Part 2 Day 2 Delhi ke Srinagar

Standard

Check in bilik 11.54pm, 1am baru dpt lena selepas berada dlm L shape selama 5jam penerbangan. Set loceng 4.30am utk bangun solat subuh dan bersiap utk penerbangan seterusnya.

Semalam semasa tiba dari AirPort ke hotel transit terjadi la juga drama pemandu teksi minta Tips secara paksaan. Kita rakyat Malaysia tidak biasa situasi begini dan sangka seolah depa nak minta duit tambahan sedangkan agen yg bawa kami dah bayar kos teksi.

Kami kesal kerana agen pelancongan yg bawa kami ke sini tidak mengingatkan kami mengenai tips dan kesediaan wang kecil. Maka apabila situasi mereka meminta tips kami merasakan seolah mereka cuba minta bayaran tambahan sedangkan tips ini adalah seikhlas pemberian kita sepatutnya.

So pagi ni, apabila tiba di AirPort, aku keluarkan duit RM5 Malaysia dan bagi kepada pemandu teksi sebagai tips. Baru la muka dia senyum lebar. nak bagi duit rupee India mcm masih terlalu awal. Dan note yg Money changer bagi masa tukar di Malaysia dalam jumlah besar INR500 (RM28)

Dari hotel 5.30am, 6.30am dah masuk AirPort Delhi dan nak tunggu flight domestik ke Srinagar 11.30am jenuh juga la menunggu tapi nasib baik AirPort depa ni selesa. Aku cari port kerusi macam orang dok rehat tepi kolam renang hotel tu. Dapat la aku melelapkan mata sekejap sambil caj handpon dan Power bank. AirPort Delhi ada bagi free WiFi dan kita boleh redeem kupon di Kiosk layan diri dengan scan passport.

Flight Vistara ni berlepas agak lewat dan semasa kami tiba di ruang udara Srinagar flight terpaksa berpusing beberapa kali kerana tidak mendapat perlepasan mendarat.

Bas kecil 16 tempat duduk telah tersedia menunggu diluar AirPort Srinagar. Bagasi kami diangkat di atas bumbung bas dan sekali lagi Tips harus diberi.

Apabila bas yg membawa kami keluar dari airport memang cultured shock sebab kenderaan yg banyak di jalanraya dan bunyi HONK sentiasa kedengaran setiap masa.

Rata rata kelihatan kem askar dan banyak askar India diletakkan berjaga jaga
Bunyi honk kenderaan sentiasa kedengaran

Bas kami membawa ke port makan pertama di Srinagar. Makanan yg kami order amat memuaskan hati.

Leave a comment