Tag Archives: kuching

Tambah Luggage AirAsia

Standard

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, percubaan demi percubaan aku buat utk add-ons pembayaran luggage AirAsia menggunakan kad kredit AMEX (American Express), pasai apa aku tak bayar cash dan pilih AMEX selain MASTERCARD atau VISA.. Sila BACA SINI. Setiap kali aku tekan butang submit, error dan asyik-asyik perkataan tarik balik terpampar. Fuh rimas juga tgk perkataan tu. Namun “Usaha Tangga Kejayaan” telah akhirnya membuahkan hasil apabila cubaan aku kali ke 10 telah “DISAHKAN”. Puas hati…

Kenapa aku beli luggage tambahan? cerita nya aku akan bawa pulang 35 keping tikar evamatik yg telah ditempah khas oleh rakan-rakan cikgu/cikgi sekolah tempat isteri aku bekerja. Cuma ada laa beberapa keping yg masih belum di order. Sila BACA SINI.

Kubah National Park – daki Gunung Serapi

Standard

Hari Buruh aku dan rakan-rakan sekerja buat aktiviti outdoor. Bermula dari tempat berkumpul iaitu pejabat renjer hutan Taman Negara Kubah (Kubah National Park) untuk menuju ke waterfall yg terletak di dlm taman negara ni. Kami bermula agak lewat pada jam lebih kurang 8.35am, kerana salah sorang rakan lambat tiba. Mungkin tension sebab MU kalah dgn Manchester City kot..

Untuk masuk ke taman negara ini, setiap pengunjung dikehendaki melaporkan diri di pondok renjer berserta bayaran RM10.00 bagi tiket masuk. Mungkin mahal, namun jika anda masuk ke taman negara ini laluan pejalan kaki yg dibina adalah berbaloi dgn bayaran yg dikenakan.

image

image

image

image

Permulaan pendakian ialah mengikut jalan berturap (mungkin setengah jam perjalanan).

image

Setelah sampai di persimpangan waterfall trail, kami terpaksa meredah laluan turun naik bukit sejauh 1500 meter.

image

image

  image

image

Hampir sejam perjalanan di laluan ini barulah kami tiba di destinasi yg dituju. Perasan keletihan terus terubat apabila melihat air terjun di tengah-tengah hutan belantara ini.

image

image

image

Selesai mandi manda berserta 2 bungkus nasi lemak yg aku telan tadi terus memberikan aku tenaga batin utk perjalanan pulang. Perlu diingatkan rancang perjalanan pass musim yg kering dan bawa bekalan makanan minuman yg cukup utk ke sini.

Perjalanan pulang juga cukup menguji minda sebab anda akan letih jika matahari sudah berada di atas kepala. Bawa topi atau penutup kepala. Kami tiba di destinasi permulaan tadi tepat jam 12.45pm