 seunit pada sesi dagangan pagi Bursa Malaysia.

Kemudian pada sesi dagangan petang, harga saham MKLand melonjak naik ke RM0.485 dan saya berjaya jual pada harga tersebut. Keuntungan diperolehi adalah RM892.96 tanpa bermodalkan sesen pun. Ini yang dikatakan pasif income yang menggunakan OPM (Other People Money).

Intraday MKLAND

Kenapa tanpa sesen pun modal, OSK investment Bank meberikan saya Credit Limit sehingga RM30,000.00 dan saya boleh membuat pembelian saham di Bursa Malaysia sebanyak nilai tersebut. Pada hakikatnya saya tidak perlu menyediakan wang sebanyak itu kerana setiap pelabur saham diberikan peluang untuk membayar belian saham selepas T+3. Namun dinasihatkan kepada rakan-rakan yang baru berjinak agar tidak membuat pembelian saham melebihi kemapuan kewangan sebenar anda.

Sebagai contoh:-

Pada 16hb April RABU – saya membeli saham. ini dipanggil TRADING DAY atau “T”

Pada 17hb April KHAMIS –  katakan saya tidak mahu menjualnya lagi, hari ini dipanggil “+1”

Pada 18hb April JUMAAT –  katakan saya tidak mahu menjualnya lagi, hari ini dipanggil “+2”

Pada 19hb April SABTU – Tiada transaksi Bursa

Pada 20hb April AHAD – Tiada transaksi Bursa

Pada 21hb April ISNIN –  Hari ini dipanggil “+3”, kebiasaan remisier saya akan telefon dan tanya untuk Pick Up atau Sell saham tersebut.

Jika Pick Up saya harus membayar jumlah kos belian dan caj-caj yang dikenakan sewaktu pembelian seperti brokerage fee, stamp fee dan clearing fee. Dan saya boleh pegang saham tersebut dan tunggu sehingga harga sasaran jualan.

Begitu juga dengan Sell, jika pelabur itu bersifat kontra (tidak mahu Pick Up saham) yang rugi. Pihak Investment Bank akan Force Selling saham yang dibeli dan anda harus membayar jumlah kos belian dan caj-caj yang dikenakan sewaktu pembelian seperti brokerage fee, stamp fee dan clearing fee DAN JUGA KOS JUALAN harus dibayar mengikut jumlah kos belian dan caj-caj yang dikenakan sewaktu jualan seperti brokerage fee, stamp fee dan clearing fee.

Gambar dibawah menunjukkan Contra Profit yang saya buat sejak Februari 2014

Contra Trading