Monthly Archives: October 2012

IPO Airasia X

Standard

Member seangkatan aku dlm pelaburan saham IPO roger bagitau yg MITI (Ministry of International Trade Industry) dah buka tawaran khas saham kepada bumiputera melalui laman web nya. Saham yg aku maksud kan ialah Airasia X.

image

Namun aku masih keliru kenapa tempoh permohonan saham melalui MITI terlalu singkat. Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin ini 5hb November 2012 dan segala dokumen harus dihantar sebelum 6hb November 2012. Untuk pengetahuan semua, apabila permohonan saham di buat melalui MITI. Anda harus sedia kan segala dokumen berserta salinan bukti kewangan (seperti buku ASB atau TABUNG HAJI) yg disahkan. Dan lebih leceh lagi jika anda adalah seorang penjawat awam, anda harus mendapat kan kebenaran ketua jabatan anda. Nasib baik la aku masih ada menyimpan surat kebenaran ketua jabatan yg dibuat semasa permohonan IPO Astro (tak hantar sebab masa tu aku masuk wad).

Tarikh Cuti Umum Malaysia Tahun 2013 ( Malaysia Public Holiday 2013)

Standard

Dalam aku dok cari Cuti-Cuti malaysia untuk tahun 2013. Rasanya jadual ini lebih tepat kot sebab merujuk Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Jadi kalau anda merancang cuti bersesuaian dgn tarikh cuti sekolah anak-anak tu, rasanya eloklah dibuat matching dgn post saya yang terdahulu mengenai Takwim Cuti Sekolah 2013

Akhir kata selamat merancang percutian 2013….

image

image

image

Abang Ensem LIKE Mat Kedah

Standard

Tergezut beruk aku bila tengok blogger hartanah terkenal LIKE blog aku…

AE LIKE Blog MK

Orang yang aku maksudkan tu ialah AE atau lebih glamour lagi dengan nama Abang Ensem..http://abangensem.com/  Dah lama aku follow blog mamat dah inspirasi hartanah yg dimiliki beliau buat aku tertarik nak follow.. bukan kerana hensem.. rasanya aku lebih hensem kot.. tapi jika dilihat jumlah facebook like vs blog aku ni… fuh… memang betui kot dia lebih hensem dari aku…

abgensem vs mat kedah

Yang paling aku jaki ialah blog AE ni menampilkan wajah dia sebagai header.. dan aku pulak hanya dapat menampilkan latarbelakang air terjun dan perut aku..

Blog AE

Kepada Abang Ensem.. anda memang terbaek… Nah ambik thumb up ni….…

thumbs-up

Dividend Payment for FGV shares

Standard

Today I received an email stating the FGV Interim Dividend payout. This is my first time received the dividend from Felda Global Ventures. FYI I got this share from my application through MITI (Ministry of International Trade Industry) last may 2012. I plan to hold this shares until next 13th General Election.

FGV Dividen payment

Tulang Anjing – Lower Arm

Standard

Sejak beberapa hari lepas aku terganggu dek bunyi eekkk ookkkk… eeekkk okkkkk… kat belakang sebelah kiri keta Waja yang dah berusia 9 tahun setengah.. Dulu dia pernah buat bunyi yang sama juga… dan seingat aku bila refer Proton Servis, depa cuma buang bracker holder handbrake cable kat bawah badan keta aku. Jadi aku ingat benda yang sama mai balik.. Dalam dok cari-cari takda pun bracket yg patah. (macam mana aku cari kat bawah tu, aku pinjam ramp kat kedai pomen dan bedah siasat apa yg tak kena kat bawah badan keta aku.

Last-last semalam aku google pasai benda alah ni. Dari pencarian aku jumpa laa forum Autoworld Maklumat yang aku dapat ialah kemungkinan besar bunyi tu berpunca dari handbrake cable holder yg dah patah atau lower arm yg dah tak ok.

2012-10-20 12.12.37

Gambar kat atas Lower Arm aku yg dah K.O

Kemungkinan pertama dah solve tak lama dulu dan aku yakin benda ni mesti berkaitan Lower Arm. Lepas tu aku pi kedai pomen yang boleh percaya sikit dan aku minta pomen tu tolong diagnose kan… Doktor pomen mengesahkan aku kena tukar lower arm yg baru.. So aku pun pi laa kedai spare part dan beli Lower Arm baru. Ada dua jenis RM35 dan RM40. Jadi mana satu aku nak.. mesti yg murah sikit.

Lepas setengah jam pomen buka tayar belakang dan keluarkan lower arm lama, lepas tu ganti bari.. Masalah bunyi eeeekkkkk ookkkkkkkkk dah tak daaaa.. Duit terbang RM35 (Lower Arm) + RM20 upah pasang…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita kat bawah ni aku ambik dari blogger pomen yang tak kedekut ilmu.. banyak aku pelajari kat sini. http://tacra.blogspot.com

lower link atau lebih dikenali sebagai ‘tulang anjing’ dalam kalangan pomen atau kita sendiri menyebutnya dengan nama yang sedemikian. tulang anjing ini apabila dah rosak akan menyebabkan keluar bunyian yang tidak menyenangkan pada bahagian belakang kereta dan kita akan dengar seolah-olah bunyi dari bahagian seat belakang tepi dekat pintu apabila kereta bergerak. salah satu cara mengesan kerosakan ini ialah apabila boot kereta dihenjut dan semasa turun atau naik tu, ada bunyi sekitar bawah kereta. sudah sampai masanya untuk menukar dengan yang baru


sepasang tulang anjing mitsubishi dengan harga sekitar rm45.00 sebelah


wira atau waja sama sahaja, boleh pakai keduanya


kedudukan tulang anjin bawah pada kereta

buka 2 nat 14mm yang bersambung dengan trailing arm dan satu nat 17mm kat body kereta


prose membuka nat


tulang anjing telah dikeluarkan


ini rupa lower link aka tulang anjing


yang baru dan lama

perhatikan kedudukan lubang pada bush, dah senget

inilah yang menyebabkan keluarnya bunyi tertentu, bush dah rosak menyebabkan rod tengah bergesel dengan tepi

perbandingan dengan yang baru, lihat kedudukan lubang antara keduanya yang jelas nampak perbezaan disebabkan kerosakan. kereta ni dah 7 tahun kot tak tukar benda ni


nat 17mm untuk ejas chamber belakang, sama ada – atau +

proses pemasangan tulang anjing baru

ketatkan nat 17mm

apabila dah siap sepenuhnya, lebih baik buat allignment semula kerana dikhuatiri akan ‘lari’ dan tidak sama seperti kedudukan asal